omniture

Logo dan Slogan Likee yang Diperbaharui Mengundang Pengguna untuk Teroka Minat Mereka

Likee
2023-03-27 08:00 62

SINGAPURA, 27 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Likee, salah satu platform video pendek yang paling popular di wilayah ini, dengan bangganya mengumumkan pelancaran logo dan slogan jenama baharunya, "Terokai Apa Anda Suka" ("Explore What You Like). Likee telah mencapai pertumbuhan pesat dan evolusi sejak penubuhannya pada tahun 2017 dan identiti baharu ini menonjolkan masa depan dinamik platform ini.

Likee's Refreshed Logo and Slogan Invite Users to Explore Their Interests
Likee's Refreshed Logo and Slogan Invite Users to Explore Their Interests

Pasukan Likee mereka bentuk dengan teliti logo baharu ini dan dalam masa yang sama mengekalkan intipati identiti lamanya. Bentuk hati, yang melambangkan Likee yang telah menjadi komuniti mesra, kekal sebagai teras logo jenama ini. Logo baharu diselitkan dengan tenaga muda, disampaikan melalui satu warna merah jambu kemerah-merahan yang lembut dan bentuk hati yang lebih bulat, menekankan ciri keterangkuman platform ini dan komuniti pelbagai yang mendapat perkhidmatannya.

Slogan baharu, "Terokai Apa Anda Suka" menonjolkan komitmen Likee untuk memperkasa pengguna bagi meneroka minat dan keghairahan mereka dalam persekitaran yang selamat dan kreatif. Platform ini menawarkan pelbagai jenis kategori kandungan termasuk tarian, permainan, fesyen, kandungan setempat yang mencerminkan kepelbagaian budaya penggunanya, bagi membolehkan semua orang mencari dan berkongsi apa yang mereka suka.

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, Likee telah berulang kali membuktikan bahawa ia lebih daripada sekadar platform untuk menggunakan kandungan. Sebaliknya, ia membina sebuah komuniti di mana pengguna boleh mencari individu yang berfikiran sealiran dan berhubung dengan mereka melalui fungsi-fungsi berbeza yang dibenamkan dalam aplikasi ini seperti sesi langsung untuk interaksi segera atau fungsi "Loop" bagi mencari kumpulan minat dan berkomunikasi dengan mereka. Identiti jenama Likee yang diperbaharui ini turut mencerminkan ciri-ciri inovatif platform ini dan jaringan pencipta berbakat yang sentiasa berkembang yang memberi inspirasi dan mencabar pengguna untuk menerobos sempadan kreatif mereka.

"Kami teruja untuk memperkenalkan identiti jenama baharu kami yang menandakan hala tuju yang kami tujui demi pertumbuhan dan pengembangan Likee," kata seorang jurucakap daripada Likee. "Dengan logo dan slogan baharu kami, kami komited untuk mencipta komuniti yang lebih dinamik dan kreatif di mana semua orang boleh meneroka minat mereka dan berhubung dengan individu yang berfikiran sealiran. Dengan menyusun atur pengalaman yang lebih diperibadikan dan menarik, kami percaya Likee mempunyai masa depan yang cerah di hadapan dan kami teruja untuk berkongsi dan meraikan hal ini bersama pengguna kami yang dihargai."

Penjenamaan semula ini menandakan fasa pertumbuhan baharu dan evolusi untuk Likee dan platform ini mengalu-alukan semua orang yang ingin menyertai untuk meneroka apa yang mereka suka. Bersama-sama penggunanya yang dihargai dan identiti baharu yang bersemangat, Likee bersiap sedia untuk terus menerajui jalan dengan kandungan video bentuk pendek. Likee teruja untuk memulakan perjalanan baharu ini bersama penggunanya dan mengharapkan masa depan yang lebih dinamik, dipenuhi dengan kemungkinan tidak berkesudahan dan pengalaman baharu yang mengujakan.

Latar Belakang Likee

Likee ialah komuniti berorientasikan minat yang bersemangat, menghubungkan berjuta-juta pengguna yang berpangkalan di Amerika Utara, Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara melalui penciptaan video bentuk pendek. Ia menyediakan platform yang menginspirasikan kepada semua orang bagi mencari dan berhubung dengan orang ramai yang berfikiran sealiran bermula daripada penyegerak bibir hinggalah peminat sukan. Melalui Likee, pencipta boleh menavigasi dengan lancar dan mengenal pasti khalayak yang tepat, berkongsi cerita mereka serta menjalin hubungan bermakna bersama pengikut mereka dengan mudah.

 

Source: Likee
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications