omniture

Yadea Dinamakan Pembekal Rasmi untuk Sukan Asia Hangzhou

Yadea
2023-03-16 15:17 57

HANOI, Vietnam, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Yadea, jenama kenderaan dua roda elektrik yang terkemuka di dunia, telahpun dinamakan sebagai pembekal rasmi untuk Sukan Asia, yang akan berlangsung di Hangzhou, China, antara 23 September dan 8 Oktober 2023. Bagi meraikan berita menggembirakan itu, baru-baru ini Yadea menyokong acara-acara Larian Ria Sukan Asia di Sri Lanka, Laos dan Vietnam sebagai penaja dan juga peserta.


Sebagai jenama yang komited kepada mobiliti mampan, Yadea mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif ESG dan acara sukan selama beberapa tahun. Selain daripada Sukan Asia, Yadea juga merupakan Penyokong Rantau Asia-Pasifik Rasmi untuk FIFA World Cup Qatar 2022™ dan FIFA World Cup Russia 2018™. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja mempromosikan visi Yadea, bahkan turut menunjukkan dedikasi jenama ini yang tidak henti-henti kepada sukan, teknologi serta perlindungan terhadap alam sekitar.


"Yadea berbesar hati dapat menjadi pembekal rasmi untuk Sukan Asia pada tahun ini dan juga aktif mengambil bahagian dalam acara Larian Ria Sukan Asia dengan menghantar wakil-wakil kakitangan dari pelbagai negara," kata Zhou Chao, Naib Presiden Kanan di Yadea. "Sokongan kami bukan sahaja menjadikan perjalanan lebih mudah untuk penganjur dan pesaing Sukan Asia, tetapi turut memperkukuh falsafah "mengelektrikkan kehidupan anda" jenama ini."

Acara larian ria itu bermula di Sri Lanka pada 7 Februari, sebelum menuju ke Laos pada 4 Mac dan berakhir di Vietnam pada 8 Mac.

"Kami menggalakkan para atlet dan juga rakyat dari semua negara untuk berkongsi semangat kesukanan dan kehidupan yang sihat dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan mesra alam," tambah beliau.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif "mengelektrikkan kehidupan anda" daripada jenama ini, Yadea telah meluaskan jangkauannya di Asia Tenggara. Syarikat ini menyediakan penyelesaian mobiliti yang mampan, cekap dan selamat kepada pelanggan di seluruh dunia. Berperanan sebagai pembekal rasmi dan mengambil bahagian dalam acara-acara larian ria merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat syarikat ini, bagi menggalakkan gaya hidup yang mampan dan sihat.

Memandang ke hadapan, Yadea akan terus menyediakan penyelesaian mobiliti yang cemerlang bagi memudahkan perjalanan global, dengan menumpukan kepada inovasi teknologi. Jenama ini akan turut mempromosikan kemampanan bandar pintar di peringkat global.

Latar Belakang Yadea

Yadea ialah peneraju global dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan dua roda elektrik termasuk motosikal elektrik, moped (basikal berenjin) elektrik, basikal elektrik dan skuter tendang elektrik. Dengan misi untuk membantu orang ramai "Mengelektrikkan Kehidupan Anda", Yadea terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran serta pengembangan global demi membina masa depan yang dikongsi bersama dan lestari untuk umat manusia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:

Laman Sesawang Rasmi: https://www.yadea.com/

Facebook: https://www.facebook.com/Yadea.Official

Instagram: https://www.instagram.com/YADEA.GLOBAL/

Twitter: https://twitter.com/YadeaGlobal

 

Source: Yadea
Keywords: Railroads and Intermodal Transportation Sporting Events Sports Transportation