omniture

CliCli Pamer Editor dan Platform Kandungan Dijana Pengguna di GDC 2023

Clicli Interactive Pte. Ltd
2023-03-20 09:16 30

SAN FRANCISCO, 20 Mac 2023 /PRNewswire/ -- CliCli dengan gembiranya mengumumkan bahawa alat ciptaan permainan mudah diakses yang inovatif dan platform pengedaran globalnya kini tersedia untuk ujian alfa. CliCli berusaha untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada industri ini dengan mempermudah pembangunan permainan dan menawarkan peluang yang luas demi kejayaan kewangan kepada pembangun.

Perkhidmatan semua-dalam-satu CliCli menyelaraskan proses pembangunan permainan dengan menawarkan alat penyuntingan, pengedaran, sokongan pelanggan, pemprosesan bayaran, pemerolehan pengguna, pengurusan komuniti dan pengewangan jangka panjang. Pencipta tidak memerlukan sebarang pengalaman pengekodan untuk bermula - sesiapa sahaja boleh menggunakan antara muka pengguna grafik CliCli untuk mereka bentuk logik permainan, mengawal acara, keadaan dan tindakan serta mengakses pustaka sumber yang boleh digunakan secara percuma dengan ribuan aset boleh diedit termasuk karakterk, bangunan dan muzik. Mod pengewangan fleksibel CliCli termasuk pilihan seperti Percuma-untuk Main, Bayar-untuk-Main, langganan dan pas pertempuran, bagi memberi kefleksibelan kepada pencipta dari segi bagaimana mereka mencapai kejayaan kewangan.

Di GDC 2023, CliCli akan membuat penampilan sulung di peringkat global dan berkongsi pendekatannya membina ekosistem UGC yang mampan. Pembangun yang menghadiri acara tersebut boleh mengunjungi reruai S1332 untuk mencuba platform permainan yang inovatif, menyertai sesi perkongsian pencipta CliCli dan memenangi ganjaran istimewa dengan menyempurnakan cabaran editor. Beberapa permainan yang dicipta oleh editor CliCli akan turut didedahkan secara eksklusif di pameran tersebut, termasuk Game of Rollink.

"Kami membangunkan CliCli untuk membantu pencipta dan pembangun bebas menangani halangan biasa yang dihadapi apabila mengejar minat mereka, termasuk alat pembelajaran, penyasaran khalayak, pemasaran permainan dan mencari rezeki daripadanya. Kami menyasarkan untuk membantu setiap pencipta dalam komuniti kami dan kami teruja melihat bagaimana pencipta menggunakan alat ciptaan permainan kami bagi mencapai impian mereka," ujar Kun Li, Ketua Operasi, CliCli.

CliCli terus menyokong pencipta berbakat melalui 'game jam', acara berulang bulanan dan program perkongsian. Ratusan pencipta UGC telahpun menggunakan CliCli untuk membina demo, idea permainan uji main dan berkongsi keseronokan bersama rakan-rakan mereka.

Bersama CliCli, kemungkinan untuk pencipta adalah sangat luas. Sertai komuniti ini pada hari ini dan mula bangunkan permainan impian anda!

Latar Belakang CliCli 

Berpangkalan di Singapura, CliCli terdiri daripada sebuah pasukan dengan lebih 200 ahli profesional industri yang bersemangat untuk membina pengalaman permainan baharu bersama pencipta di serata dunia.

CliCli mendapat pelaburan daripada NetEase Games, bahagian permainan dalam talian NetEase, Inc. (NASDAQ: NTES dan HKEX: 9999), manakala kesemua keputusan reka bentuk adalah keputusan pasukan CliCli.

Laman Sesawang Rasmi Facebook
Developer Discord Twitter
Player Discord Reddit
Game of Rollink Itch.io

Source: Clicli Interactive Pte. Ltd
Related Stocks:
HongKong:9999 NASDAQ:NTES
Keywords: Electronics Gaming Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services Trade show news