omniture

Huawei dan rakan-rakan kongsi akan tingkatkan rangkuman digital di Uganda melalui projek DigiTruck

Huawei
2023-03-14 14:48 42

DigiTruck akan menyediakan latihan kemahiran digital percuma untuk lebih daripada 10,000 benefisiari

KIRUHURA, Uganda, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Uganda T.Y.T. Yoweri Kaguta Museveni melancarkan secara rasmi projek DigiTruck baharu di Uganda.

Projek ini akan menyediakan latihan percuma dalam kemahiran digital untuk lebih daripada 10,000 benefisiari selama tiga tahun.

Projek DigiTruck dilancarkan oleh T.Y.T. Yoweri K. Museveni, Presiden Republik Uganda
Projek DigiTruck dilancarkan oleh T.Y.T. Yoweri K. Museveni, Presiden Republik Uganda

Dilancarkan pada 8 Mac di sebuah acara yang meraikan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) di Daerah Kiruhura, projek DigiTruck merupakan sebahagian daripada inisiatif TECH4ALL Huawei, inisiatif jangka panjang syarikat untuk memacu keterangkuman dan kemampanan di seluruh dunia.

Presiden Yoweri Museveni mengulas dalam satu ciapan, "Saya melancarkan projek DigiTruck Huawei di Uganda. Sebuah projek yang akan memberi manfaat kepada lebih 10,000 rakyat Uganda dalam tempoh 3 tahun terutamanya jua-kali, pemilik perusahaan, wanita, kanak-kanak perempuan dan pelajar melalui Kemahiran Digital." Beliau menambah bahawa, "Transformasi digital ialah salah satu pemacu penting dalam pembangunan modal insan yang berkesan, justeru itu, saya berasa gembira dapat melancarkan Projek Huawei ini."

Sesuai dengan tema IWD iaitu ''DigitAll: Inovasi demi masa depan jantina yang sama rata' dan tema kebangsaan Uganda iaitu 'Peluang Sama Rata dalam Pendidikan, Teknologi Sains untuk Inovasi dan Masa Depan Sama Rata Jantina,' benefisiari yang diutamakan dalam projek DigiTruck Uganda termasuk kanak-kanak perempuan dan wanita. Benefisiari sasaran yang lain ialah anak muda dan pemilik perniagaan mikro dan kecil-kecilan 'Jua-Kali'.

"Pendigitalan perusahaan Jua Kali akan mencipta peluang mata pencarian yang berterusan untuk sektor tidak formal kerana ia akan membolehkan perniagaan kecil-kecilan mengambil bahagian dalam perdagangan serantau dan nasional, meluaskan landskap pelanggan dan membolehkan perniagaan untuk menyediakan kepada pelanggan dengan rangkaian perkhidmatan dan produk yang lebih luas," kata Kolonel Bersara Okello P. Charles Engola, Menteri Negara untuk Buruh, Pekerjaan dan Perhubungan Perindustrian di Uganda. "Latihan akan dapat meningkatkan rangkuman kewangan melalui keupayaan yang lebih baik untuk mengendalikan operasi wang mudah alih dan meluaskan peluang pekerjaan, terutamanya di kawasan luar bandar."

Beroperasi dengan kerjasama Kementerian Buruh, Jantina dan Pembangunan Sosial serta perusahaan sosial antarabangsa Close the Gap, projek DigiTruck Uganda sejajar dengan wawasan 2040 negara ini, Rancangan Pembangunan Negara dan Strategi Agenda Digital Pendidikan. Tumpuan inisiatif-inisiatif ini termasuk menggalakkan kemahiran asas digital, komunikasi dan maklumat digital, transaksi digital, menggunakan Internet untuk menyelesaikan masalah, keselamatan dalam talian, tanggungjawab sivik serta privasi data.

"Sebagai sebuah perusahaan sosial antarabangsa yang wujud untuk merapatkan jurang digital, Close the Gap percaya bahawa akses kepada kemahiran digital merupakan kunci untuk memperkasa individu dari segi ekonomi dan sosial," kata Francisca Muema, Pengurus Projek DigiTruck daripada Close the Gap.

Ditukar daripada kontena perkapalan terpakai, DigiTruck ialah bilik darjah bergerak dipasang pada trak yang boleh dipandu ke komuniti terpencil yang kekurangan kemudahan latihan. Setiap kursus 40-jam melatih pelajar dalam kemahiran literasi digital seperti bagaimana menggunakan peranti, perisian pejabat dan Internet, berserta kemahiran insani seperti menulis resume, memohon pekerjaan dalam talian dan menjalankan perniagaan dalam talian. Disambungkan oleh 4G, Uganda DigiTruck dapat menampung 20 orang pelajar dalam satu sesi dan didatangkan lengkap dengan skrin pintar Huawei IdeaHub, telefon pintar dan komputer riba. Memandangkan kesemua peranti berkuasa solar, DigiTrucks dapat menawarkan perkhidmatan kepada komuniti yang kekurangan bekalan kuasa.

"Projek ini akan membolehkan penduduk di kebanyakan kawasan luar bandar Uganda untuk memperoleh kemahiran ICT dan memajukan perniagaan mereka dengan e-dagang serta pemasaran dalam talian. Atas sebab inilah kami mempunyai slogan 'Diri Anda yang Lebih Baik demi Uganda yang Lebih Baik' ('A better You for a Better Uganda')," kata Gao Fei, Pengarah Urusan Huawei Uganda. "Kami akan terus berinovasi dan berusaha bersama rakan kongsi kami untuk mempromosikan dunia digital yang lebih inklusif dan mampan buat semua."

Setakat ini, Huawei telah menjalankan projek-projek DigiTruck di Kenya, Ghana dan Perancis dengan tumpuan untuk membawakan kemahiran digital kepada individu yang berkemungkinan besar akan ketinggalan dalam dunia digital, termasuk masyarakat luar bandar, warga emas dan belia menganggur, orang kurang upaya dan juga wanita.

Latar Belakang Huawei TECH4ALL

TECH4ALL ialah inisiatif rangkuman digital dan pelan tindakan jangka panjang Huawei. Diupayakan oleh teknologi inovatif dan perkongsian, TECH4ALL dibangunkan untuk membantu menggalakkan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Huawei TECH4ALL di https://www.huawei.com/en/tech4all

Ikuti kami di Twitter melalui
https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Women-related news