KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Peluang tanpa sempadan untuk mengembangkan bisnes dan industri tempatan demi melonjakkan pasaran di Malaysia diketengahkan secara utuh oleh organisasi-organisasi terkemuka seperti Tourism Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan banyak lagi sepanjang berlangsungnya Petal Ads Summit 2023, yang bertemakan "Go Beyond, Go Borderless". Sidang kemuncak tersebut yang menyerlahkan landskap pengiklanan mudah alih terkini, dianjurkan oleh Huawei Malaysia dan Malaysian Digital Association (MDA), yang duanya mempunyai visi yang sama untuk membina ekosistem yang lebih bagus untuk perusahaan-perusahaan tempatan.
Petal Ads, yang sebelum ini dikenali sebagai HUAWEI Ads merupakan platform pengiklanan telefon pintar, telah menjemput jenama terkemuka Malaysia, rakan kongsi, pakar utama dan syarikat-syarikat gergasi untuk berkongsi dan membincangkan idea masing-masing dan juga cabaran dalam ekonomi semasa. Peluang yang Petal Ads berikan untuk mempercepat dan mempertingkatkan usaha semua jenama melalui data pihak utama dalam dunia pengiklanan mudah alih yang pertama juga telah diserlahkan dalam sektor-sektor seperti Pelancongan & Pengangkutan, Kewangan, E-dagang dan banyak lagi kepada khalayak sasaran dari serata dunia.
Iskandar Mirza, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia telah berkongsi bahawa sidang kemuncak ini tiba pada waktu yang tepat, apalagi dalam memperkenalkan peluang-peluang digital kepada bisnes tempatan untuk mengukuhkan pengenalan jenama di antara para pelawat dari luar negara. Susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa pada tahun lalu, Malaysia berusaha untuk mencapai kedatangan 16.1 juta pelancong pada tahun ini yang akan menjana kemasukan dana pelancongan sebanyak RM49.2 bilion, apalagi dengan pembukaan sempadan dari negara China.
"Semasa kita Go Beyond, Go Borderless, adalah satu kemestian untuk memanfaatkan kuasa kepentingan dunia digital dalam mengembangkan sektor pelancongan. Malaysia telah mencatat penilaian yang memberangsangkan pada tahun 2022, ini menunjukkan ianya akan meningkat lebih tinggi lagi pada tahun 2023 and tahun-tahun berikutnya," kata Iskandar Mirza.
Menyentuh mengenai topik berkenaan pengiklanan mudah alih untuk menaikkan peluang tanpa sempadan, Ts. Mahadzir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC menyatakan bahawa ekosistem yang padu dalam pengiklanan mudah alih akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
"Sama ada untuk menarik minat orang ramai dari seluruh dunia untuk datang ke Malaysia atau untuk mengukuhkan nama-nama jenama tempatan di mata dunia, cara penyusunan ekosistem kukuh ini memainkan peranan yang penting. Untuk menjana ekonomi digital, perkongsian usaha dengan pelbagai pihak yang kukuh dan sokongan kerajaan amatlah dialu-alukan," kata Mahadhir.
Nick Zhao, Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Ekosistem Mudah Alih HUAWEI Malaysia berkata bahawa matlamat untuk menonjolkan bisnes-bisnes Malaysia dengan penyelesaian perdagangan dunia bukannya untuk menimbulkan persaingan dengan platform lain, tetapi untuk menyediakan pilihan yang berkenaan dan sesuai dengan keinginan mereka. Oleh itu, pengenalan dua penyelesaian baharu semasa Petal Ads Summit bertujuan untuk menyemarakkan usaha bisnes tempatan dalam mengembangkan kesalinghubungan dunia.
"Pengukuhan kedudukan bisnes-bisnes sambil membantu Malaysia membina salah satu platform ekosistem pengiklanan yang teguh akan membekalkan pasaran Malaysia dengan keupayaan untuk pergi jauh tanpa sempadan. Dengan kemajuan teknologi menjadi lebih pesat dan efektif, peluang di antara negara adalah besar, apalagi pasaran China sebagai yang terbesar di dunia," kata Nick.
Semasa sidang kemuncak tersebut, Petal Ads telah melancarkan penjenamaan semula dari HUAWEI Ads kepada Petal Ads, memaparkan penyelesaian termaju dan tanpa sempadan kepada khalayak yang lebih luas. Melalui penjenamaan semula, Petal Ads berharap untuk membantu mengukuhkan ekosistem pengiklanan mudah alih di Malaysia sambil menyumbang teknologi terkini serta penyelesaian industri mereka untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.
Sebagai platform pemasaran pintar semua senario, Petal Ads menyediakan pemasaran dan servis pengiklanan trafik untuk para pengiklan dan penerbit di seluruh dunia untuk membantu mereka mencapai perkembangan bisnes dan mempertingkat nilai jenama. Ianya boleh dilakukan dengan leveraj senario ekosistem "1+8+N" HUAWEI, kemampuan aplikasi-aplikasi pemasaran HUAWEI, trafik pihak ketiga premium dan sumber bisnes yang besar, dan juga teknologi pengiklanan yang maju.
Untuk maklumat lanjut berkenaan Petal Ads, sila layari laman web rasmi: https://developer.huawei.com/consumer/en/monetize?ha_source=petaladssummit_pr_my