omniture

FICHET Memacu Kolaborasi Rentas Sempadan dalam Pengajian Tinggi di APAIE 2023

Foundation for International Cooperation in Higher Education of Taiwan (FICHET)
2023-03-14 16:58 55

TAIPEI, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Bagi menghadiri APAIE 2023 di Bangkok Thailand mulai 13-17 Mac, Foundation for International Cooperation in Higher Education of Taiwan (FICHET) telah mengatur satu delegasi uiversiti yang diketuai oleh Dr. Nicole Yen-Yi Lee, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Antarabangsa dan Rentas Selat Kementerian Pendidikan. Delegasi berkenaan melibatkan 33 institusi pengajian tinggi Taiwan, dengan sejumlah 70 wakil, bertujuan untuk memperluaskan semua peringkat kolaborasi pendidikan. Di samping itu, FICHET menonjolkan jenama Study in Taiwan dan kelebihan bekerjasama dengan universiti-universiti Taiwan.

Pada hari pertama APAIE tahun ini. FICHET menganjurkan sebuah acara rangkaian khas, Study in Taiwan Happy Hour, untuk semua universiti terlibat dalam dialog santai untuk berhubung demi hubungan yang lebih kukuh. "Kami benar-benar percaya bahawa perkongsian universiti merupakan kunci kepada pemupukan bakat pengajian tinggi," kongsi Dr. Yunhua Yang, Timbalan Pengarah Eksekutif FICHET. "Selain menikmati dialog yang menyegarkan dan pertukaran ilmu pengetahuan berkisarkan pengajian tinggi serantau di persidangan tersebut, kami teruja dengan kesemua peluang untuk membina hubungan baharu dan memaksimumkan sinergi baharu."

Universiti-universiti Taiwan sentiasa menjadi pemain yang aktif dalam mempromosikan pendidikan global, khususnya dengan dan untuk rakan-rakan Asianya. Wajar dinyatakan bahawa universiti-universiti Taiwan menawarkan program latihan bakat untuk para pelajar di universiti-universiti Asia Tenggara. Program pembangunan bakat ini membina model teladan untuk kolaborasi industri-akademik bagi merapatkan jurang kemahiran. Para pelajar antarabangsa bukan sahaja dapat memperoleh pengetahuan profesional dan pengalaman industri, tetapi juga dapat belajar bahasa Mandarin di Taiwan.

FICHET berbangga kerana mengambil peranan sebagai jambatan yang menghubungkan pelajar universiti dengan universiti-universiti Taiwan. Bagi pihak semua universiti di Taiwan, organisasi ini menggabungkan kolaborasi bersama universiti-universiti luar negara bagi menggalakkan pengajian di Taiwan. Platform Study in Taiwan menawarkan set sumber yang sangat besar kepada pelajar antarabangsa yang ingin menemui dan meneroka kesemua program yang tersedia di Taiwan. Menjadi misi FICHET untuk memajukan keterhubungan dan perkongsian strategik demi pendidikan global.

Latar Belakang FICHET
Ditubuhkan pada tahun 2005, Foundation for International Cooperation in Higher Education of Taiwan (FICHET) memupuk kolaborasi antara 119 institusi anggotanya dan universiti antarabangsa bagi menggalakkan pengajian di Taiwan serta mendorong sinergi pengajian tinggi rentas sempadan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.fichet.org.tw/en/.

 

 

 

 

Source: Foundation for International Cooperation in Higher Education of Taiwan (FICHET)
Keywords: Education Higher Education Licensing/marketing agreements