omniture

Huawei Pamerkan Penyelesaian Pengesanan Perimeter Kereta Api Pintar di Kongres Dunia UIC ke-11 bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi

Huawei
2023-03-13 09:45 255

MARRAKECH, Maghribi, 13 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Huawei memperkenalkan buat julung kalinya Penyelesaian Pengesanan Perimeter Kereta Api Pintarnya di Kongres Dunia UIC ke-11 bagi Kereta Api Berkelajuan Tinggi yang berlangsung di Maghribi pada 7–10 Mac 2023. Syarikat gergasi teknologi ini turut mempamerkan penyelesaiannya yang inovatif dan produk unggulannya untuk industri kereta api. Ini termasuk Sistem Komunikasi Mudah Alih Kereta Api Masa Depan (FRMCS), rangkaian komunikasi data dan rangkaian komunikasi optik. Huawei menyasarkan untuk membina kereta api terhubung sepenuhnya, mengupayakan pembangunan industri yang pantas, selamat dan pintar serta memudahkan transformasi digital.

En. Li Junfeng, Naib Presiden Huawei dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Perniagaan Penerbangan & Rel menyampaikan ucapan pembukaan. Beliau menyatakan bahawa pembangunan kereta api berkelajuan tinggi masa depan bergantung pada sistem komunikasi tanpa wayar dengan lebar jalur yang lebih tinggi bagi menjamin operasi kereta api yang selamat. Platform terpusat dan sambungan andal akan menjadikan industri digital dan hijau suatu kenyataan. Penyelesaian FRMCS berasaskan LTE daripada Huawei dapat membawa lebih banyak perkhidmatan baharu dengan hanya menaik taraf perisian. Ia bukan sahaja mengurangkan kos projek kereta api, tetapi turut memenuhi keperluan pembangunan kereta api digital. Dari segi keselamatan, Huawei sentiasa mengintegrasikan teknologi baharu ke dalam senario perkhidmatan. Penyelesaian Pengesanan Perimeter Kereta Api Pintarnya melindungi keselamatan tepi trek sepanjang masa, dalam sebarang cuaca.

Mr. Li Junfeng, CEO of Huawei's Aviation & Rail BU, is delivering an opening speech
Mr. Li Junfeng, CEO of Huawei's Aviation & Rail BU, is delivering an opening speech

Di forum Huawei, En. Gu Yunbo, Presiden Domain Perniagaan Optik Perusahaan Huawei, mempamerkan Penyelesaian Pengesanan Perimeter Kereta Api Pintar. Beliau menjelaskan bahawa penyelesaian tersebut dibina berasaskan kepada seni bina penumpuan optik-penglihatan, yang membolehkan pengesanan getaran gentian berserta analisis untuk melindungi perimeter kereta api dengan kesedaran berbilang dimensi dan kejituan tinggi. Penyelesaian tersebut dapat menyelesaikan isu-isu ketepatan rendah yang dihadapi oleh penyelesaian pengesanan perimeter kereta api konvensional, mengelakkan amaran yang terlepas dan menyampaikan sedikit isyarat palsu, lalu menjamin operasi kereta api yang lebih selamat dan lebih cekap.

Dunia sedang membangunkan lebih banyak kereta api berkelajuan tinggi dan menjalani transformasi digital dan pintar. Oleh yang demikian, industri kereta api memerlukan komunikasi rangkaian dengan lebar jalur yang lebih tinggi dan kependaman lebih rendah bagi membawa perkhidmatan baharu.

"Penyelesaian FRMCS berasaskan LTE daripada Huawei mempunyai ekosistem matang yang berasaskan kepada standard 3GPP dan teknologi jalur lebar yang dapat mengupayakan perkhidmatan yang lebih pintar. Hasil daripada pengalaman tanpa wayarnya, Huawei dapat membina rangkaian FRMCS berprestasi tinggi untuk pelanggan, seterusnya memenuhi keperluan pembangunan digital kereta api," kata En. Liang Jiawei, Pengarah Penyelesaian Tanpa Wayar, Unit Perniagaan Penerbangan & Rel Huawei.

Menurut En. Lv Liang, Pengarah Penyelesaian Pengangkutan Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, Penyelesaian FRMCS Huawei menggunakan teknologi IPv6+ untuk membina keupayaan pembawa tertumpu yang menampilkan ciri keandalan yang tinggi, penempatan yang mudah, O&M pintar dan evolusi yang lancar. Penyelesaian tersebut membawa pelbagai perkhidmatan dengan selamat dan andal, seperti suara dan pengisyaratan, sekali gus menjamin operasi kereta api yang selamat dan stabil.

Sebagai penyedia infrastruktur ICT global yang terkemuka, Huawei telahpun terlibat dalam industri kereta api selama 27 tahun dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 150,000 km landasan kereta api di seluruh dunia. Memandang ke hadapan, Huawei akan terus bekerjasama dengan lebih ramai pelanggan dan rakan ekosistem bagi meninjau standard industri berserta membina sebuah ekosistem yang saling melengkapi kelebihan satu sama lain, lalu memacu pembangunan kereta api pintar secara bersama.

Source: Huawei
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Railroads and Intermodal Transportation Telecommunications Telecommunications Equipment Transportation Trade show news