omniture

Nutella Biscuits BARU kini boleh didapati di pasaraya Malaysia!

Nutella Malaysia
2023-03-13 14:08 15

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Nutella, jenama jem hazelnut ikonik telah mewujudkan pilihan tambahan untuk rakyat Malaysia dengan pelancaran Nutella Biscuits – satu lagi varian di bawah portfolio biskutnya. Nutella Biscuits merupakan snek terbaik yang boleh dinikmati bersama-sama rakan dan keluarga.

Nutella Biscuits BARU kini boleh didapati di pasaraya Malaysia!
Nutella Biscuits BARU kini boleh didapati di pasaraya Malaysia!

Nutella Biscuits terdiri daripada 55% biskut yang dibakar rangup dan 45% jem Nutella berkrim. Biskut ini juga dihiasi dengan rekaan hati Nutella dan didatangkan dengan paket yang boleh ditutup semula, menjadikannya snek yang cukup sempurna untuk dikongsi bersama-sama rakan dan keluarga.

Biskut manis semakin popular di Asia Tenggara sejak lima tahun lalu. Peminat biskut manis kini boleh mendapatkan Nutella Biscuits di Malaysia tanpa perlu bersusah-payah membelinya dari Eropah!

Dapatkan Nutella Biscuits daripada peruncit-peruncit terkemuka, termasuklah di pasaraya, kedai runcit dan kedai atas talian. Nutella Biscuits terdapat dalam dua bentuk iaitu paket kecil dengan 3 kepingan biskut dan paket kongsi dengan 14 kepingan biskut. Cubalah, Kongsilah!

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Nutella Malaysia atau layari www.nutella.com/my/en/

Source: Nutella Malaysia
Keywords: Food/Beverages Household Products Retail New products/services