omniture

Menuju Matlamat "Dwi Karbon", Sinopec Menyeru Bangunkan CCUS ke dalam Sistem Pengurangan Emisi Sukarela China

SINOPEC
2023-03-14 21:46 16

Kitar semula kimia sisa plastik dilihat sebagai pendekatan penting dalam memajukan kemampanan industri kimia

BEIJING, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Ma Yongsheng, Presiden China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec"), menyeru untuk memasukkan projek-projek penangkapan, penggunaan dan penyimpanan (CCUS) karbon ke dalam sistem pengurangan emisi sukarela China.

The Qilu-Shengli Oilfield CCUS will reduce carbon emissions by 1 million tons per year.
The Qilu-Shengli Oilfield CCUS will reduce carbon emissions by 1 million tons per year.

CCUS ialah teknologi penyahkarbonan penting yang berpotensi untuk mengurangkan emisi dengan ketara dan menjadi penyumbang penting pada laluan untuk mencapai matlamat "Dwi Karbon". Tatkala teknologi dan projek CCUS China membangun secara berterusan, skala projek-projek CCUS masih agak kecil berbanding dengan volum emisi keseluruhan dan jurang tertentu dalam teknologi teras, terutamanya kos yang tinggi, mengehadkan aplikasi komersial berskala-besar.

Cadangan Ma untuk memasukkan projek CCUS ke dalam sistem pengurangan emisi sukarela China menyeru pelancaran semula dan pembinaan pasaran CCER (Pengurangan Emisi Bertauliah China) negara disatukan agar lebih banyak projek pengurangan karbon dapat mengambil bahagian dalam pasaran karbon dan mendorong syarikat-syarikat untuk menjalankan projek pengurangan emisi.

"Dalam pada itu, amat penting untuk menjalankan dan menerbitkan kajian metodologi CCUS di peringkat kebangsaan, atau mentauliahkan kajian metodologi yang disiapkan oleh syarikat-syarikat dan menerbitkannya tepat pada masanya bagi mendorong pembangunan berskala projek CCUS," ujar Ma.

Beliau mencadangkan agar meminda peraturan industri CCUS, rangka kerja institusi dan undang-undang dan spesifikasi teknikal untuk melancarkan piawaian kebangsaan pensijilan CCUS kuantitatif dan meneroka dasar sokongan seperti keutamaan cukai CCUS dan insentif subsidi ke arah mencapai matlamat keneutralan karbon.

Kitar semula kimia sisa plastik ialah pendekatan "sisa kepada kekayaan" yang lestari untuk memajukan transformasi hijau dalam industri penapisan dan kimia serta sebahagian daripada hala tuju ekonomi kitaran bagi meningkatkan kadar penggunaan sumber dan mengurangkan emisi GHG. Walaupun China menjalankan kajian teknologi serentak dengan rakan-rakan antarabangsa, masih terdapat cabaran kesukaran untuk memperoleh bahan mentah, kekurangan kematangan teknologi dan keupayaan perancangan keseluruhan dalam seluruh rantaian industri. Penting untuk mewujudkan demonstrasi industri dan rantaian industri kitar semula kimia serta bahan mentah dan sistem standard berkaitan produk.

Ma mencadangkan untuk mempercepatkan perancangan peringkat tertinggi dan menggalakkan syarikat-syarikat untuk menubuhkan pusat inovasi negara, terus mengurus teknologi teras dan memperkukuh pembangunan komersial dan penggunaan sumber di bawah bimbingan kerajaan bagi menggalakkan lagi transformasi hijau industri ini.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Conservation/Recycling