omniture

Menerajui Trend Trak Pikap, Model GWM PICKUP Baharu diperkenalkan buat julung kalinya di Timur Tengah

GWM
2023-03-21 08:52 71

BAODING, China, 21 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada 15 Mac, GWM mengadakan sebuah Persidangan Model Jenama GWM di Riyadh, Arab Saudi. GWM melancarkan secara rasmi model pikap global baharunya POER KINGKONG dalam pasaran Timur Tengah.

Menerajui Trend Trak Pikap, Model GWM PICKUP Baharu diperkenalkan buat julung kalinya di Timur Tengah
Menerajui Trend Trak Pikap, Model GWM PICKUP Baharu diperkenalkan buat julung kalinya di Timur Tengah

Di sidang akhbar, individu yang bertanggungjawab terhadap pasaran Timur Tengah GWM memperincikan pencapaian pembangunan global dan sorotan GWM PICKUP kepada rakan media tempatan dan tetamu. POER KINGKONG, sebagai model global terkini GWM PICKUP, diperkenalkan buat julung kalinya di Arab Saudi. Ia menampilkan reka bentuk dan prestasi yang dinaik taraf.

POER KINGKONG mengguna pakai geriji besar, gaya lampu depan baharu dan lebih banyak garisan tiga dimensi, lalu mencipta kesan visual yang bergaya dan dinamik. Bagi kuasa pula, ia dilengkapi dengan enjin 2.0T dan transmisi manual 6-kelajuan. Sistem kuasa ini cekap dan andal, yang dapat memenuhi keperluan pemanduan pengguna di bawah keadaan jalan raya yang berbeza.

"POER KINGKONG mewarisi gaya lasak klasik GWM PICKUP dan prestasi yang mantap. Kelebihan ini boleh memenuhi keperluan pengguna dengan lebih baik dalam senario yang berbeza. Ini semestinya menunjukkan kekuatan GWM PICKUP," kata seorang wakil kanan pengedar selepas merasai pengalaman memandu kenderaan tersebut.

Trak pikap merupakan model eksport terawal GWM ke pasaran antarabangsa. Bagi memenuhi keperluan dibezakan daripada pasaran-pasaran yang berbeza di serata dunia, GWM melancarkan beberapa model Pikap seperti GWM POER, POER KINGKONG dan POER SHANHAI. Sehingga kini, lebih daripada 2 juta trak GWM PICKUP telah dijual di seluruh dunia, menjadikannya rakan yang terbaik untuk pengguna dengan kualiti yang andal.

GWM POER, sebagai model pintar mewah di bawah GWM PICKUP, telahpun dilancarkan dalam lebih 50 negara, termasuk China, Australia, Chile, Arab Saudi dan Afrika Selatan serta mencapai pertumbuhan jualan yang berterusan. Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh GWM, jualan global GWM POER pada Februari tahun ini mencecah 12,882 dan jualan global kumulatifnya telah melangkaui 400,000 unit sejak pelancarannya hanya lebih tiga tahun lalu.

GWM POER juga telah memenangi beberapa anugerah berwibawa atas kualitinya yang cemerlang. Ia menerima penilaian keselamatan Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP) lima bintang. Dalam pasaran Afrika Selatan, GWM POER memenangi anugerah "Kenderaan Pendatang Baharu Komersial Ringan Tahunan" dan dengan pantas tersenarai antara sepuluh teratas dalam segmen pasaran. Di Chile, GWM POER telahpun diiktiraf oleh pasaran dan pengguna serta memenangi anugerah "Pikap Terbaik Tahunan" oleh MT Online, sebuah media automotif profesional tempatan.

Pada masa akan datang, GWM PICKUP akan komited untuk sentiasa mencipta model yang lebih pintar dan lebih selamat serta terus memperluaskan barisan produk dalam pasaran global. POER KINGKONG dijangka akan dilancarkan dalam beberapa pasaran pada tahun ini, bagi menyediakan pilihan trak pikap yang lebih diperibadikan kepada pengguna.

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services