omniture

Tech4Nature: Mengapa Hutan Sihat Bererti Penduduk Sihat

Huawei
2023-03-22 23:39 52

SHENZHEN, China, 22 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Bertemakan 'Hutan dan Kesihatan', Hari Hutan Antarabangsa pada 21 Mac tahun ini merupakan satu seruan kepada umat manusia untuk memikirkan tentang hubungannya dengan hutan Bumi dan kesan langsung yang diberikan olehnya ke atas kelanjutan usia dan kesejahteraan kita.

Ramai yang biasa dengan metafora bahawa hutan ialah paru-paru planet ini, menghembuskan udara bersih dan berfungsi sebagai kawasan tadahan karbon penting yang mengurangkan kesan perubahan iklim. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang menyedari hubungan intrinsik yang terjalin antara hutan dengan kesihatan kita sehari-hari.

Tahukah anda?

Selain menjadi paru-paru planet, hutan juga merupakan farmasi dan bilik simpanan makanan semula jadi.

Ia menyediakan kepada kita sekitar 25% ubat-ubatan barat, dengan lebih daripada 50,000 tumbuhan menyumbang kepada ubat-ubatan moden. Satu kajian terhadap 27 negara Afrika menunjukkan bahawa kanak-kanak yang terdedah kepada hutan mempunyai 25% kepelbagaian diet yang lebih tinggi hasil daripada banyaknya buah-buahan, sayur-sayuran, daging liar, ikan dan minyak boleh dimakan.

Namun begitu, prognosis untuk hutan adalah membimbangkan. Sekitar 35% daripada litupan hutan di dunia telahpun hilang, dengan 82% daripada selebihnya terdegradasi.

Kepantasan dan tahap ancaman ini memerlukan intervensi jangka panjang yang komited.

Sebuah kisah perlindungan

Satu cara teknologi melindungi ekosistem hutan adalah dengan menghalang pembalakan haram yang menyumbang sehingga 90% daripada kesemua aktiviti pembalakan dan merupakan penyumbang besar kepada pembasmian hutan global.

Di Taman Negara Similajau di negeri Sarawak, Malaysia, kami bekerjasama dengan Jabatan Hutan Sarawak dan Sarawak Forestry Corporation bagi membolehkan kerajaan Sarawak melindungi hutan hujannya. Taman berkenaan bukan sahaja kaya dengan biodiversiti, ia juga merupakan sumber perubatan dan makanan mampan untuk penduduk tempatan, yang kebanyakannya bergantung pada hutan sebagai mata pencarian mereka.

Walau bagaimanapun, pembalakan haram tetap menjadi ancaman yang menonjol, mengakibatkan kemusnahan ekosistem hutan hujan yang meluas dan kehilangan biodiversiti.

 

Biarpun begitu, kini ada harapan. Peranti pemantauan akustik 'Guardian' boleh mengesan bunyi trak dan gergaji rantai yang digunakan untuk pembalakan haram. Setiap Guardian boleh meliputi kawasan seluas 7 km dan menghantar isyarat masa sebenar terangkai melalui platform awan kepada telefon renjer, lalu membolehkan campur tangan pada masa sebenar.

Teknologi pemantauan audio dan visual serta analitik AI juga dapat membantu memantau spesies terancam melalui penyuaraannya. Dengan menjejaki populasi dan taburannya, penyokong pemuliharaan dapat membangunkan langkah-langkah pemuliharaan yang tepat. Menjadi kepentingan khusus ialah spesies payung, kesejahteraannya penting untuk kesihatan ekosistem hutan yang didiami olehnya. Contoh-contoh projek pemantauan biodiversiti yang menyasarkan spesies payung termasuk rubah Darwin di Chile dan jaguar di Kawasan Simpanan Negeri Dzilam Mexico.

Teknologi juga dapat mencetuskan tindakan pemuliharaan pintar di kawasan hutan. Di Switzerland, sebuah projek Tech4Nature perintis dengan kerjasama IUCN dan Porini Foundation menggunakan blok rantai untuk membangunkan sistem bagi mengesan pensekuesteran karbon untuk meningkatkan ketelusan dan kebolehkesanan transaksi kawasan tadahan karbon hutan, dengan tujuan untuk menggunakan kredit ini bagi membiayai projek-projek pemuliharaan biodiversiti yang lain.

Perkara di atas merupakan contoh-contoh projek perlindungan ekosistem hutan di bawah inisiatif TECH4ALL Huawei. Bersama rakan-rakan kongsi global, penyelesaian teknologi telahpun dibangunkan yang terdiri daripada peranti pemantauan audio dan visual, rangkaian komunikasi, awan dan analitik AI. Kesemua ini dapat mencapai hasil pemuliharaan yang mustahil dicapai walaupun sedekad yang lalu.

Dengan bukti saintifik yang benar-benar mengaitkan kesihatan hutan dan kesihatan manusia, penting agar kita memastikan hutan kita sihat. Pengalaman kami setakat ini menunjukkan bahawa pendekatan ini berkesan. Pengetahuan berkenaan pula mendorong kami untuk terus berusaha bersama rakan-rakan kongsi kami untuk membantu membina masa depan yang sihat, lestari buat kita dan juga hutan kita.

Ketahui lebih lanjut tentang inisiatif TECH4ALL dan Tech4Nature Huawei.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility New products/services Survey, Polls & Research