omniture

Australia cipta 'khidmat cuaca' pertama dunia untuk kualiti air

CSIRO
2023-03-23 01:28 55

CANBERRA, Australia, 23 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Agensi sains kebangsaan Australia, CSIRO, melancarkan misi untuk menyampaikan sistem pemantauan kualiti air darat-ke-angkasa pertama dunia.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan tiga bilion orang mungkin berisiko terhadap air yang tidak selamat. Melalui AquaWatch Australia, CSIRO bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi di peringkat antarabangsa untuk membantu melindungi sumber air tawar dan pesisir pantai.

AquaWatch akan menyediakan kemas kini hampir pada waktu sebenar dan ramalan prediktif – khidmat cuaca untuk kualiti air – sebaik sahaja beroperasi sepenuhnya. Ia akan menyokong pengurusan kualiti air yang lebih baik dan boleh digunakan untuk memantau kualiti air untuk minuman, sanitasi, akuakultur, penilaian alam sekitar dan pelbagai jenis aplikasi lain untuk membantu memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

CSIRO, bersama rakan kongsi asas SmartSat Cooperative Research Centre, membawa bersama penyelidikan, kerajaan dan industri dengan pelaburan bersama awal sebanyak AU$83 juta untuk mereka bentuk dan membangunkan AquaWatch.  

Data dikumpul menggunakan rangkaian ekstensif satelit cerapan Bumi dan sensor air berpangkalan di darat akan diintegrasikan di hab data pusat yang mana keupayaan CSIRO dalam analisis data dan kecerdasan buatan dapat memberi ramalan beberapa hari akan datang.

Ketua Eksekutif CSIRO, Dr Larry Marshall berkata air ialah salah satu sumber paling penting dan utama di dunia.

"Di tempat-tempat di mana orang ramai masih menghadapi risiko air yang tidak selamat untuk keperluan asas seperti minuman dan sanitasi, perkhidmatan seperti AquaWatch boleh menjadi pengubah keadaan.

"Kebijaksanaan di sebalik AquaWatch ialah ia mengintegrasikan cerapan Bumi dengan keupayaan perkhidmatan lain seperti penderiaan in-situ, pemodelan ekosistem, kejuruteraan, sains data dan kecerdasan buatan. 

"Ia merupakan contoh terkini daripada Missions Program CSIRO yang merupakan inisiatif penyelidikan saintifik dan kolaboratif berskala besar yang bertujuan untuk mempercepatkan langkah dan skala yang melaluinya kita dapat mengatasi cabaran yang paling besar."

CSIRO dan rakan-rakan kongsi antarabangsanya telahpun bekerjasama untuk projek-projek perintis di:

  • California, AS dengan kerjasama University of California, Davis dan University of California, Merced, memfokuskan kepada kekeruhan dalam simpanan air utama
  • Sarawak, Malaysia dengan kerjasama Swinburne University Sarawak, memfokuskan kepada kehilangan karbon daripada hutan bakau
  • Chile, memfokuskan kepada penternakan ikan salmon dan penyahgaraman
  • Colombia, memfokuskan kepada tanah lembap pantai
  • Vietnam, dengan kerjasama National Center for Water Resources and Investigation (NAWAPI) Vietnam dan Hanoi University of Mining and Geology (HUMG), memfokuskan kepada bekalan air minuman dan keperluan hidroelektrik.

CSIRO ialah organisasi sains kebangsaan Australia yang terkemuka, mempercepatkan inovasi melalui sains global.

 

 

 

Source: CSIRO
Keywords: Environmental Products & Services Utilities Water Utilities Environmental Issues