omniture

ChanTest buka kemudahan makmal baharu bagi memperluas Perkhidmatan Biologi Sel dan Molekular

ChanTest Corp.
2014-03-04 21:00 158

CLEVELAND, 5 Mac 2014 /PRNewswire/ -- ChanTest Corporation, organisasi penyelidikan kontrak (CRO) yang menyokong penyelidikan dalam keselamatan dan penemuan ubat-ubatan, telah memperluas kapasitinya bagi menyediakan perkhidmatan serta reagen selular dan molekular. Di ibu pejabat ChanTest di Cleveland, Ohio, syarikat ini telah memperluas jejak fizikalnya sebanyak lebih 50%.

Biologi sel dan molekular berkualiti tinggi tetap menjadi keutamaan bagi ChanTest yang dikenali sebagai "Pakar Saluran Ion". Perluasan makmal ini mencerminkan kepentingan syarikat ini dalam menyediakan reagen selular dan titisan sel berkualiti tinggi bagi penyelidikan ubat-ubatan. Ahli sains ChanTest menggunakan sel yang dihasilkan menerusi kemudahan baharu bagi perkhidmatan dan produk saluran ion, dan juga agar para pelanggan luar dapat beroleh perkhidmatan luar berkaitan kajian sel dan molekular daripada ChanTest. Contohnya termasuklah perkhidmatan kultur sel yang standard serta projek perkembangan titisan sel tersuai khusus yang sangat teknikal.

Pengarah Biologi Sel & Molekular ChanTest, Luke Armstrong, Ph.D., melihat perluasan ini sebagai langkah penting dalam perkembangan berterusan ChanTest. "Pada tahun 2013, perniagaan perkhidmatan biologi sel dan molekular kami adalah hampir dua kali jumlah sebelumnya dan kami menjangkakan pertumbuhan yang mantap sebegitu pada tahun 2014," kata Dr. Armstrong. "Perluasan ini dapat membantu ChanTest agar seiring dengan keperluan para pelanggan kami yang kian meningkat."

Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ChanTest, Arthur "Buzz" Brown, M.D., Ph.D. turut berkata, "ChanTest menyediakan perkhidmatan dan reagen berkualiti tinggi kepada penyelidikan penemuan serta keselamatan ubat-ubatan yang berkaitan dengan saluran ion. Peralihannya kepada kemudahan baharu pada akhir tahun 2013 dapat membantu ChanTest agar meneruskan dengan amalan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti sejak sekian lama ini."

Kemudahan baharu ChanTest akan beroperasi sepenuhnya dan digunakan bagi perkhidmatan berikut:

  • Makmal kultur sel dengan teknologi canggih
  • Kapasiti untuk penskalaan sel melekap sehingga mencapai 10 bilion sel
  • Peti beku kadar yang dikawal dengan kemampuan pengekalan kriogenik untuk 600 vial sel
  • Kebolehan untuk menyediakan membran dengan penggunaan sehingga 2 gram protein
  • Elektroporator berskala besar dengan kemampuan untuk menghasilkan 3 bilion sel transfeksi
  • Pengisih aliran (FACSAria™)
  • Makmal biologi molekular yang dikhususkan
  • Makmal radioisotop (siap pada bulan Mac 2014)

Latar Belakang ChanTest® - Pakar Saluran Ion
ChanTest telah membangunkan simpanan yang paling lengkap di dunia bagi titisan sel ekspresi saluran ion manusia yang telah disahkan bagi memenuhi semua keperluan pelanggan farmaseutikal dan bioteknologi untuk saluran ion. Perkhidmatan yang disediakan terdiri daripada saringan fungsian awal untuk calon ubatan berprofil atau kedudukan dalam kalangan profil ketika proses penemuan ubatan, sehinggalah kepada set lengkap produk perkhidmatan GLP in vitro untuk penilaian risiko jantung. ChanTest turut bekerjasama dengan para pelanggan bagi mempercepat proses perkembangan ubat-ubatan agar dapat menjimatkan masa serta perbelanjaan dan seterusnya bagi mencipta ubat-ubatan yang lebih baik dan lebih selamat.

Layari http://www.chantest.com bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang peranan kami.

Hubungi ChanTest:
Chris Mathes, Ph.D., M.B.A.
Ketua Pegawai Komersil
+1-216-584-0522
cmathes@chantest.com

Source: ChanTest Corp.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services