omniture

CGTN: China mengutamakan rakyat dalam perjalanan baharu 'membina negara hebat'

CGTN
2023-03-14 21:43 29

BEIJING, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Perhimpunan tahunan seramai lebih daripada 2,900 timbalan ke Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC), badan perundangan tertinggi China, di Beijing untuk keutamaan pembangunan dan pembaharuan negara ini, antara lain, telah menghampiri penghujungnya.

Di mesyuarat penutup sesi pertama NPC ke-14 pada pagi Isnin, Presiden Cina Xi Jinping berjanji untuk melaksanakan kewajipan beliau dengan teliti, melakukan yang terbaik dan membuktikan layak mendapat kepercayaan semua timbalan NPC dan rakyat Cina daripada semua kumpulan etnik.

Dalam satu ucapan yang disiarkan secara langsung, Xi, yang dipilih sebagai presiden Cina pada hari Jumaat melalui undian sebulat suara, berkata kepercayaan rakyat merupakan motivasi terbesar yang mendorong beliau untuk melangkah ke hadapan dan merupakan satu tanggungjawab besar yang digalas oleh beliau.

"Bermula dari hari ini hingga pertengahan abad ke-21, tugas utama seluruh Parti Komunis China (CPC) dan semua rakyat Cina adalah untuk membangunkan China menjadi sebuah negara sosialis moden yang hebat dalam segenap aspek dan untuk memajukan penggiatan semua negara China dalam semua bidang," kata beliau.

Pembangunan berkualiti tinggi

Pembangunan berkualiti tinggi, yang memerlukan pembangunan yang inovatif, terselaras, hijau dan terbuka serta pembangunan untuk semua, merupakan salah satu perkataan yang disebut-sebut semasa berlangsungnya acara politik yang sangat penting di negara ini.

Semasa menghadiri perbincangan bersama rakan-rakan timbalan NPC beliau daripada delegasi Wilayah Jiangsu pada sesi berkenaan, Xi menegaskan pentingnya untuk meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi, menggelarnya sebagai tugas "pertama dan terpenting" dalam usaha pemodenan China.

Sebagai salah satu enjin yang memacu pertumbuhan ekonomi China, Jiangsu menjadi peneraju dalam usaha pemodenan negara ini. Pada tahun 2022, KDNK wilayah ini mencecah 12.28 trilion yuan ($1.77 trilion), satu peningkatan 2.8-peratus berbanding tahun sebelumnya sementara keluaran ekonominya menyumbang sebanyak 10.2 peratus daripada jumlah keseluruhan negara.

Pemimpin Cina ini turut menonjolkan peranan sektor swasta dalam meneruskan pembangunan sedemikian apabila beliau menghadiri satu mesyuarat berkumpulan bersama yang terdiri daripada penasihat-penasihat politik negara minggu lalu, menegaskan bahawa perusahaan persendirian dan usahawan "tergolong dalam keluarga kita sendiri" dan menggesa mereka untuk mengambil inisiatif.

Ekonomi China secara keseluruhannya berkembang dengan pesat, menerusi ekonomi yang lebih hijau dan lebih cekap yang didayakan oleh tumpuan yang dialihkan kepada pembangunan berkualiti tinggi. Sebagai contoh, penggunaan tenaga negara bagi setiap 10,000 yuan keluaran dalam negara kasar pada tahun 2022 menurun sebanyak 0.1 peratus daripada tahun 2021, manakala emisi CO2 bagi setiap 10,000 yuan KDNK jatuh 0.8 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Biro Statistik Kebangsaan.

Dalam ucapan pada hari Isnin, Xi mengulangi bahawa usaha harus dilakukan untuk menaik taraf secara berkesan dan mengembangkan ekonomi China secara sewajarnya dan terus meningkatkan kekuatan ekonomi negara, keupayaan saintifik dan teknologi serta kekuatan negara gabungan.

Falsafah bertumpukan rakyat

Matlamat utama China untuk menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi adalah untuk membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada rakyatnya, seperti yang dijelaskan oleh kepimpinan negara ini dalam banyak kesempatan.

Dalam membangunkan sebuah negara sosialis moden dalam segenap aspek, tugas yang paling mencabar dan sukar dipercayai untuk kekal di kawasan luar bandar, lalu menonjolkan keperluan terhadap usaha yang selanjutnya untuk memajukan penggiatan semula luar bandar secara menyeluruh.

China harus mendorong industri-industri luar bandar dengan ciri-ciri tempatan bagi mewujudkan lebih banyak saluran untuk meningkatkan pendapatan luar bandar serta menyatukan dan meluaskan pencapaian dalam pembasmian kemiskinan bagi mengelakkan daripada berbalik kepada kemiskinan secara besar-besaran, menurut laporan kerja kerajaan, satu resolusi yang diluluskan oleh timbalan-timbalan NPC pada Isnin.

Pada tahun 2022, pertumbuhan pendapatan penduduk luar bandar mengatasi pendapatan pendidik bandar untuk tahun ke-13 berturut-turut sementara nisbah pendapatan antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar menurun daripada 2.88 pada tahun 2012 kepada 2.45 pada tahun 2022, lantas merapatkan lagi jurang pendapatan bandar-luar-bandar.

Berucap di mesyuarat penutup sesi pertama NPC ke-14, Xi berkata falsafah pembangunan bertumpukan rakyat harus dilaksanakan agar hasil pemodenan akan memberi manfaat kepada semua rakyat secara saksama.

Dalam menggalakkan kemakmuran buat semua, kemajuan yang lebih ketara dan substantif akan dicapai, kata beliau.

"Saya akan menunaikan tanggungjawab saya yang dikurniakan oleh Perlembagaan sepenuhnya, dengan keperluan negara menjadi misi saya dan kepentingan rakyat menjadi kayu ukur saya," janji Presiden Cina ini.

https://news.cgtn.com/news/2023-03-13/China-puts-people-first-on-new-journey-of-building-great-country--1i8vmeZa2ly/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion