omniture

Tsinghua University Lancar 'Misi Bersama Antarabangsa mengenai Perubahan Iklim dan Keneutralan Karbon' Demonstrasikan Komitmen Alam Sekitar

Tsinghua University
2023-03-22 09:26 12

BEIJING, 22 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Tsinghua University melancarkan "Misi Bersama Antarabangsa mengenai Perubahan Iklim dan Keneutralan Karbon" baru-baru ini, menunjukkan komitmennya untuk melindungi alam sekitar. Tsinghua dan 11 perbadanan antarabangsa—Hitachi, Toyota, MHI, bp, Rio Tinto, Volkswagen, Microsoft, IHI, Daikin, Apple dan Saudi Aramco berperanan sebagai penaja untuk sebuah inisiatif alam sekitar semasa acara tersebut. Qiu Yong, pengerusi Tsinghua University Council dan Tu Ruihe, ketua UNEP China Office, turut hadir. Liu Yiqun, dekan Pejabat Hal Ehwal Penyelidikan & Pembangunan Tsinghua, mempengerusikan majlis pelancaran.


Dalam ucapan beliau tentang "Bekerjasama untuk Menangani Perubahan Iklim dan Membina Tanah Air Lebih Baik untuk Umat Manusia", Qiu menyatakan bahawa perubahan iklim dan keneutralan karbon merupakan isu-isu utama yang dihadapi oleh semua orang. "Dalam menghadapi krisis iklim yang serius, Tsinghua mempromosikan inisiatif Misi Bersama Antarabangsa mengenai Perubahan Iklim dan Keneutralan Karbon."

Qiu menegaskan bahawa sebuah universiti bertaraf dunia harus memiliki misi bertaraf dunia, memainkan peranan utama dalam menangani perubahan iklim dan memberi sumbangan dengan teknologi tegar. "Marilah kita mengambil tindakan untuk membuktikan kepercayaan teguh kita terhadap masa depan umat manusia yang cerah, menggalakkan kerjasama antarabangsa mengenai perubahan iklim dan keneutralan karbon serta terus menyumbang kepada pembinaan tanah air yang indah untuk umat manusia," kata Qiu.

Tu berkata dalam ucapan beliau bahawa bumi merupakan satu-satunya tempat tinggal untuk umat manusia, mengulas bahawa asas bagi kemajuan dan kejayaan dalam tadbir urus alam sekitar global adalah berpegang teguh kepada multilateralisme dan semangat kerjasama antarabangsa, manakala perubahan iklim memberi kesan kepada seluruh planet dan menjejaskan semua orang yang mendiaminya.

Tu turut menyeru semua pihak untuk mengambil tindakan segera dan lebih berkesan untuk melaksanakan matlamat yang telahpun dicapai dan mengharapkan hasil yang menguntungkan daripada inisiatif berkenaan.

Dunia akademik antarabangsa memberi perhatian yang besar kepada Misi Bersama ini. Toshiya Ueki, naib presiden eksekutif Tohoku University dan Nigel Brandon, dekan Fakulti Kejuruteraan Imperial College London, mengucapkan tahniah untuk majlis tersebut melalui video, berkata mereka berharap dapat memerangi perubahan iklim bersama-sama rakan-rakan antarabangsa.

Tu dan Qiu menganugerahkan "Council Member Cup" kepada 12 pemula bersama Misi Bersama.

Ahli-ahli majlis merakam video yang mengesahkan nilai Misi Bersama dan menjangkakan penyebaran idea hijau yang semakin kukuh, pemupukan bakat neutral-karbon dan inovasi teknologi untuk menyediakan penyelesaian praktikal kepada perubahan iklim global dan merealisasikan visi neutral-karbon masyarakat antarabangsa.

Cadangan Misi Bersama Antarabangsa mengenai Perubahan Iklim dan Keneutralan Karbon dilancarkan semasa majlis tersebut. Ia mempunyai lima elemen bersama yang utama: menghebahkan keneutralan karbon, memupuk pakar dalam bidang ini, menerajui inovasi teknologi neutral-karbon, demonstrasi integratif amalan keneutralan karbon dan menggalakkan peralihan industri kepada keneutralan karbon. Ia menggesa organisasi-organisasi untuk berkolaborasi bagi penjimatan tenaga, pengurangan emisi, inovasi teknologi, transformasi industri dan keneutralan karbon.

Misi Bersama ini melancarkan 10 projek pembiayaan penyelidikan saintifik inovatif yang pertama di majlis tersebut. Dua belas pakar dan ilmuwan berkaitan dijemput untuk menubuhkan jawatankuasa pakar bagi memberi nasihat tentang penyelidikan dan aktiviti akademik utama serta menyelia pelaksanaan projek. Naib Presiden Tsinghua Zeng Rong dan He Kebin, ahli akademik daripada Chinese Academy of Engineering dan dekan Institute for Carbon Neutrality, Tsinghua University, menyampaikan surat pelantikan kepada ahli-ahli jawatankuasa pakar bagi pihak semua unit pentadbir Misi Bersama ini.

Source: Tsinghua University
Keywords: Education Higher Education Environmental Issues Environmental Policy