KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- "YAS Mobility - YASMO", platform pandu-untuk-peroleh berkuasa blok rantai termaju, mengubah cara kita memandu dan memiliki kereta, dengan misi untuk mencipta jalan raya yang lebih selamat dan bandar lebih pintar. YASMO dengan gembiranya mengumumkan versi beta pada aplikasi iOSnya, tersedia dalam pasaran-pasaran terpilih merentas AS, Eropah, Kanada, Malaysia, Vietnam, Jepun, Korea dan Hong Kong SAR. Dikuasakan oleh blok rantai mesra alam YAS, versi beta menawarkan persekitaran komuniti "Pandu-untuk-peroleh" unik yang dapat memberi intensif kepada tabiat memandu yang selamat sambil memastikan penyimpanan dan perkongsian data pemanduan yang selamat. Dengan menggunakan YASMO, pemandu boleh merasai pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan lebih menghiburkan, sambil menyumbang kepada kebaikan lebih besar keselamatan jalan raya.
Pertumbuhan Pesat Pasaran Kenderaan Elektrik Menimbulkan Cabaran untuk Industri Kereta dan Insurans
Satu laporan oleh Alliance for Automotive Innovation pada Januari 2023 menganggarkan bahawa lebih daripada 652,000 EV terjual dalam tiga suku pertama tahun 2022, mewakili 6.5% daripada kesemua jualan kenderaan ringan A.S. Ramalan industri meramalkan bahawa 56 juta EV akan berada di jalan raya di peringkat global menjelang tahun 2030, diterajui oleh produk dan perkhidmatan inovatif daripada jenama-jenama EV di China dan AS. Peningkatan EV telah memberi impak yang signifikan kepada industri kereta dan insurans. Teknologi EV baharu, ketidakbiasaan pemandu dengan prestasi jalan raya EV dan tabiat memandu oleh pemandu EV menimbulkan cabaran yang signifikan untuk syarikat insurans, jenama kereta dan sektor servis yang membawa kepada peningkatan kos pembaikan dan premium insurans yang lebih tinggi.
YASMO Membantu Industri Automobil Menyediakan Produk dan Perkhidmatan Lebih Baik
YASMO ialah aplikasi mudah alih inovatif yang merekodkan data waktu sebenar tentang corak pemanduan, tingkah laku dan prestasi kenderaan, yang dapat membantu menangani cabaran yang disebut di atas. Dengan mewujudkan perkongsian strategik bersama jenama kereta, pasaran servis/jualan motor serta syarikat perkongsian tunggangan, YASMO boleh membuka kunci industri automobil keseluruhan dengan meningkatkan ketelusan data pemanduan, meningkatkan kualiti data, meningkatkan pengalaman pelanggan digital dan peluang penglibatan pelanggan yang berterusan. Ini akan menghasilkan peningkatan pendedahan kepada bakal pengguna dan membuka aliran pendapatan yang baharu.
YASMO Membantu Sektor Insurans Merombak Model Pengunderaitan dan Penentuan Harga
Rekod yang disulitkan YASMO pada rantaian membantu syarikat insurans membuat keputusan pengunderaitan yang lebih bermaklumat dan risiko harga yang lebih tepat, membawa kepada kos insurans yang lebih rendah untuk pemilik EV dan kereta. Produk insurans diperibadikan dengan butiran komprehensif untuk pemandu boleh dihasilkan, lalu membawakan perlindungan yang lebih baik terhadap keselamatan pemandu dan jalan raya serta menjadikan insurans lebih cekap. Dengan penyulitan, rekod tidak berubah dan telus pada blok rantai, pengguna berpeluang untuk memiliki data mereka dan memberi persetujuan di bawah kawalan mereka demi insurans, produk kereta dan perkhidmatan yang lebih baik.
YASMO Menggalakkan Keselamatan Jalan Raya, Bandar Lebih Pintar dan Lebih Hijau dengan Cara Menyeronokkan dan Membawa Kepuasan
YASMO meningkatkan kesedaran keselamatan pemandu dan mengurangkan tingkah laku berisiko melalui ciri "Pandu untuk Peroleh". Aplikasi ini merekodkan perjalanan dan memberi ganjaran kepada pemandu dengan token mengikut tabiat pemanduan selamat, memberi insentif kepada tingkah laku pemanduan selamat dan meningkatkan keselamatan jalan raya. API YASMO berhubung dengan jenama, pedagang dan rakan kongsi untuk membuka kunci ganjaran istimewa melalui papan pendahulu global bagi menghubungkan selanjutnya pemandu dengan tingkah laku pemanduan yang betul.
"Di YASMO, matlamat kami adalah untuk menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan dan membawa kepuasan melalui penggunaan teknologi blok rantai dan web3 sekali gus meningkatkan keselamatan jalan raya dan persekitaran," kata Kan Ng, Ketua Produk YASMO. "Kami percaya aplikasi ini akan merevolusikan cara orang ramai memandang pemanduan dan teruja untuk melihat impak positif yang akan diberikan olehnya ke atas komuniti kami," kata William Lee, Pengasas Bersama YAS Group Limited.
Dengan ciri-cirinya yang inovatif, perkongsian bersama jenama kereta, syarikat perkongsian tunggangan dan syarikat insurans serta sistem ganjaran token yang unik, YASMO bersedia untuk mentransformasikan kenderaan elektrik, mengembangkan pasaran automobil dan mengubah sektor insurans motor.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi yasmo.io
Latar Belakang YAS Mobility (YASMO)
YASMO ialah platform aktiviti-untuk-peroleh termaju yang memberi insentif kepada tabiat memandu melalui program "Drive to Earn". YASMO merekodkan data waktu sebenar tentang corak pemanduan, tingkah laku yang dapat membantu mengatasi cabaran yang dihadapi oleh industri kereta dan insurans. Dengan mewujudkan perkongsian strategik bersama jenama kereta, syarikat perkongsian-tunggangan dan syarikat insurans, YASMO bermatlamat untuk meningkatkan ketelusan teknologi dan prestasi, meningkatkan kualiti data, meningkatkan pengalaman pengguna dan pemilikan data serta merombak model pengunderaitan dan penentuan harga insurans motor. YASMO komited untuk mencipta jalan raya yang lebih selamat dan bandar lebih pintar melalui platformnya yang inovatif.
Latar Belakang YAS Group Limited
YAS Group Limited ialah sebuah syarikat Teknologi Insurans (Insurtech) Asia-Pasifik yang beribu pejabat di Hong Kong dengan operasi di Vietnam dan Malaysia. Mengaplikasikan blok rantai, YAS telah menghasilkan beberapa insurans mobiliti, gaya hidup dan web 3 di Asia, termasuk insurans untuk mendaki, berbasikal, e-Dagang dan pengangkutan awam. YAS komited untuk membentuk semula insurans demi generasi-generasi baharu melalui penggunaan teknologi. YAS dipilih sebagai Rising Star Deloitte Hong Kong 2021.
Laman Web YAS: https://yas.io