Saudi mempamerkan budaya, pengalaman dan layanan baik Arab yang asli di pameran pelancongan terbesar Malaysia sebagai rakan destinasi
KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Saudi Tourism Authority (STA) akan membuat kemunculan sulungnya di MATTA Fair 2023, pameran pelancongan pengguna terkemuka Malaysia, sebagai penaja dan juga rakan destinasi, bagi mempamerkan kekayaan budaya dan warisannya sebagai salah satu perbatasan pelancongan yang terakhir di dunia.
Saudi Tourism Authority bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran tentang Saudi, tempat asal sebenar Arab, sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang harus dikunjungi. Pavilion Saudi akan menyediakan platform untuk rakan kongsi berinteraksi secara langsung dan membina hubungan bersama wakil-wakil STA yang memaparkan keluasan dan kepelbagaian tawaran pelancongan dinamik negara ini.
Dengan pertumbuhan 121% berbanding tahun sebelumnya daripada paras prapandemik, negara ini mencapai 93.5 juta kunjungan pada tahun 2022 dan mengatasi pemulihan sektor pelancongan global seperti yang diiktiraf oleh UNWTO. Sebagai pelabur terbesar di dunia dalam pelancongan, Saudi memberi komitmen lebih satu ratus bilion dolar bagi membangunkan destinasi baharu menjelang tahun 2030.
Alhasan Aldabbagh, Presiden – APAC, Saudi Tourism Authority, berkata, "Kami berasa gembira dapat hadir di sini sebagai rakan destinasi untuk MATTA Fair 2023 dan mendapat peluang ini untuk memaparkan keindahan Saudi. Tawaran destinasi Saudi tiada tandingannya. Landskap budaya Arab Autentik, kekayaan warisan dan pelbagai merupakan nadi apa yang ditawarkan oleh Saudi kepada pengembara Malaysia. Peranan kami adalah untuk menyokong rakan kongsi kami, memaparkan pengalaman baharu yang belum pernah ditemui serta membuka kekayaan peluang yang dibawakan oleh destinasi ini ketika kami memulakan matlamat bercita-cita tinggi kami untuk mengalu-alukan 100 juta kunjungan menjelang tahun 2030."
Malaysia sudahpun menjadi pasaran sumber pelancongan yang penting untuk Saudi, dengan 312,000 pelawat Malaysia pada tahun 2022 dan bertujuan untuk menggandakan bilangan pelawat pada tahun ini. Menjelang berlangsungnya pameran tersebut, Saudi Tourism Authority menganjurkan jerayawara yang berjaya di Kuala Lumpur pada bulan lalu bersama 22 rakan kongsi termasuk DMC, pengusaha hotel, syarikat Umrah dan persatuan pelancongan untuk mengumumkan pelancaran Nusuk (nusuk.sa), platform digital bersepadu Umrah baharu yang mengalu-alukan jemaah di peringkat global untuk mengerjakan Umrah.
Pakej-pakej Umrah+ yang dipertingkat dibangunkan untuk mengalu-alukan pengembara Malaysia untuk menerokai Saudi sebagai destinasi percutian yang hebat dengan kekayaan tawaran budaya dan sejarah, alam semula jadi yang asli dan landskap yang pelbagai akan dipaparkan di pameran tersebut. Pakej-pakej akan menonjolkan perkembangan terkini dan destinasi yang paling menarik di Saudi termasuk:
Di samping itu, pengunjung boleh menantikan Stopover Visa, tersedia untuk semua pengembara riadah, pengembara perniagaan dan jemaah Malaysia yang terbang menggunakan SAUDIA dan flynas. Pengembara boleh merasai pengalaman persinggahan di Saudi sehingga 96 jam lamanya dan menikmati penginapan hotel satu malam percuma dengan Saudia. Ini menjadikan Saudi sebagai destinasi persinggahan yang sempurna untuk rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Eropah, UK dan AS.
Ketahui lebih lanjut tentang tawaran pelancongan Saudi di laman sesawang Visit Saudi atau terokai Nusuk di www.nusuk.sa.
Latar Belakang Saudi Tourism Authority
Saudi Tourism Authority (STA), dilancarkan pada Jun 2020, bertanggungjawab untuk memasarkan destinasi pelancongan Saudi di seluruh dunia dan membangunkan tawaran destinasi melalui program, pakej dan sokongan perniagaan. Mandatnya termasuk membangunkan aset dan destinasi unik negara ini, menganjurkan dan mengambil bahagian dalam acara industri serta mempromosikan jenama destinasi Saudi di dalam dan luar negara. STA mengendalikan 16 pejabat perwakilan di seluruh dunia, menawarkan perkhidmatan kepada 38 negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila kunjungi www.VisitSaudi.com