omniture

Kejayaan Pemerolehan Syarikat Berizin Australian Transaction Reports and Analysis Centre (AUSTRAC) oleh Doo Payment And Exchange

Doo Group
2023-03-14 16:58 65

HONG KONG, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Jenama subsidiari Doo Group, Doo Payment and Exchange, mencapai tahap baharu dengan memperoleh penyedia perkhidmatan kiriman wang dan pertukaran mata wang digital berizin, iaitu Doo Exchange AU Pty Ltd, yang dikawal selia oleh Australian Transaction Reports and Analysis Centre (AUSTRAC). Pencapaian yang penting ini melambangkan kekuatan dan kekukuhan Doo Group dalam hala tuju strategik globalnya.

© AUSTRAC for the Commonwealth of Australia 2019
© AUSTRAC for the Commonwealth of Australia 2019

Kejayaan pemerolehan Doo Exchange AU Pty Ltd memulakan lembaran baharu untuk Doo Group dalam sektor pertukaran pembayaran digital.

Melindungi Faedah Pelanggan Dengan Keizinan daripada Pengawal Selia Kewangan Terunggul Dunia

AUSTRAC ialah agensi Kerajaan Australia yang ditubuhkan pada tahun 1989. Ia merupakan salah satu pengawal selia kewangan yang terkemuka di dunia yang dimandatkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pencegahan Keganasan 2006 (Akta AML/CTF) untuk mengesan, menghalang dan mengganggu perbuatan jenayah dalam sistem kewangan.

Bagi mencapai sistem kewangan yang bebas daripada perbuatan jenayah, AUSTRAC berkembang secara berterusan untuk menangani cabaran yang dibawa oleh pendigitalan. Pakar-pakar perisikan kewangan mereka berkolaborasi dengan penguat kuasa undang-undang dan rakan kongsi keselamatan negara untuk mengenal pasti ancaman keselamatan negara serta mengesan dan mengganggu jaringan jenayah dan hasil daripada jenayah mereka.

Tawaran Perkhidmatan Profesional

Dengan keizinan daripada AUSTRAC, Doo Exchange AU Pty Ltd, dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan yang berikut kepada pelanggan:

(1)  Penyedia perkhidmatan kiriman wang (Nombor pengedar kiriman wang bebas: IND100812107-001)

Perkhidmatan kiriman wang menerima arahan daripada pelanggan untuk memindahkan wang atau harta kepada penerima. Penyedia perkhidmatan kiriman wang turut dikenali sebagai 'perniagaan pindahan wang'

(2)  Penyedia perkhidmatan pertukaran mata wang digital (Nombor penyedia berdaftar pertukaran mata wang digital: DCE100812107-001)

Penyedia perkhidmatan pertukaran mata wang digital menukarkan:

a.  Wang (mata wang Australia atau asing) untuk mata wang digital; atau
b.  Mata wang digital untuk wang (mata wang Australia atau asing)

Sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan pertukaran mata wang digital.

Untuk maklumat lanjut, sila cari "Doo Exchange AU Pty Ltd" di laman sesawang rasmi AUSTRAC: https://online.austrac.gov.au/ao/public/rsregister.seam 

Keizinan daripada AUSTRAC ialah penanda aras untuk Doo Group dalam membentuk sistem kewangan yang komprehensif di peringkat global. Pada masa akan datang, Doo Group akan berusaha untuk melakar pencapaian yang lebih hebat bagi memastikan pelanggannya berada di hadapan industri ini.

Laman Sesawang: www.doogroup.com 
Emel: marketing@doogroup.com 

Source: Doo Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers Financial Technology