LONDON, 22 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Accelex, sebuah platform Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) yang mengkhusus dalam pemerolehan, pelaporan dan analisis data pelaburan alternatif, hari ini mengumumkan pengenalan keupayaan pemerolehan dokumen automatik yang pertama bagi pasaran swasta yang membawa kepantasan, ketepatan dan kecekapan yang belum pernah dicapai sebelum ini dalam mengumpul dan menganalisis data. Para pelabur dan penyedia perkhidmatan aset kini boleh memanfaatkan Accelex untuk kesalinghubungan yang dinamik dengan sumber dokumen.
Pengurus dana pasaran swasta menyampaikan dokumen kepada para pelabur menggunakan pelbagai saluran termasuk portal pelabur dan e-mel yang memerlukan beberapa langkah manual yang tidak cekap untuk melog masuk, mengakses, memuat turun dan menyusun fail sebelum sebarang pemprosesan data bermula. Pemerolehan dokumen automatik menyediakan suapan kandungan yang disatukan ke platform pengekstrakan data Accelex menggunakan kesalinghubungan API terus ke portal termasuk SS&C Intralinks dan FIS Digital Data Exchange, tangkapan lampiran e-mel dan SFTP. Maklumat data perakaunan dan pelaburan yang boleh diambil tindakan kini boleh diakses dalam masa beberapa minit selepas ketersediaan dokumen daripada pengurus.
Platform ini menggunakan teknik kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin (ML) yang canggih untuk mengkategorikan, mengklasifikasikan dan menandai dokumen, sekali gus membolehkan pengurusan dokumen yang cekap. Pemerolehan dokumen ini berfungsi dengan teknologi sedia ada yang mengautomasikan pengekstrakan dan penyusunan data daripada laporan dana pasaran swasta yang tidak berstruktur.
"Accelex berusaha untuk menyediakan teknologi inovatif yang membolehkan para pelabur mencapai pulangan sasaran mereka yang terlaras risiko di pasaran swasta sambil turut memperoleh kecekapan operasi yang signifikan melalui automasi aliran kerja. Hasil pelaburan yang unggul memerlukan pendedahan dan pemahaman tentang pemacu asas dalam portfolio yang hanya dapat diperoleh daripada mengakses, mengurus dan menganalisis data halus dalam laporan dana. Sejarah menunjukkan bahawa proses ini adalah sangat manual dan memerlukan sumber yang intensif," kata Nicole Weder, Ketua Pegawai Produk Accelex. "Kami teruja untuk memperkenalkan teknologi pemerolehan dokumen automatik oleh kerana ia membawa kami selangkah lebih dekat untuk merealisasikan visi kami dalam industri ini."
Tentang Accelex
Ditubuhkan pada tahun 2018, Accelex menyediakan penyelesaian pemerolehan, analisis dan pelaporan data untuk pelabur alternatif dan penyedia perkhidmatan aset yang membolehkan firma mengakses potensi penuh prestasi pelaburan dan data transaksi yang penting. Dikuasakan oleh kecerdasan buatan proprietari dan teknik pembelajaran mesin, penyelesaian Accelex mengautomasikan proses untuk pengekstrakan, analisis dan perkongsian data tidak berstruktur yang sukar diakses. Accelex beribu pejabat di London, dengan pejabat di Paris, Luxembourg, New York dan Toronto. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.accelextech.com
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2037532/Accelex_Logo.jpg?p=medium600