omniture

Meluncur ke Dunia: Shanghai Jahwa Mengadakan Persidangan Strategik Ulang Tahun ke-125

Shanghai Jahwa
2023-03-25 02:48 127

SHANGHAI, 25 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Jahwa United Co., Ltd (SH.600315) baru-baru ini menjadi tuan rumah Persidangan Strategi 2023 "To Beauty to Youth" dalam talian. Di acara tersebut, pasukan pengurusan yang diketuai oleh Alex Pan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai Jahwa, mengadakan pembentangan tentang pencapaian Jahwa sepanjang tahun lalu dan visi jangka panjangnya, termasuk strategi korporat, trend dan pembangunan, inovasi jenama, pengurusan ESG. Pasukan ini turut menjemput pakar-pakar luar dan rakan-rakan kongsi untuk membincangkan trend penggunaan dan laluan pertumbuhan dalam era baharu.

 

Alex Pan, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai Jahwa, menjelaskan keputusan perniagaan syarikat bagi tahun 2022 dan strategi korporat untuk tahun 2023 dengan ucapan dasar "Inovasi menuju Kecemerlangan". "Tatkala ekonomi negara berubah secara beransur-ansur daripada pertumbuhan pantas kepada pembangunan yang dipacu oleh kualiti, satu siri isyarat positif boleh diperhatikan daripada pemulihan penggunaan keseluruhan. Ini merupakan dorongan yang kuat kepada seluruh industri kecantikan dan penjagaan peribadi. Sebagai peneraju industri, Shanghai Jahwa terus meningkatkan pembezaan, pelaburan R&D, pengoptimuman sumber, produktiviti dan perbelanjaan modal. Syarikat ini membuat kemajuan yang berterusan dengan operasi dan pengurusan yang mantap."


Pada tahun 2023, prinsip operasi 123 Jahwa memacu inovasi jenama. Jahwa memfokuskan kepada kepakaran, premiumisasi dan pengalaman untuk meningkatkan ekuiti jenama. Sambil mendorong kepakaran dalam jenama, segmentasi dan produk, syarikat ini mencipta lebih banyak produk yang lebih baik melalui R&D dan kehebatan pemasarannya. Berhubung inovasi jenama korporat, syarikat ini telah menerapkan konsep khidmat pengguna jangka panjang, mampan dan tidak dapat dilupakan. Di samping itu, Shanghai Jahwa sentiasa beradaptasi dengan trend pasaran dan mengembangkan produknya untuk premiumisasi dalam penentududukan, produk, pengguna sasaran dan pempakejan. Sementara itu, syarikat ini memfokuskan kepada pengalaman, meningkatkan pengalaman pengguna pada tiga dimensi untuk inovasi jenama dan peningkatan perkhidmatan.

Sebagai pengusaha jangka panjang yang melalui kitaran perniagaan, syarikat ini berdedikasi untuk kecantikan, berpegang kepada misinya untuk mencipta produk dan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan terbaik untuk memaksimumkan nilai buat pengguna, pekerja, pemegang saham dan seluruh masyarakat. Pada masa akan datang, Shanghai Jahwa berharap dapat mencapai tahap kecemerlangan baharu, mewakili jenama-jenama Cina untuk bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa di persada dunia. Shanghai Jahwa bermatlamat untuk mempersembahkan Kecantikan Cina kepada dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.facebook.com/profile.php?id=100083574486073

 

Source: Shanghai Jahwa
Related Stocks:
Shanghai:600315
Keywords: Advertising Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics