omniture

STARTRADER Menang Beberapa Anugerah dalam Beberapa Ekspo Di Serata Dunia

STARTRADER
2023-03-15 15:24 25

TAIPEI, 15 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Tanggungjawab tidak berbelah bahagi oleh STARTRADER untuk memberi pengalaman terbaik kepada pelanggan selama lebih setahun tidaklah dipandang sebelah mata sahaja. Mereka telah memenangi beberapa anugerah di ekspo-ekspo berbeza, termasuk Broker Terbaik di Asia melalui Ekspo Kewangan Wiki di Hong Kong dan Broker Dagangan Emas Terbaik di majlis Traders Awards. Tambahan pula, STARTRADER memenangi anugerah Broker Berkembang Terpantas, Broker Eksekutif Terbaik dan Program Afiliasi Terbaik di Ekspo Kewangan Afrika serta anugerah Broker Berkembang Terpantas di Ekspo Forex Dubai. 


Anugerah-anugerah ini menonjolkan komitmen STARTRADER terhadap pencapaian dan pengembangan serta mendapat kepuasan pelanggan sama ada pedagang institusi atau individu. Setiap anugerah menunjukkan keupayaan pasukan ini untuk beradaptasi terhadap keperluan pasaran dan pelanggan yang berubah-ubah. Sepanjang lebih setahun lamanya, syarikat ini berjaya menyampaikan segala yang diperlukan oleh pelanggan di dunia dalam pelaburan dengan nilai serta standard tertinggi.

Dedikasi STARTRADER untuk memastikan agar pelanggan mereka berpuas hati menyebabkan mereka mendapat kepercayaan dengan pantas. Bagi mendapat kepercayaan sedemikian, STARTRADER komited untuk menyediakan perkhidmatan dan sokongan yang luar biasa dengan melabur dalam teknologi dan menawarkan bahan pendidikan secara percuma, analisis pasaran dan panduan diperibadikan kepada pelanggan. Di samping itu, STARTRADER memberikan gabungan kepantasan, teknologi dan kebolehcapaian yang ideal kepada pelanggannya ketika ia memberi peluang kepada pedagang seluruh dunia untuk berdagang dengan lancar melalui Copy Trade, Web Trader, MT4 dan MT5. Paling penting, STARTRADER memberikan rangkaian luas penyelesaian tersuai, fi, tawaran dan banyak lagi kepada rakan kongsi. Program-program yang tidak dapat ditandingi ini disokong oleh kecairan institusi terkemuka.

STARTRADER ialah salah satu broker yang berkembang paling pantas di dunia yang melaluinya pelanggan boleh memperdagangkan CFD dalam ratusan instrumen dalam lima kelas aset – forex, logam, indeks, komoditi dan saham. STARTRADER memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berdagang secara cekap dengan menawarkan tahap sekuriti dana yang tinggi dan modal berbayar yang tinggi. Terkenal dengan pendekatan kami yang bertumpukan pelanggan, mereka memastikan agar pelanggan mempunyai kesemua alat dan maklumat yang mereka perlukan untuk memulakan perjalanan perdagangan mereka; termasuk persekitaran dagangan yang fleksibel dengan pelaksanaan yang amat pantas.

Laman Sesawang Rasmi: WWW.STARTRADER.COM
Media Sosial: Linkedin l Facebook

NOTIS RISIKO

STARTRADER menyediakan produk derivatif berleveraj termasuk forex dan CFD. Sila ambil maklum bahawa produk berleveraj mungkin TIDAK sesuai untuk semua pelabur memandangkan produk ini mempunyai tahap risiko yang tinggi untuk modal anda dan ada kemungkinan untuk mengalami kerugian lebih banyak daripada deposit bersih anda. Menjadi tanggungjawab anda untuk memahami sepenuhnya bahawa apabila berdagang secara margin atau leveraj, modal anda berisiko dan sila pertimbangkan dengan teliti objektif pelaburan anda, pengetahuan perdagangan, pengalaman dan kemampuan anda. Dinasihatkan untuk tidak berdagang sekiranya anda tidak mampu menanggung kerugian yang mungkin diakibatkan oleh dagangan. Adalah disyorkan untuk mendapatkan cadangan bebas dan profesional sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan tentang produk yang disediakan oleh STARTRADER. Sila ambil maklum bahawa STARTRADER TIDAK campur tangan atau bertanggungjawab terhadap kerugian yang disebabkan oleh mengikuti nasihat dagangan atau meniru dagangan.

STARTRADER LLC ialah sebuah syarikat diperbadankan sewajarnya di Saint Vincent & The Grenadines di bawah Nombor 228 LLC 2019 bagi menyediakan perkhidmatan dagangan FX margin dan CFD kepada pelabur global.

 

 

 

 

Source: STARTRADER
Keywords: Banking/Financial Service Awards Financial Technology