SINGAPURA, 24 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Procter & Gamble (P&G) melancarkan program vGrow buat julung kalinya di Singapura dan Malaysia bagi membantu mempercepatkan inovasi dengan memanfaatkan ekosistem pemula kolaboratif dengan penetapan minda "All in to WIN" ("Bersungguh-sungguh untuk MENANG"). Melalui program vGROW, P&G menyediakan 'medan permainan yang sama rata' kepada syarikat pemula, pengusaha baharu & perniagaan mantap untuk mendapatkan idea terbaik dan penyelesaian inovatif mereka demi keperluan perniagaan P&G.
vGrow dilancarkan buat julung kalinya di Malaysia dan Singapura untuk membantu mempercepatkan inovasi dengan memanfaatkan ekosistem pemula kolaboratif
Acara pelancaran menghimpunkan rakan-rakan kongsi luar merentas pelbagai bidang dari Malaysia dan Singapura serta diikuti dengan sesi pic. Membina momentum daripada permulaan itu, P&G akan melancarkan dua fasa vGrow yang seterusnya dalam beberapa bulan akan datang.
"Di P&G, kami memotivasikan inovasi kami dengan memacu program yang memfokuskan untuk menyokong rakan niaga kami dan memanfaatkan idea baharu mereka. Program vGrow ialah platform yang dibina untuk syarikat pemula, pengusaha baharu & perniagaan mantap untuk berkongsi idea perniagaan mereka, bersama-sama mengenal pasti cara untuk membangun bersama P&G. Kami percaya melalui vGrow, para peserta di seluruh Singapura dan Malaysia akan disediakan dengan tapak membangun untuk berkembang maju pada masa akan datang," kongsi En. Agraj Sharma, Naib Presiden Kanan - Pengurus Besar, P&G Malaysia, Singapura, Vietnam.
P&G ialah salah satu pengeluar dan pengedar terkemuka produk pengguna seperti Pantene, Head & Shoulders, Rejoice, Downy, Gillette, Oral B dan banyak lagi. Syarikat ini komited untuk menginovasi produk unggul untuk penggunanya dan menjadi warga korporat yang baik melalui pelbagai program termasuk Kelestarian Alam Sekitar, Etika & Tanggungjawab, Kesaksamaan & Rangkuman serta Impak Komuniti. Program tersebut menekankan misi P&G, Daya untuk Pertumbuhan (Force for Growth) dan Daya untuk Kebaikan (Force for Good), bertujuan untuk memacu penyelesaian inovatif merentas pelbagai peringkat operasinya.
LATAR BELAKANG PROCTER & GAMBLE
P&G menawarkan perkhidmatan kepada pengguna di serata dunia dengan salah satu portfolio paling mantap yang terdiri daripada jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan berciri kepimpinan, termasuk Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Braun®, Downy®, Dynamo®, Febreze®, Gillette®, Head & Shoulders®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, Safeguard®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G termasuk operasi kira-kira di 70 negara seluruh dunia. Sila kunjungi http://www.pg.com untuk berita dan maklumat terkini tentang P&G dan jenama-jenamanya.