omniture

Huawei Perkenal Empat Penyelesaian berasaskan-Senario untuk Penjagaan Kesihatan, Menyumbang Idea Baharu untuk Pembinaan Hospital Pintar

Huawei
2023-03-14 16:38 125

BARCELONA, Sepanyol, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2023, Huawei mengadakan perbincangan meja bulat media penjagaan kesihatan bertema "Mempercepatkan Perjalanan Digital Penjagaan Kesihatan, Mencipta Nilai Baharu Secara Bersama". Xia Zun, Presiden Sektor Awam Global Huawei, memperkenalkan empat penyelesaian penjagaan kesihatan berasaskan senario Huawei dan mengumumkan pameran dalam talian hospital pintar pertama di Huazhong University of Science and Technology Union Shenzhen Hospital, yang dibuka buat kali pertama untuk pelanggan di luar China.

Xia Zun, Presiden Sektor Awam Global Huawei (pertama dari kanan)
Xia Zun, Presiden Sektor Awam Global Huawei (pertama dari kanan)

Xia Zun berkata, "Transformasi digital penjagaan kesihatan sedang memasuki zon air-dalam. Teknologi digital baharu seperti 5G, F5G, AI, IoT dan pengkomputeran awan, digabungkan dengan kejuruteraan perubatan untuk menyokong inovasi dalam penjagaan kesihatan dan mempercepatkan pembangunannya. Huawei akan tetap merendah diri, bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi, yang memiliki pengalaman dan pengetahuan serta meningkatkan pelaburan strategik kami untuk membantu industri penjagaan kesihatan mempercepatkan transformasi digital."

Penyelesaian Pengimejan Perubatan Optik-Sepenuhnya untuk Pandangan Imej 3D

Penyelesaian Pengimejan Perubatan Optik-Sepenuhnya Huawei dapat memuatkan ribuan imej dalam beberapa saat dan membina semula imej dalam 3D dengan definisi tinggi 4K, seterusnya menawarkan pengalaman yang pantas, stabil dan pintar.

Penyelesaian Patologi Digital untuk Melihat Lebih 1000 Hirisan dalam Beberapa Saat

Berdasarkan kepada storan teragih Huawei OceanStor Pacific dan algoritma pemampatan nirhilang, penyelesaian Patologi Digital Huawei mempercepatkan penyimpanan dan pertanyaan data patologi serta menjimatkan lebih daripada 30% ruang simpanan.

Penyelesaian Wad Pintar untuk Pengurusan dan Perkhidmatan Wad Pintar dan Tanpa Wayar

Menggunakan teknologi 5G, IoT dan Wi-Fi, penyelesaian Wad Pintar Huawei membantu hospital mengurangkan kos pengurusan dan meningkatkan pengalaman pesakit melalui aplikasi IoT penjagaan kesihatan seperti pemantauan cecair IV, pencegahan penculikan bayi dan sebagainya.

Infrastruktur ICT Hospital Pintar untuk Sistem yang Sentiasa-pantas, Selamat dan Tahan-lama

Penyelesaian infrastruktur ICT Huawei, menampilkan rangkaian DC aktif-aktif dan kampus tertumpu akan memastikan sistem perniagaan boleh berjalan 24*7 dengan lancar.

Huawei komited untuk membawakan digital kepada setiap orang, rumah dan organisasi demi dunia pintar, terhubung sepenuhnya. Penjagaan kesihatan ialah salah satu sektor penting untuk perniagaan Sektor Awam Global Huawei. Setakat ini, berserta lebih 2,000 rakan kongsi ekosistem, Huawei menawarkan perkhidmatan kepada lebih 2,800 hospital dan institusi penyelidikan perubatan di lebih 90 negara dan wilayah seluruh dunia.

Pertanyaan media sila hubungi: hwebgcomms@huawei.com 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news