omniture

Neta Auto mulakan pembinaan "kilang luar negara" selepas persiapan empat bulan, pencapaian globalisasi untuk pembuat kereta Cina

Neta Auto
2023-03-13 09:00 113

BANGKOK, 13 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sebuah upacara pecah tanah telahpun diadakan pada 10 Mac untuk Kilang Pembuatan Kenderaan Elektrik Neta Auto (Thailand) Co., Ltd., yang akan menjadi pangkalan pembuatan utama Neta Auto untuk mengeluarkan dan mengeksport kenderaan elektrik pandu kanan ke ASEAN. Pembuat kereta ini turut menandatangani satu perjanjian kerjasama dengan Bangchan General Assembly Co., Ltd. (BGAC) Thailand, yang melaluinya kedua-dua pihak akan bersama-sama membina pangkalan pemasangan EV yang moden. Mereka akan turut bekerjasama bagi meningkatkan kemampanan kemahiran kakitangan dan mencipta sebuah ekosistem EV di Thailand. Kedua-dua langkah ini menunjukkan bahawa Neta Auto telah memasuki peringkat baharu pembangunan yang pesat dan kukuh di ASEAN dan satu pencapaian penting untuk pembangunan globalisasinya.

Terletak di Khan Na Yao, Bangkok, Kilang berkenaan merupakan kilang luar negara pertama Neta Auto dan juga merupakan kilang pertama syarikat pemula EV China di Thailand. Merangkumi tiga bengkel untuk mengimpal, mengecat dan memasang, kemudahan tersebut akan menampilkan reka bentuk kilang yang dioptimumkan dan teknologi proses inovatif berdasarkan kepada konsep pembuatan padu dan pintar, menjimatkan sumber serta meningkatkan kualiti dan kecekapan. Kilang tersebut bakal memulakan proses pengeluaran menjelang akhir Januari 2024 sebagai model kilang antarabangsa yang membuat kenderaan tenaga baharu dengan pintar.

Zhang Yong, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Neta Auto, serta Vunchai, Pengerusi BGAC, menghadiri acara tersebut dan menyaksikan permulaan Neta Auto dalam perjalanan baharu untuk globalisasi.

Photo: Contract signing ceremony
Photo: Contract signing ceremony

En. Zhang berkata: "Secara signifikannya, kilang Thailand akan menjadi pangkalan utama untuk kami mengeluarkan dan mengeksport EV RHD ke ASEAN. Memandangkan kami akan memulakan pembinaan beberapa pangkalan pembuatan EV pintar yang bertaraf dunia secara serentak, kapasiti kami akan diperluaskan, bagi menyokong pembangunan globalisasi kami. Kami juga merancang untuk menembusi lebih banyak negara di Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan wilayah-wilayah lain, lalu menjadikan jenama Neta Auto diiktiraf dan dipercayai oleh pengguna global."

Vunchai turut berkongsi harapan beliau terhadap perkongsian berkenaan. "Kami mengambil langkah yang kritikal dalam pengangkutan mampan melalui kolaborasi ini. Kami juga berharap dapat membawa peluang kepada orang ramai dan mempercepatkan pembangunan sektor EV di Thailand, dengan memanfaatkan perkongsian ini."

Neta Auto merupakan antara 20 pengeluar kenderaan penumpang tenaga baharu global terunggul mengikut volum pada tahun 2022, menduduki tempat pertama antara syarikat-syarikat pemula EV mengikut volum jualan tahunan. Neta V, model pertama yang dilancarkan oleh pembuat kereta di Thailand, menduduki tempat kedua mengikut pendaftaran antara BEV di Thailand. Majlis tersebut menunjukkan keupayaan pembuatan kenderaan pintar China yang dinaik taraf dan kuasa jenama Neta Auto.

 

Source: Neta Auto
Keywords: Auto Environmental Products & Services Transportation Contracts New products/services