omniture

Amalan ESG ke arah perubahan transformatif demi dunia lebih lestari

Taiwan Institute for Sustainable Energy
2023-03-27 07:00 64

Oleh: Dr. Mucahid Mustafa Bayrak, Profesor Madya, NTNU. Hakim Kehormat 2022 APSSA

TAIPEI, 27 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Pada masa ini, dunia sedang menghadapi pelbagai perubahan kemampanan pada skala global seperti krisis iklim global, pergantungan yang berlebihan ke atas bahan api fosil, kemusnahan ekosistem, peperangan dan pelanggaran hak asasi manusia, diskriminasi jantina, perkauman, krisis pendatang dan banyak lagi. Umat manusia perlu memikirkan penyelesaian dan dalam masa yang sama mengakui bahawa impak daripada cabaran yang disebut di atas adalah sangat tidak sama rata baik dari segi siapa yang menyebabkannya dan siapa yang paling terjejas olehnya. Syarikat-syarikat dan khususnya perbadanan-perbadanan transnasional, harus memberi lebih perhatian terutamanya kepada cabaran kemampanan ini, baik di dalam mahupun di luar perusahaan. APSAA Asia Pacific Sustainability Action Awards (APSAA) dihoskan oleh Taiwan Institute for Sustainable Energy (TAISE), diadakan di Taipei, Taiwan, menggalakkan syarikat-syarikat untuk menunjukkan amalan terbaik mereka dengan menjadikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sebagai kayu ukur. SDG bukan sahaja dipersetujui oleh hampir kesemua negara di dunia ini, matlamat ini turut mengiktiraf pelbagai aspek dan dimensi kemampanan. SDG turut mengakui bahawa terdapat pelbagai pihak berkepentingan serta pelaku dan penyelesaian kemampanan tidak lagi hanya dalam domain pertubuhan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan semata-mata. Kita semua perlu menyumbang, terutamanya mereka yang paling banyak menyumbang kepada cabaran ini.

Syarikat-syarikat boleh memainkan peranan yang berharga bukan sahaja dalam mengehadkan impak negatif mereka sendiri, tetapi turut tampil dengan penyelesaian yang baharu, inovatif dan inklusif, sama ada ia berciri teknologi, organisasi atau sosial. Semasa berlangsungnya APSAA Asia Pacific Sustainability Action Awards, yang mana saya merupakan salah seorang hakimnya, kami telahpun menyaksikan banyak inisiatif hebat daripada syarikat-syarikat yang ingin membawa perubahan transformatif menuju dunia yang lebih baik secara bersama. Namun begitu, kita boleh melakukan lebih banyak lagi. Atas sebab ini, kami menggalakkan syarikat-syarikat di seluruh dunia untuk menilai secara kritis standard dan amalan ESG mereka sendiri dan tanyakan kepada diri mereka sendiri soalan: adakah kita benar-benar menyumbang kepada perubahan transformatif dan jika ya, bagaimana? Kami berharap dapat belajar daripada inisiatif anda dan kita dapat berusaha bersama-sama demi bumi yang lebih sihat, komuniti global yang lebih sama rata dan aman serta sektor swasta yang menyamaratakan 'keuntungan' bukan sahaja untuk faedah kewangan, tetapi juga demi dunia yang lebih lestari.

Majlis APSAA 2023 akan diadakan bersempena dengan Ekspo dan Sidang Kemuncak Kemampanan Asia-Pasifik. Tarikh akhir pendaftaran ialah 19 Mei, untuk butiran lanjut: https://tcsaward.org.tw/en/about/selection2/2023-download

 

Dr. Mucahid Mustafa Bayrak, Associate Professor, NTNU.
Dr. Mucahid Mustafa Bayrak, Associate Professor, NTNU.

 

HUBUNGI: William Chong / william92@taise.org.tw

 

Source: Taiwan Institute for Sustainable Energy
Keywords: Environmental Products & Services Environmental Issues Trade show news