omniture

Pencipta pisau cukur mudah bawa bergaya

yoose
2023-03-14 10:30 56

SHENZHEN, China, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- yoose ialah jenama teknologi bergaya yang dicipta secara bersama oleh sekumpulan pereka, jurutera dan artis yang meneroka gaya hidup masa depan dan ditubuhkan pada tahun 2020. Pasukan kreatif utama menegaskan keaslian, mengintegrasikan seni dan teknologi serta komited untuk mencipta produk yang elok rupanya dan pratikal yang menjadi milik generasi masa depan melalui teknologi inovatif. Pada tahun 2023, yoose akan menembusi pasaran antarabangsa.


Reka bentuk unik boleh mengubah dan meningkatkan persepsi dan pengalaman pengguna terhadap produk dalam sebuah industri tanpa penemuan teknologi dalam tempoh yang lama. Dalam masa yang sama, yoose memfokuskan kepada gaya hidup terpelbagai dalam generasi z, meneroka hubungan antara reka bentuk dan praktikaliti. Akhir sekali, mereka membentuk semula penampilan pencukur dan senario penggunaan produk maka beberapa kategori baharu terhasil oleh mereka, bermula daripada pembungkusan produk hingga reka bentuk produk dan peningkatan prestasi. Memberi kevitalan baharu kepada pisau cukur melalui reka bentuk, membantu generasi-generasi masa depan mengekspresikan personaliti mereka dan mentafsir cara hidup yang baharu.

Inspirasi kreatif bagi setiap siri produk yoose berbeza daripada produk tradisional. Sebagai contoh, reka bentuk badan pencukur berputar MINI mendapat inspirasi daripada lampu besar diperkemas pada kereta sport klasik dan menggabungkan ciri kemudahalihan dan bahan aloi yang unik untuk mencipta pencukur badan aloi berputar berganda yang pertama. Selain itu, yoose yang berkolaborasi secara positif dengan Keith Haring telah mencipta bersama beberapa kali, seperti pencukur MINI yoose x Keith Haring dan pengering rambut Berkelajuan-tinggi yoose x Keith Haring (eksklusif di China) dan sebagainya dan merancang untuk melakukan lebih banyak pertembungan kreatif mendalam dengan bidang seni dan budaya pada masa akan datang.

Siri pencukur TRIPLE yoose - "T1-C", hanya mengekalkan butang dan port pengecasan pada penampilan dan bentuk keseluruhan disepadukan, ringkas dan intuitif. Mengekalkan prestasi produk yang betul dan bahagian badan pisau cukur dimampatkan secara ekstrem. Pencukur MINI dan produk siri pencukur TRIPLE diberikan anugerah oleh Red Dot Award, iF Design Award, International Good Design Award dan G-mark Good Design Award.

Pada masa akan datang, yoose akan menjadi syarikat penjagaan diri mesra alam, terus berminat untuk mengubah industri penjagaan diri tradisional dan mengekalkan konsep reka bentuk klasik dan bergaya. Di samping itu, yoose telah membuat banyak pelaburan modal dalam R&D, memfokuskan kepada produk yang lebih cekap, berkualiti dan lebih baik untuk membawakan pengalaman hidup yang lebih baik kepada pengguna di serata dunia.

https://www.yoosetech.com

Wu Steven
pr@xivolife.com

 

 

 

Source: yoose
Keywords: Art Cosmetics & Personal Care Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services