omniture

Penjenamaan semula Swisslog mencerminkan era baharu logistik digital


Swisslog Malaysia Sdn Bhd
Swisslog
2023-03-22 09:41 75

PETALING JAYA, Malaysia, 16 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Swisslog, penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian intralogistik automatik, mengalami penjenamaan semula untuk mencerminkan kedudukannya dengan lebih baik dalam dunia digital dan dinamik masa depan. Aspek paling penting dalam penjenamaan semula ini ialah reka bentuk logo baharu yang telahpun dioptimumkan untuk era digital. Ia dibangunkan berdasarkan kekuatan logo sedia ada yang berkhidmat untuk Swisslog dengan sebahagian besarnya tidak berubah sejak 25 tahun yang lalu.


"Jenama digital baharu ini sesuai dengan hala tuju perniagaan kami. Swisslog menjadi semakin didigitalkan, melalui penyelesaian yang kami sediakan dan dengan cara ia digunakan dan diservis," kata Antonio Trioschi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Swisslog. "Kami berasa bangga dapat melancarkan jenama baharu yang memacu komitmen ini merentas industri automasi logistik, memperlihatkan strategi teras Swisslog untuk mencipta nilai yang luar biasa untuk pelanggan kami."

Tangkas dan bersedia mendepani masa depan

Bentuk logo baharu bersifat adaptif, mencerminkan dunia digital pada hari ini dan akan datang. Melalui pergerakan, ia memperlihatkan dunia logistik yang dinamik. Ia moden, tangkas dan bersedia mendepani masa depan. Elemen 'S' yang mantap pada reka bentuk logo baharu ialah penanda berani Swisslog sebagai penyedia penyelesaian yang inovatif, berpandukan data dan robotik, lantas menetapkan standard baharu dalam automasi gudang. Reka bentuknya turut mencerminkan personaliti Swisslog dan warganya yang berani, yakin diri dan bersemangat.

Memperkasakan pertumbuhan – memperkasakan orang ramai

"Strategi penjenamaan semula kami memberi kedudukan selanjutnya kepada Swisslog sebagai pembentuk masa depan dalam automasi logistik, namun ia juga tentang lebih banyak lagi," sambung Trioschi. "Ia turut mencerminkan kekuatan dan kepakaran kakitangan kami. Rakan-rakan sekerja kami adalah sangat penting dalam segala-gala yang kami lakukan dan kami ingin pelanggan kami mengetahui bahawa mereka boleh mengharapkan Swisslog untuk menyampaikan penyelesaian yang disokong oleh kepakaran dan pengetahuan daripada pasukan kami."

Sebagai tanda pengiktirafan kepentingan utama kakitangan Swisslog terhadap kekuatan jenamanya, penjenamaan semula telahpun dipralancarkan untuk rakan-rakan sekerja pada 9 Mac 2023.

Alami perubahan hari ini @swisslog.com.

Latar Belakang Swisslog

Kami membentuk masa depan intralogistik menerusi penyelesaian automatik robotik, berpandukan data dan fleksibel yang dapat mencapai nilai luar biasa untuk pelanggan kami. Swisslog membantu syarikat-syarikat yang berpandangan jauh mengoptimumkan prestasi gudang dan pusat agihan mereka dengan sistem dan perisian automasi yang bersedia mendepani masa depan. Tawaran bersepadu kami termasuk perundingan, reka bentuk dan pelaksanaan sistem serta sokongan pelanggan sepanjang hayat di lebih daripada 50 negara.

www.swisslog.com.

Swisslog merupakan sebahagian daripada KUKA Group, pembekal penyelesaian automasi pintar global yang terkemuka dengan lebih daripada 14,000 pekerja seluruh dunia.

www.kuka.com.


 

 

 

Source:
Swisslog Malaysia Sdn Bhd
Swisslog
Keywords: Computer/Electronics Transportation