omniture

Kolaborasi dan Kebolehsuaian Ditonjolkan sebagai Pemacu Pertumbuhan Penting Hubungan China-ASEAN di Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin Perniagaan China-ASEAN CGS

China Galaxy Securities (CGS)
2023-03-16 08:31 250

Dihoskan oleh China Galaxy Securities, Sidang Kemuncak mewujudkan platform untuk hampir 1000 hadirin daripada sektor awam dan swasta untuk berinteraksi dan membincangkan pembangunan yang membentuk landskap kewangan APAC

SINGAPURA, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin Perniagaan China-ASEAN CGS sulung, dihoskan oleh China Galaxy Securities (CGS) dengan kerjasama Business ChinaChina Enterprises Association (Singapore) dan CIMB, melabuhkan tirai pada 10 Mac 2023.

Persidangan selama dua hari itu dihadiri oleh hampir 1,000 peserta dan penceramah termasuk wakil daripada lebih 450 kerajaan dan perniagaan merentas 20 negara. Pemimpin pemikiran daripada syarikat korporat terkemuka dan penggubal dasar dalam industri perkhidmatan kewangan Asia Pasifik berkongsi pandangan tentang topik-topik kontroversi seperti tinjauan pelaburan China-ASEAN, landskap pembuatan Asia, penyahkarbonan dan pembiayaan hijau serta peluang Shariah dan SRI, bagi memperkasa hadirin untuk memanfaatkan dengan lebih baik peluang perniagaan di rantau ini.

Collaboration and Adaptability Highlighted as Key Growth Drivers of China-ASEAN Relations at CGS China-ASEAN Business Leaders Summit
Collaboration and Adaptability Highlighted as Key Growth Drivers of China-ASEAN Relations at CGS China-ASEAN Business Leaders Summit

Kolaborasi dan kebolehsuaian muncul sebagai faktor-faktor kritikal yang penting untuk memacu kejayaan dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Asia Pasifik. Para penceramah menekankan kelebihan pelengkap ekstensif yang boleh dimanfaatkan oleh China dan negara-negara anggota ASEAN dengan mempererat kerjasama untuk industri-industri seperti pembuatan termaju dan penyahkarbonan. Meskipun pembukaan semula China dan pertumbuhan berterusan rantau ASEAN membawa potensi yang cukup besar, keupayaan untuk beradaptasi dengan pantas terhadap keadaan pasaran global dan serantau yang berubah-ubah akan menjadi penting untuk kejayaan jangka panjang.

Acara tersebut diserikan oleh tetamu-tetamu kehormat iaitu T.Y.T Dr. Kao Kim Hourn, Setiausaha Agung ASEAN dan Tengku Zafrul Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Malaysia). Para penceramah terdiri daripada tokoh-tokoh seperti En. Chen Liang, Pengerusi, China Galaxy Securities Co., Ltd, Dr. Qi Bin, Naib Presiden Eksekutif, China Investment Corporation (CIC) dan Cik Qiu Aijun, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Kerjasama Antarabangsa, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Republik Rakyat China.

Mr. Chen Liang, Chairman, China Galaxy Securities Co., Ltd
Mr. Chen Liang, Chairman, China Galaxy Securities Co., Ltd

En. Chen Liang membincangkan bagaimana pendalaman inisiatif Jalur dan Jalan, peningkatan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, pembinaan yang dipercepatkan untuk Pelabuhan Maklumat China-ASEAN dan pengeluaran berterusan dividen polisi daripada Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kesemuanya dijangka untuk membawa lebih banyak peluang dan potensi perniagaan untuk pertumbuhan ekonomi dan perdagangan China-ASEAN. Beliau menyatakan bahawa transformasi teknologi dan perindustrian yang sedang berjalan membawa peluang baharu untuk kedua-dua wilayah ini untuk berkolaborasi dalam sektor-sektor baru muncul seperti pembuatan termaju, tenaga baharu, ekonomi digital, e-dagang dan bandar pintar. Ini berkemungkinan akan menghasilkan penyepaduan yang lebih besar dalam rantaian perindustrian, bekalan dan nilai, seterusnya meningkatkan permintaan perusahaan terhadap pelaburan dan pembiayaan rentas sempadan.

