omniture

Playground dedahkan untuk lancar Chatbot Friendify GPT menggunakan AI Terbuka ChatGPT-3

ISSAC PLAYGROUND COMPANY
2023-03-16 14:53 58

SINGAPURA, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Friendify GPT, chatbot interaksi pintar yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) akan dilancarkan oleh Playground. Ini merupakan langkah pertama dalam laluan Playground untuk membangunkan dan membawa teknologi AI lebih dekat kepada semua orang bagi merapatkan jurang teknologi.

Chatbot Friendify GPT menggunakan AI Terbuka ChatGPT-3
Chatbot Friendify GPT menggunakan AI Terbuka ChatGPT-3

Friendify GPT dibina berasaskan platform teknologi AI paling canggih yang tersedia pada hari ini, teknologi AI Terbuka ChatGPT-3 yang menyokong berbilang suara dan bahasa serta membolehkan chatbot berinteraksi bersama pengguna dengan pintar dan fleksibel. Friendify GPT khususnya akan disediakan secara percuma sepenuhnya kepada pengguna di kawasan terpencil. Ini dapat menjadikan teknologi AI lebih mudah diakses oleh orang ramai di seluruh dunia.

Ini hanyalah langkah pertama dalam perjalanan Playground untuk membawa karakter-karakter AI 3D kepada peranti mudah alih dan mencipta produk perintis dengan platform Metasemesta dan teknologi AI. Matlamat Playground adalah untuk mempercepatkan pembangunan AI dan melancarkan telefon AI pertama di dunia. Bagi mencipta produk berintegrasi AI, Playground terus mengkaji dan membangunkan teknologi baharu bagi mengoptimumkan prestasi AI dan menyediakan pengalaman pengguna yang hebat.

Playground komited untuk mencipta produk canggih dengan teknologi AI diintegrasikan. Mereka terus berusaha untuk meningkatkan dan membangunkan teknologi ini bagi menyediakan pengalaman sebaik mungkin kepada pengguna. Matlamat utama mereka adalah untuk mencipta produk perintis yang menggunakan kuasa AI yang akan menambah baik cara kita menjalani kehidupan dan berinteraksi dengan teknologi.

Friendify GPT bukan sahaja mencipta perbualan rawak, tetapi turut membantu pelajar, penyelidik dan pakar dalam bidang ini memahami AI dengan lebih baik. Sama ada anda mencari panduan tentang teknologi AI termaju atau teknik pengekodan termaju, Friendify GPT berperanan sebagai panduan berguna yang dapat melengkapkan pengajian anda dan membantu anda dalam penyelidikan anda. "Melalui Friendify GPT, kami ingin membawa AI lebih dekat dengan semua orang dan Playground komited untuk membawakan AI kepada bilangan pengguna yang semakin bertambah," kata Isaac, pengasas Playground.

Matlamat utama Friendify adalah untuk mencipta produk perintis yang menggunakan kuasa AI yang akan menambah baik cara kita hidup dan berinteraksi dengan teknologi
Matlamat utama Friendify adalah untuk mencipta produk perintis yang menggunakan kuasa AI yang akan menambah baik cara kita hidup dan berinteraksi dengan teknologi

Ciri chatbot AI ini menawarkan faedah-faedah penting, terutamanya untuk individu bekerja sendiri dan perniagaan kecil-kecilan. Mereka boleh memanfaatkan teknologi ini untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan mereka tanpa melabur dalam saluran khidmat pelanggan yang mahal dan dalam masa yang sama masih memastikan keperluan pelanggan mereka dipenuhi dengan pantas dan mudah. Ini bukan sahaja membantu menjimatkan masa dan kos, tetapi turut meningkatkan pengalaman pelanggan keseluruhan, memacu kadar kepuasan pelanggan yang lebih tinggi dan mengulangi perniagaan. Teknologi ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan chatbot berkuasa AI, mengupayakan komunikasi yang lancar antara perniagaan dan pengguna.

Playground membangunkan platform untuk membantu sesiapa sahaja mencipta chatbot AI dan menggunakannya, membolehkan pelanggan berhubung terus dengan bahagian depan kedai sesebuah perniagaan untuk membuat pesanan, membuat tempahan, memberi maklum balas, ulasan dan penilaian. Dalam masa yang sama, individu yang bekerja sendiri boleh mengurus dan membolehkan AI memberi respons kepada pelanggan bagi pihak mereka melalui panel kawalan yang mudah digunakan. Perniagaan boleh memanfaatkan chatbot AI ini bagi meningkatkan pengalaman pelanggan mereka, mengurangkan masa menunggu dan mengoptimumkan saluran jualan. Ini akan membantu mereka bersaing dengan lebih baik dalam pasaran jualan, terutamanya apabila ciri-ciri AI diintegrasikan. Ketika ini, Playground sedang memuktamadkan platform ini dan ia dijangka akan dilancarkan lewat tahun ini. Penciptaan platform teknologi termaju ini melambangkan pencapaian penting dalam evolusi berterusan perkhidmatan berkuasa AI, memberi gambaran sekilas tentang kemungkinan tanpa batasan yang dibawakan oleh teknologi ini kepada perniagaan daripada semua saiz.

Friendify GPT ialah salah satu teknologi AI termaju yang pertama daripada Playground, berpotensi untuk membuka peluang baharu dan mengubah cara kita melihat peranan kecerdasan buatan. Teknologi AI terus berkembang dan berjanji untuk memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian orang ramai dalam masa terdekat. Kemunculan teknologi AI yang baharu dan inovatif seperti Friendify GPT, menunjukkan fasa evolusi AI yang seterusnya. Teknologi ini berjanji untuk mengubah cara individu dan syarikat mendekati aktiviti harian mereka, mencipta peluang baharu dan membolehkan mereka mencapai kecekapan dan produktiviti yang lebih tinggi.

Website | Facebook | Twitter | Telegram

 

Source: ISSAC PLAYGROUND COMPANY
Keywords: Computer Software Computer/Electronics