omniture

Casio bakal Lancar Siri G-SHOCK Recrystallized dalam Keluli Tahan Karat Terkeras Lapisan-Dalam

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2023-03-15 09:00 138

Jam Tangan Ulang Tahun ke-40 G-SHOCK

TOKYO, 15 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran penambahan terbaru kepada siri G-SHOCK Recrystallized kalis hentakan yang direka bentuk untuk meraikan ulang tahun ke-40 jenama G-SHOCK. GMW-B5000PS dan GMW-B5000PG dibuat menjadi lebih keras, menggunakan proses pengerasan lapisan-dalam*1 pada keluli tahan karat.

*1 Proses ini menghasilkan lapisan keras dengan memasukkan gas ke dalam permukaan keluli, membiarkan bahan mengeras sendiri dan bukannya menyalutnya untuk mengeraskan bahagian luar.

Siri G-SHOCK Recrystallized
Siri G-SHOCK Recrystallized

GMW-B5000PS dan GMW-B5000PG adalah berasaskan kepada GMW-B5000D logam-penuh, yang benar-benar menghasilkan semula bentuk ikonik G-SHOCK pertama, DW-5000C. Kedua-dua model ulang tahun ke-40 ini menggunakan keluli tahan karat yang amat keras untuk komponen luar seperti bezel dan tali jam.

Dengan kemajuan terkini ini dalam evolusi G-SHOCK berterusan yang bermula sejak tahun 1983, Casio membangunkan proses pengerasan lapisan-dalam khususnya untuk keluli tahan karat, menghasilkan bahan kira-kira tiga kali ganda lebih keras berbanding keluli tahan karat biasa. Penghabluran semula menambah elemen reka bentuk, dengan keluli tahan karat terawat haba dan terhablur semula bagi mencipta corak kristal terhadap tekstur matt, memberikan rupa kasar serpihan logam halus yang bertaburan di atas permukaan. Setiap komponen mempunyai butiran kristal yang unik, memberikan perbezaan yang halus dari segi corak, warna dan kilauan untuk setiap jam tangan.

Casio turut mengumumkan pada hari ini pelancaran DW-5040PG, yang menampilkan muka jam yang diukir dengan perkataan "PROJECT TEAM 'Tough,'" nama pasukan yang berusaha membangunkan G-SHOCK yang pertama. Bagi keluaran semula reka bentuk G-SHOCK asal ini, proses pengerasan lapisan-dalam diaplikasikan pada bahagian belakang bekas jam, gancu, gegelang gelung dan komponen-komponen logam yang lain. Plastik biojisim digunakan pada bezel dan tali jam.

Model

Warna

GMW-B5000PS

Perak

GMW-B5000PG

Emas

DW-5040PG

Hitam

 

GMW-B5000PS, GMW-B5000PG dan DW-5040PG
GMW-B5000PS, GMW-B5000PG dan DW-5040PG

Tanda perkataan dan logo Bluetooth® ialah tanda dagangan berdaftar yang dimiliki oleh Bluetooth SIG, Inc. dan sebarang penggunaan tanda berkenaan oleh Casio Computer Co., Ltd. adalah di bawah lesen.

 

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services