omniture

Zoomlion Menang Pesanan Bernilai $87.28 Juta di CONEXPO-CON/AGG 2023

Zoomlion
2023-03-21 08:35 40

LAS VEGAS, 21 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") membuat penampilan yang berseri-seri di CONEXPO-CON/AGG 2023, pameran perdagangan pembinaan terbesar Amerika Utara, yang telahpun diadakan pada 14-18 Mac di Las Vegas, AS, menerusi 22 produk dalam tujuh kategori serta memperoleh tandatangan di lapangan dan pesanan hasrat bernilai $87.28 juta setakat hari ketiga pameran tersebut.

Kawasan pameran Zoomlion yang sibuk di CONEXPO-CON/AGG 2023 (PRNewsfoto/)
Kawasan pameran Zoomlion yang sibuk di CONEXPO-CON/AGG 2023 (PRNewsfoto/)

Berbanding penampilan terakhir di CONEXPO-CON/AGG, barang pameran Zoomlion meningkat sebanyak hampir 60%. Di reruai F9615, tujuh kategori yang dipamerkan ialah jentera angkat, jentera angkat pembinaan, jentera konkrit, platform kerja angkat mudah alih, jentera tolak tanah, kenderaan perindustrian dan peralatan mortar campur-kering m-tec. Demonstrasi produk pembuatan pintar, permainan bola keranjang mesin pengorek dan penampilan penari bersemangat yang menarik minat khalayak yang sihat ke reruai Zoomlion sepanjang pameran.

Jentera konkrit, jentera angkat kejuruteraan dan jentera angkat pembinaan, sebagai sektor-sektor berfaedah jangka panjang Zoomlion, mencapai kejayaan penting termasuk menandatangani kontrak jualan jentera angkat kejuruteraan paras-800-tan di pameran tersebut, mencipta rekod bagi amaun terbesar produk tan yang dieksport dari China ke pasaran Amerika Selatan, lalu membuktikan daya saing produk Zoomlion yang berterusan.

Syarikat ini membawa enam mesin pengorek siri G dan sebuah jentera angkut kemudi kelincir ke pameran tersebut, meliputi pelbagai jenis mesin pengorek tanan mikro, kecil, sederhana dan besar. Pelbagai jenis produk yang dipamerkan di pameran tersebut berupaya menampung keperluan berbeza semua kumpulan pelanggan.

Setakat hari ketiga pameran, Zoomlion menandatangani kontrak untuk rangkaian produk yang luas, dengan pelanggan datangnya dari Amerika Syarikat, begitu juga dari Kanada, Colombia, Brazil, Mexico, Costa Rica, Argentina dan negara-negara lain, dengan jumlah amaun perjanjian mencecah $87.28 juta. Ketika ini, Zoomlion telah berada dalam pasaran Amerika Utara selama 16 tahun, menembusi pasaran ini pada tahun 2007.

"Amerika Utara merupakan bahagian yang penting daripada susun atur globalisasi syarikat. Zoomlion ingin memupuk pasaran dengan strategi penyetempatan kami termasuk membangunkan atau menambah baik produk mengikut keadaan kerja tempatan, serta menyediakan sistem pusat jualan, servis dan alat ganti tempatan. Kami akan terus mencipta lebih nilai buat pelanggan di serata dunia dengan lebih banyak produk cemerlang dan perkhidmatan yang lebih lengkap bagi mencapai kerjasama yang saling menguntungkan," kata Liu Zenglai, Penolong Pengurus Besar Zoomlion Overseas Company.

Majlis penandatanganan Zoomlion di CONEXPO-CON/AGG 2023
Majlis penandatanganan Zoomlion di CONEXPO-CON/AGG 2023

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:000157 HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Contracts Trade show news