omniture

Artis Perancis Terkenal JR dedahkan karya seni monumental "GIANTS" pertama beliau di Asia, berjudul "GIANTS: Rising Up" di Pusat Membeli-Belah Harbour City, pada Bulan Seni Hong Kong

Harbour City Estates Limited
2023-03-15 10:11 48

HONG KONG, 14 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Harbour City, pusat membeli-belah terbesar Hong Kong menjemput artis Perancis yang terkenal JR untuk mencipta karya seni "GIANTS" pertama beliau di Asia, berjudul "GIANTS: Rising Up" mulai 13 Mac hingga 23 April 2023 di Ocean Terminal Deck. Seni pemasangan yang sangat besar itu menggambarkan pelompat tinggi yang sangat besar terapung di udara bersebelahan dengan Victoria Harbour ikonik Hong Kong, dengan tubuhnya melentur dengan lemah gemalai dan kepalanya menghadap ke belakang ke latar langit yang menakjubkan.

Artis terkenal JR, yang telah mengumpul lebih 1.7 juta pengikut Instagram, kembali ke Hong Kong dengan seni pemasangan beliau yang menjulang tinggi selepas kunjungan terakhir beliau sepuluh tahun yang lalu. Pemasangan berukuran 12-meter-tinggi dan 12-meter-lebar ini berinteraksi secara bijak dengan persekitaran. Atlet lompat tinggi itu kelihatan terjun dari tanah dan menikmati sensasi jatuh bebas. Gestur yang kuat dan tegap ini, kongsi JR, "merupakan satu jemputan untuk berlepas, dan mencapai lebih lagi, yang merujuk kepada pemasangan GIANTS di Sukan Olimpik Rio 2016," yang menggambarkan tiga atlet tanpa nama dengan gestur mereka yang sempurna merentas bandar itu dan disambut baik oleh orang ramai.

Pemasangan besar itu dibuat dengan melukis pada kanvas potret hitam-dan-putih ikonik kepada susunan perancah yang rumit. JR menambah sentuhan khas Hong Kong kepada karya seni ini, menggabungkan ketukangan seni bina tradisional - perancah buluh buat julung kalinya, bukannya bergantung semata-mata pada perancah besi.

JR terkenal dengan pemasangan hitam dan putih beliau yang bersaiz terlalu besar yang mempamerkan seni ilusi optik mendalam beliau dan pemasangan fotorgafi di ruang awam untuk melibatkan orang ramai dalam masyarakat. Karya-karya beliau telah dipamerkan di lebih 40 bandar dengan lebih daripada 80 pameran yang mengagumkan termasuk Musée du Louvre di Paris, Palazzo Farnese di Rom, Piramid Khafre di Giza dan sebagainya.

Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8623 / www.harbourcity.com.hk 
#HCart #HarbourCity #HCRisingUp @harbourcity @jr

Muat Turun Siaran & Foto: https://www.dropbox.com/sh/tu8tkaqnm0ko5kr/AACfukUbg70Pb2vA7gGXF5VXa?dl=0

“GIANTS: Rising Up” Public Art Installation at Harbour City Shopping Mall depicts a gigantic high jumper floating in mid-air adjacent to Hong Kong’s iconic Victoria Harbour
“GIANTS: Rising Up” Public Art Installation at Harbour City Shopping Mall depicts a gigantic high jumper floating in mid-air adjacent to Hong Kong’s iconic Victoria Harbour

 

JR specially adds a touch of Hong Kong to this artwork, fusing the traditional architectural craftsmanship - bamboo scaffolding for the first time.
JR specially adds a touch of Hong Kong to this artwork, fusing the traditional architectural craftsmanship - bamboo scaffolding for the first time.

 

This 12-meter-high and 12-meter-wide installation cleverly interacts with the surroundings. The high-jumping athlete appears to jump off the ground and enjoys the sensation of free fall.
This 12-meter-high and 12-meter-wide installation cleverly interacts with the surroundings. The high-jumping athlete appears to jump off the ground and enjoys the sensation of free fall.

 

 

 

 

 

 

Source: Harbour City Estates Limited
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment New products/services Future Events