H.E. Dr. Kao Kim Hourn, ASEAN Secretary General
H.E. Dr. Kao Kim Hourn, ASEAN Secretary General

T.Y.T. Dr. Kao menekankan hubungan dagangan yang kukuh antara ASEAN dan China, menyatakan bahawa perjanjian seperti Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-China kekal menjadi daya penggerak utama untuk perdagangan dan pelaburan bersama antara kedua-dua wilayah. ASEAN dan China turut mempererat kolaborasi bagi meningkatkan keupayaan ASEAN dalam bidang-bidang seperti pembuatan pintar, kecerdasan buatan, e-dagang dan kemampanan, yang kesemuanya menyediakan secara kolektif asas untuk peluang pertumbuhan digital.

Tengku Zafrul Aziz, Minister of International Trade and Industry (Malaysia)
Tengku Zafrul Aziz, Minister of International Trade and Industry (Malaysia)

Tengku Zafrul Aziz berbicara tentang bagaimana hubungan ekonomi ASEAN-China mewakili pemacu pertumbuhan yang penting untuk Asia, menyatakan bahawa pelonggaran langkah-langkah pandemik akan terus berperanan untuk memperkukuh hubungan ini serta kerjasama pada masa akan datang. Dengan China menjadi rakan dagangan terbesar ASEAN dan salah satu pelabur asing terbesar Malaysia, beliau menyatakan kesediaan Malaysia untuk menyokong Inisiatif Jalur & Jalan (BRI) China dengan kumpulan bakat yang mahir dan berbilang bahasa bagi memacu pertumbuhan serantau yang lebih besar.

Dr. Qi Bin, Executive Vice President, China Investment Corporation (CIC)
Dr. Qi Bin, Executive Vice President, China Investment Corporation (CIC)

Dr. Qi Bin berkongsi pandangan tentang bagaimana ekonomi China pulih dengan pantas daripada impak wabak. Asas perindustrian China yang kukuh dan kumpulan pengguna yang besar telah membantu mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan yang ideal, bukan sahaja untuk pembuatan, tetapi juga sebagai pasaran yang amat menarik untuk perniagaan global. Dr. Qi mengetengahkan tentang sejarah panjang jalinan kerjasama antara China dan ASEAN, yang kini merupakan rakan dagangan terbesar antara satu sama lain. Kedekatan geografi dan persamaan budaya menjadikan ASEAN sebagai pilihan utama untuk syarikat-syarikat Cina berkembang ke luar negara, memanfaatkan populasi besar ASEAN.

Cik Qiu Aijun berbicara tentang bagaimana China berusaha untuk memperdalam sokongan untuk ASEAN melalui peningkatan kerjasama teknologi dan juga Inisiatif Jalur dan Jalan. Kekal terbuka kepada kemungkinan pada masa depan dan tetap inovatif merupakan kunci untuk menggalakkan perdagangan antara China dan ASEAN; ini akan mencapai kemuncaknya dalam pertukaran yang lancar antara bakat, produk dan pengetahuan teknologi. Semasa proses ini, Cik Qiu menjangkakan PKS akan terus memainkan peranan yang penting, menjadi penggiat penting di dalam China dan di luarnya.

Latar Belakang China Galaxy Securities

China Galaxy Securities Co. Ltd. ("Syarikat") ialah salah satu penyedia perkhidmatan kewangan bersepadu yang terkemuka dalam industri sekuriti di China. Jaringan perniagaan kami mencakupi 15 negara dan wilayah merentas 5 benua, menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 14 juta pelanggan. Pengawal de facto Syarikat ini ialah Central Huijin, yang dimiliki sepenuhnya oleh China Investment Corporation Limited, iaitu dana kekayaan negara di China yang terkemuka di dunia.

Dengan sejarah unik kami, kelebihan jenama dan pemegang saham kami, jaringan perniagaan yang paling luas dalam industri ini dan juga kumpulan pelanggan, serta perkhidmatan dan kapasiti perniagaan yang menyeluruh, Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kewangan yang komprehensif seperti perundingan kumpulan pemikir, pengurusan kekayaan, pelaburan dan pembiayaan serta perniagaan antarabangsa kepada kerajaan, perbadanan, institusi dan juga individu.

Telahpun disenaraikan sebagai antara yang teratas dalam industri ini dari segi skala modal, keberuntungan, kekuatan perniagaan dan keupayaan pengurusan risiko, Syarikat ini komited untuk menjadi sebuah bank pelaburan yang terkemuka.

 

 

 

 

 

Source: China Galaxy Securities (CGS)
Keywords: Banking/Financial Service