omniture

Nimo TV menjadi Hos Gala Global 2023 di Vietnam, Menyampaikan Anugerah kepada Pencipta Kandungan Global

Nimo TV
2023-03-27 11:00 72

Dengan Tujuan untuk Meluaskan Skop Perniagaan dan Memacu Peralihan Pan-hiburan

GUANGZHOU, China, 27 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Nimo TV, platform penstriman langsung global terkemuka, mengumumkan pada hari ini bahawa Gala Global Nimo TV 2023 akan diadakan pada 8 April 2023 di Bandar Raya Ho Chi Minh, Vietnam. Para tetamu kehormat dari China, Vietnam, Indonesia, Thailand dan Timur Tengah serta pelosok dunia yang lain akan berhimpun untuk berkongsi detik yang gilang-gemilang dan mengagumkan di acara penyampaian anugerah ini. Beberapa bintang handalan Vietnam akan turut menyertai gala ini, menawarkan secara bersama perayaan audio-visual yang hebat untuk peminat Nimo TV di seluruh dunia.


Ini merupakan gala global pertama Nimo TV sejak penubuhannya pada tahun 2018 dan acara berskala besar pertama selepas penyesuaian strategiknya tahun lalu. Di gala global yang akan datang, Nimo TV akan menyampaikan anugerah kepada penyiar dan agensi bakat yang cemerlang dari serata dunia.

Tema bagi Gala Global Nimo TV 2023 ialah "NIMOVERSE" yang melambangkan bahawa Nimo TV akan memperkukuhkan lagi skop perniagaannya dengan berkembang ke dalam genre pan-hiburan dan membina ekosistem kandungan serba baharu. Nimo TV akan menerima pakai strategi operasi yang ditala dengan baik dalam pasaran Asia Tenggara dan membangunkan lagi perniagaannya di Vietnam, Indonesia, serta Thailand. Di samping itu, Nimo TV juga akan terus memajukan perniagaan di rantau MENA, seperti Arab Saudi, Turkiye dan Mesir, mempercepatkan peralihan perniagaan penstriman langsung pan-hiburan globalnya, membawakan pengalaman kandungan yang semakin pelbagai dan menarik kepada pengguna global.

Menurut penganjurnya, Gala Global Nimo TV 2023 akan menjadi acara yang dibarisi oleh bintang-bintang terkenal yang menjemput penstrim permainan Vietnam yang terkemuka seperti Độ Mixi, Thầy Giáo Ba, MisThy dan idola penstriman langsung hiburan Vietnam termasuk Em Be, Uyen Meow, Mochi, Bao Nhi dan Nami. Penyiar-penyiar seperti Lullaby59 dari Indonesia dan Azizos dari Timur Tengah turut dijemput menghadiri gala ini. Di acara yang akan datang, Nimo TV akan menyampaikan lebih 30 anugerah termasuk "Penstrim Terbaik Tahun 2022", "Idola Paling Popular Tahunan", "Penstrim Baharu Paling Popular Tahunan", "Agensi Terbaik Tahun 2022" dan sebagainya.

Untuk mengambil bahagian dengan lebih baik dalam majlis besar-besaran ini, Nimo TV turut melancarkan beberapa aktiviti dalam talian bersasar untuk peminat global. Sebagai contoh, pengguna boleh mendapat status unggul mereka dengan menghantar hadiah tersuai "NIMOVERSE" pada platform tersebut untuk merangsang kesan hadiah mewah Nimo Carnival. Di samping itu, mulai sekarang hingga 24:00 pada 3 April, peminat boleh mengundi penyiar kegemaran mereka untuk membantu mereka bersaing bagi anugerah "Penstrim Baharu Paling Popular Tahunan", "Idola Baharu Paling Popular Tahunan", "Idola Tahunan" dan "Penstrim Tahunan". Peminat juga boleh mengundi melalui saluran undi eksklusif acara ini bagi "Bintang Paling Berpengaruh" dan keputusan undian akan diumumkan di majlis ini pada 8 April.

Gala Global Nimo TV 2023 akan disiarkan secara langsung di seluruh dunia dan pengguna dari setiap pelosok dunia boleh memasuki bilik penstriman langsung untuk menghantar sembang peluru (bullet chat) dan mengambil bahagian dalam permainan interaktif masa sebenar untuk berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti iPhone 14 Pro Max, fon kepala permainan dan lain-lain.

Dengan mengehoskan majlis anugerah ini, Nimo TV berharap dapat melahirkan rasa terima kasihnya atas sokongan daripada pencipta kandungan global dan memperkukuh komunikasi serta kerjasama bersama penyiar, agensi bakat dan rakan-rakan kongsi lain. Memandang ke hadapan, Nimo TV akan melancarkan pelbagai jenis aktiviti berdasarkan kepada budaya dan keutamaan pengguna di negara-negara dan wilayah-wilayah berbeza, membawa portfolio kandungan yang semakin pelbagai dan pengalaman interaktif yang imersif secara tersendiri kepada pengguna seluruh dunia.

Latar Belakang Nimo TV

Nimo TV ialah platform penstriman langsung global terkemuka yang dikendalikan oleh HUYA Inc. yang membolehkan berjuta-juta pengguna dari seluruh dunia menyiarkan kandungan permainan dan pan-hiburan. Nimo TV juga merupakan komuniti pemain, gamer, penstrim dan peminat yang mendorong perbualan, mempromosikan aktiviti interaktif dan memupuk hubungan yang sihat dan positif.

Source: Nimo TV
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Television New products/services Future Events