omniture

Henderson Global Investors diberi kebenaran untuk 40 Leadenhall Street, London

Henderson Global Investors
2014-03-05 10:00 204

- Bangunan 910,000 kaki persegi menawarkan penempatan pejabat dan kedai bertaraf dunia -

- Bangunan setinggi 34 tingkat akan melengkapkan latar langit London -

LONDON, 5 Mac 2014 /PRNewswire/ -- Perniagaan Hartanah Henderson Global Investors yang bernilai kira-kira £12.7 bilion telah berjaya mendapat ketetapan bagi meluluskan kebenaran perancangan daripada Majlis Perbandaran London untuk skema perancangan mereka di 40 Leadenhall Street.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140227/8521401132-a)
(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140227/8521401132-b)
(Logo: http://photos.prnasia.com/prnh/20140227/8521401132LOGO)

Bangunan menguja dan berkualiti tinggi itu – digelar 'Gotham City' apabila rancangan untuknya mula-mula didedahkan – terletak di pusat Kluster Timur Bandar itu yang terdiri daripada bangunan yang tinggi. Ketinggiannya berbeza-beza antara 7 ke 34 tingkat pejabat, dengan dua tingkat bawah tanah tambahan, loji bumbung, (jumlah ketinggian 170m AOD), penggunaan kedai/kafe dan restoran yang fleksibel di tingkat bawah dan juga kafe/restoran dengan teres bumbung yang menghadap Fenchurch Street. Jumlah saiz bangunan itu adalah 910,000 kaki persegi NIA, dibahagikan antara 890,000 kaki persegi ruang pejabat serta kira-kira 20,000 kaki persegi ruang kedai.

Bangunan itu terletak di EC3, daerah insurans Kota London yang terkemuka dan dinamik. Tempat itu mudah didatangi dengan pengangkutan awam yang dikelilingi pelbagai haluan bas, stesen bawah tanah serta atas tanah. Satu bangunan yang disenaraikan sebagai gred II di 19-21 Billiter Street, yang telah dibina pada tahun 1865, akan dibaik pulih dan disepadukan ke dalam usul pembangunan ini. Dijangkakan 390 tugas pembinaan FTE akan diwujudkan di tapak itu manakala kira-kira 7,000 orang dijangka akan bekerja di dalam bangunan itu apabila ia siap kelak.

Pelan pembangunan itu telah direka oleh syarikat seni bina antarabangsa yang memenangi anugerah, "Make", dan terdiri daripada kepingan menegak yang disusun di sekeliling bangunan yang tersenarai bagi mencipta komposisi menawan dan dikira menegak bagi melengkapkan bangunan latar langit London lain yang lebih berlengkuk dan menyandar. Bahagian tertinggi bangunan itu diletakkan di hujung utara tapak itu bagi mengambil kira bangunan tinggi lain yang bersebelahan manakala ketinggiannya menurun sambil menuju ke Sungai Thames dan Menara London di arah selatannya. Bangunan baharu yang diusulkan ini juga ditereskan pada peringkat tinggi di sisi utara Leadenhall Street agar ia tidak dapat dilihat apabila berjalan ke arah timur sepanjang Fleet Street di sepanjang laluan upacara ke Katedral St. Paul. Pintu masuk tingkat bawah dan bahagian buka depan kedai diletakkan ke belakang bagi mewujudkan laluan pejalan kaki yang luas, ruang dan tapak laluan lebih lebar sepanjang haluan pejalan kaki penting di Leadenhall Street, Fenchurch Street, Billiter Street dan juga Bangunan Fenchurch yang bersebelahan.

Nick Deacon, Pengarah Harta Tanah, Cawangan Pusat London, Henderson Global Investors, berkata: "Kami gembira kerana berjaya mendapat ketetapan bagi meluluskan kebenaran pembinaan untuk apa yang bakal menjadi penambahan yang menguja kepada latar langit London, dan juga sumbangan yang bernilai kepada kluster menara bandar itu yang sentiasa berevolusi. Inilah langkah signifikan ke arah projek itu. Kami komited untuk memajukan skema perancangan ini dan telah mula menerokai beberapa pilihan bagi mencapai matlamat ini."

Geoff Harris, Pengarah Pembangunan Harta Tanah, Henderson Global Investors, berkata: "Skema perancangan yang siap dibina kelak bakal sepadan dengan ciri bandar beraneka yang dimiliki jalan dan ruang EC3 itu dengan menara tinggi serta blok lebih rendah, jalan utama, lorong tersembunyi dan juga ruang awam terselindung. Satah menegak skema itu yang beranjak akan meninggi bagi melengkapkan kluster bangunan tinggi di latar langit itu dan menurun di bahagian selatannya bagi menghormati pemandangan tempatan serta strategik daripada dan seberang Sungai Thames."

Paul Scott, rakan kongsi Make dan ketua arkitek projek, berkata: "Kami teruja kerana pelan rancangan kami telah mendapat ketetapan bagi meluluskan kebenaran untuk membina dan tidak sabar-sabar lagi untuk membina bangunan kurun ke-21 bertaraf dunia yang akan memperhebat daerah insurans Kota ini dan turut memperkuat lagi kedudukan globalnya yang unggul. Rekaan ini memecah kebiasaan dan bakal menyertai portfolio ikonik Kota London untuk bangunan moden."

