omniture

GWM TANK500 HEV Dilancarkan di Thailand dan Membuka Prajualan Pertama Global

GWM
2023-03-24 16:42 69

BAODING, China, 24 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada 21 Mac, GWM mengadakan sidang akhbar di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok ke-44, mengumumkan prajualan GWM TANK500 HEV buat julung kalinya, yang menarik perhatian media dan hadirin di lapangan.

GWM TANK500 HEV Dilancarkan di Thailand dan Membuka Pra-jualan Pertama Global
GWM TANK500 HEV Dilancarkan di Thailand dan Membuka Pra-jualan Pertama Global

"GWM TANK500 HEV bererti bab yang baharu untuk industri NEV di Thailand. Ia akan memberi lebih kemudahan kepada pengguna untuk melakukan perjalanan dan kami juga ingin merasai prestasinya yang hebat," ulas Wongautocar, media tempatan yang terkenal.

GWM TANK500 HEV mewarisi keupayaan luar-jalan yang terbaik, pengalaman yang sangat selesa dan fungsi pintar termaju. Model ini dapat memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai untuk pemanduan dan tunggangan.

Model ini adalah berasaskan kepada seni bina hibrid super GWM TANK. Seni binanya, mengintegrasikan enjin, motor, kunci pembeza dan sistem pacuan-empat-roda TOD, mempunyai kelebihan tersendiri, seperti prestasi yang tinggi, penggunaan bahan api yang rendah dan kapasiti luar-jalan yang pintar. Ini dapat membantu pengguna untuk keluar daripada pelbagai masalah dalam keadaan jalan raya yang teruk, termasuk mendaki, meranduk dan kawasan berlumpur.

GWM TANK500 HEV memfokuskan untuk mencipta pengalaman yang mewah dan selesa kepada pengguna. Perincian reka bentuk dalaman memberikan sentuhan mewah termasuk skrin kawalan pusat pintar bersaiz besar, skrin paparan digital untuk data jalan raya dan tempat duduk kulit. Model ini menerima pakai sistem ampaian depan tulang selangka berganda dan sistem ampaian belakang berbilang pautan, yang membolehkannya memberi pengalaman yang selesa kepada pengguna dalam pelbagai senario seperti perjalanan bandar dan perjalanan luar-jalan.

Satu lagi sorotan model ini ialah kecerdasannya. GWM TANK500 HEV, kali ini dilancarkan dalam pasaran Thailand, dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu pintar canggih, mengintegrasikan Kunci Pembeza Elektrik Depan & Belakang, Belok TANK, Pengesanan Kedalaman Meranduk, Pengawal Luncur Luar-jalan dan Badan Lutsinar. Badan Lutsinar boleh membantu pemandu memahami dengan cepat keadaan jalan raya dengan mengenal pasti keadaan sekeliling menerusi kamera, seterusnya meningkatkan keselamatan pemanduan.

Di sidang akhbar berkenaan, jenama GWM TANK dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Thailand. GWM TANK, diberi kedudukan secara global sebagai "Jenama SUV luar-jalan Premium", menyasarkan untuk mencipta kategori produk baharu yang dapat memenuhi gaya hidup berbeza pengguna global dengan ciri jenama "Lasak, Tersendiri dan Bebas".

GWM TANK telahpun dilancarkan dalam beberapa pasaran global seperti Timur Tengah dan Australia serta diiktiraf oleh media dan pengguna tempatan. Membuat kemunculan sulungnya di Thailand merupakan salah satu langkah penting yang diambil oleh GWM TANK untuk berkembang ke dalam pasaran global. Dalam masa terdekat, GWM TANK akan turut menembusi pasaran-pasaran lain di negara-negara ASEAN.

GWM TANK, ditubuhkan pada tahun 2021, telah menjual lebih daripada 200,000 unit ke seluruh dunia sejak itu. Ia akan memanfaatkan teknologi utama bagi mencipta portfolio yang lebih pelbagai bagi menyediakan kepada lebih ramai pengguna global dengan pengalaman NEV pintar, selamat dan andal untuk perjalanan luar-jalan.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services Trade show news