omniture

Casio bakal Lancar EDIFICE Baharu Gabungkan Ciri-ciri Reka Bentuk daripada Kereta Lumba Handalan NISMO

CASIO COMPUTER CO. LTD
2023-03-22 09:00 84

Reka Bentuk Menggunakan Elemen Grafik daripada #23 Nissan Z, yang Bersaing dalam Perlumbaan Sukan Permotoran Paling Berprestij di Jepun

TOKYO, 22 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelancaran penambahan terkini kepada barisan jam tangan EDIFICE berdasarkan kepada konsep jenama "Kelajuan dan Kecerdasan." ECB-2000NIS, dinamakan NISMO MY23 EDITION bagi melambangkan "Model Tahun 2023," disarungkan dengan grafik daripada kereta lumba handalan pasukan kerja NISMO.

ECB-2000NIS
ECB-2000NIS

NISMO ialah sebuah pasukan kerja Nissan Motor Co., Ltd. yang terlibat dalam aktiviti sukan permotoran. Barisan jam tangan berprestasi tinggi EDIFICE diilhamkan oleh pandangan dunia sukan permotoran telah menjadi penyokong NISMO sejak tahun 2021. Kedua-dua jenama ini merupakan rakan-rakan sekutu semula jadi yang berkongsi minat untuk memanfaatkan teknologi canggih bagi mencapai prestasi terunggul.

ECB-2000NIS baharu ialah kronograf berprestasi tinggi yang menggabungkan elemen-elemen reka bentuk daripada bahagian badan kereta lumba #23 Nissan Z pasukan kerja NISMO yang telah bersaing dalam perlumbaan sukan permotoran Jepun yang paling berprestij, SUPER GT.

Jam tangan baharu ini adalah berdasarkan kepada EDIFICE ECB-2000, yang menampilkan bekas jam resin diperkuat gentian karbon dan reka bentuk diinspirasikan oleh sistem ampaian kereta lumba yang unik. Dimodelkan berdasarkan skema warna kereta lumba seperti yang dilihat dari sisi, seluruh jam tangan ini menampilkan peralihan dua-warna daripada merah pada arah jam 12 kepada hitam pada arah jam 6. Corak grafik yang berjalin dengan logo "Z" yang muncul pada kereta digabungkan ke dalam reka bentuk muka jam pada bahagian atas. Nombor kereta jaguh Nissan/NISMO, "23" menghiasi kedudukan minit-23. Bahagian tepi bezel ditiruskan untuk mencipta bentuk garis melengkung tajam yang diilhamkan oleh garis bumbung kereta yang menimbulkan rupa seperti pedang Jepun. Elemen-elemen berkenaan daripada badan kereta diekspresikan dalam pelbagai aspek reka bentuk jam tangan ini.

Seluruh jam tangan menampilkan peralihan dua-warna daripada merah kepada hitam / Corak grafik berjalin dengan logo "Z" pada separuh bahagian atas muka jam
Seluruh jam tangan menampilkan peralihan dua-warna daripada merah kepada hitam / Corak grafik berjalin dengan logo "Z" pada separuh bahagian atas muka jam

Maklumat lanjut: https://www.casio.com/intl/news/2023/0322-ecb-2000nis/ 

Source: CASIO COMPUTER CO. LTD
Keywords: Auto Fashion Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services