Pembangunan ini telah direka bagi memenuhi standard Kecemerlangan BREEAM NC 2011 dan langkah kemampanan yang diusulkan akan membenarkan Kadar Pembebasan Gas Bangunan itu dikurangkan sebanyak 40% paling minimum di bawah Bahagian L2A untuk Peraturan Bangunan 2010. Bangunan itu mempunyai 1,067 ruang letak basikal dengan ruang tambahan untuk pengecasan skuter, 113 tempat mandi dan juga dua ruang parkir kenderaan pemilik kurang upaya.

Henderson membeli tapak 'Segi Tiga Leadenhall' bagi pihak pelanggan mereka pada bulan Mei 2011. Pasukan Cawangan Pusat London mereka kini memiliki aset bernilai kira-kira £900 juta merentasi kawasan subpasaran utama Pusat London. Portfolio pelaburan semasanya juga termasuklah penempatan pejabat seluas 2 juta kaki persegi manakala portfolio pembangunannya menyediakan tambahan 850,000 kaki persegi lagi. Pasukan itu mempunyai rekod prestasi yang mantap dalam penyediaan skema perancangan berkualiti tinggi dalam pasaran London.

Butiran Perhubungan:

Pengarah Bersekutu, PR, Property

+44 (0) 20 7818 4441

Gemma Bradley

gemma.bradley@henderson.com



Eksekutif Pemasaran dan Perhubungan Awam, Property

+44 (0) 20 7818 4011

Sophie Hinder-Walbank

 sophie.hinderwalbank@henderson.com

Latar belakang Henderson Property

Henderson ialah pengurus aset harta tanah yang menerajui dengan dana harta tanah bernilai kira-kira .£12.7 bilion (setakat 30 September 2013) di bawah pengurusan di serata Eropah, Asia dan juga Amerika Syarikat. Pasukan harta tanah itu terdiri daripada 200 kakitangan yang berpusat di pejabat seluruh Eropah, Asia serta Amerika Syarikat. Syarikat itu mempunyai cawangan di Amsterdam, Beijing, Chicago, Frankfurt, Hartford, Hong Kong, London, Luxembourg, Madrid, Milan, Paris, Singapura, Stockholm, Sydney & Vienna. Ia juga mempunyai kemampuan pengurusan aset tambahan melalui usaha sama di Hamburg.

Perniagaan harta tanah itu menguruskan akaun terkumpul dan teragih yang melabur dalam harta tanah yang menawarkan pulangan teras dan ditambah nilai. Selain pelaburan merentasi semua sektor komersil, perniagaan harta tanah itu turut menguruskan dana dengan tema serantau dan/atau pakar sektor. Perniagaan harta tanah Henderson termasuklah kemampuan penyelidikan yang menerajui pasaran.

Pada bulan Jun 2013, Henderson Global Investors dan TIAA-CREF mengumumkan keinginan mereka untuk melancarkan syarikat pengurusan pelaburan harta tanah global baharu, TIAA Henderson Real Estate. Ia bakal ditubuhkan pada suku pertama tahun 2014 dan akan terdiri daripada perniagaan harta tanah Eropah TIAA-CREF dan juga perniagaan harta tanah Henderson di Eropah dan Asia Pasifik. Ia turut akan mengendalikan platform pengedaran dan pemberian khidmat global bagi pihak aset mereka sendiri dan juga yang dimiliki TIAA-CREF di Amerika Utara, yang mewakili aset harta tanah bernilai kira-kira £42 bilion. Skala global syarikat itu meletakkannya sebagai salah satu syarikat terbesar industri ini dan akan menawarkan peluang pelaburan yang diperluas dalam pasaran harta tanah global kepada para pelanggan sambil membantu untuk memecut pertumbuhan perniagaan harta tanah setiap firma itu, lalu menyediakan akses kepada kemampuan global merentasi semua sektor dalam pasaran.

www.henderson.com/property

Latar belakang Henderson Global Investors

Setelah ditubuhkan pada tahun 1934, Henderson Global Investors ialah firma pengurusan aset global bebas yang menerajui. Syarikat itu menyediakan akses kepada profesional pelaburan berkemahiran kepada pelanggan berinstitusi, peruncitan dan bernilai bersih tinggi. Golongan profesional ini mewakili pelbagai kelas aset, termasuk ekuiti, pendapatan tetap, harta tanah dan juga modal persendirian. Dengan pusat perniagaan utamanya di London, Henderson ialah salah satu pengurus pelaburan terbesar Eropah, dengan kira-kira £70.8 bilion aset di bawah pengurusan (setakat 30 September 2013) dan turut menggaji lebih 1000 orang seluruh dunia.

www.henderson.com

Latar belakang Make Architects

Make ialah studio yang terdiri daripada arkitek dan pereka yang komited untuk membina bangunan, ruang dan juga tempat dengan kawasan yang menawan dan inovatif serta bertanggungjawab daripada segi sosial, ekonomi dan juga alam sekitar. Setelah ditubuhkan oleh Ken Shuttleworth pada tahun 2004, syarikat itu telah menetapkan kedudukan sebagai salah satu daripada firma seni bina paling terkemuka di UK, dengan studio yang berpusat di London, Hong Kong dan juga Beijing. Projek semasa mereka berkepelbagaian daripada segi skala, termasuklah rumah persendirian, menara kediaman dan juga pembangunan pejabat sehinggalah kepada fasiliti sukan, hospital dan pelan utama bandar.

www.makearchitects.com

Source: Henderson Global Investors
Keywords: Banking/Financial Service Construction/Building Real Estate