omniture

CHINT berkongsi Sudut Pandang Pakar tentang Industri Tenaga Pintar di acara Pameran Mekanikal dan Elektrik China 2023

CHINT
2023-03-28 14:35 45

SINGAPURA, 28 Mac 2023 /PRNewswire/ -- CHINT, merupakan peneraju global bagi penyelesaian tenaga pintar dengan lebih 35 tahun pengalaman di peringkat global bersama dengan pasukan jurutera dan saintis penyelidik terbaik dalam industri, rakan niaga, kerajaan dan komuniti di Asia untuk membayangkan semula penyelesaian tenaga pintar dengan inovasi generasi seterusnya bagi 'Memperkasakan Dunia'. Syarikat itu menawarkan penyelesaian Power-to-Plug yang mendorong organisasi di Amerika Syarikat, Eropah, Asia Barat, Afrika dan Asia Pasifik mencapai kejayaan dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, yang boleh disesuaikan, realistik serta dapat memenuhi matlamat perniagaan, alam sekitar dan sosial mereka.

Kiri ke kanan: Johnson Luu, Pengarah Asia Pasifik, CHINT Global, Zheng Bei Bei, Naib Presiden, CHINT Global, Yang Teramat Mulia Sun Haiyan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Republik Singapura, Alvin Tan, Menteri Negara untuk Budaya, Komuniti dan Belia Singapura, Zhang Yu Jing, Presiden China Chamber of Commerce untuk Import dan Eksport Jentera dan Produk Elektronik.
Kiri ke kanan: Johnson Luu, Pengarah Asia Pasifik, CHINT Global, Zheng Bei Bei, Naib Presiden, CHINT Global, Yang Teramat Mulia Sun Haiyan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Republik Singapura, Alvin Tan, Menteri Negara untuk Budaya, Komuniti dan Belia Singapura, Zhang Yu Jing, Presiden China Chamber of Commerce untuk Import dan Eksport Jentera dan Produk Elektronik.

Setelah 2 dekad berkembang secara global, kini jaringan perniagaan CHINT telah meliputi lebih daripada 140 buah negara dan wilayah di seluruh dunia di dalam bidang perkakasan voltan-rendah, penghantaran dan pengagihan kuasa, pemeteran air, gas dan elektrik, tenaga hijau seperti solar dan beberapa lagi. Tahun lalu, CHINT Global telah menubuhkan Ibu Pejabat APAC di Singapura. Rentetan itu, syarikat ini telah mengorak Langkah menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Singapura melalui program SolarNova yang diketuai oleh Lembaga Kemajuan Perumahan (House Development Board, HDB) bersama dengan Lembaga Pembangunan Ekonomi bagi menggalakkan penggunaan sistem solar fotovoltaik di rumah pangsa HDB.

Semasa acara Pameran Mekanikal dan Elektrik China 2023 yang diadakan di Singapura pada 22 hingga 24 Mac lalu, CHINT telah berkongsi dengan pihak-pihak yang berkepentingan dalam industri tentang bagaimana kerjasama di antara syarikat mereka dengan CHINT dapat menyediakan mereka dengan lebih baik demi memenuhi inisiatif hijau kerajaan ke arah menggunakan penyelesaian pengagihan kuasa yang mesra alam dan menekankan kepentingan terhadap keselamatan dan keandalan sistem penghantaran tenaga elektrik dengan mengunakan produk yang tepat seperti penyelesaian perlindungan voltan-rendah. CHINT turut mempamerkan produk-produk termaju mereka termasuk Penyelesaian Tenaga Boleh Baharu, Penyelesaian Bandar Pintar, Penyelesaian Alam Sekitar & Pencawang Pintar, Penyelesaian Pusat Data dan Penyelesaian Pengagihan Kuasa Bangunan mereka.

Johnson Luu, Pengarah di CHINT APAC telah berkongsi di acara tersebut tentang pembuatan pintar. "Pembuatan pintar memainkan peranan penting dalam menyokong kepada kepesatan kadar pendigitalan. Pengeluaran dan pelaksanaan yang pantas serta penggunaan produk tenaga pintar berkualiti tinggi adalah merupakan antara faktor bersama yang dapat memenuhi permintaan ke atas penyelesaian Power-To-Plug. Hari ini, CHINT merupakan di antara pengeluar terbesar kelengkapan pemutus litar – kebolehcapaian untuk menghasilkan sehingga 3 juta pemutus litar sehari untuk memenuhi keperluan dunia. Kami telah membina 'Factory of the Future' dan kami akan terus menambah baik struktur penghasilan dan penggunaan tenaga. Kami berhasrat untuk terus melangkau  sempadan inovasi untuk mengembangkan lagi kepakaran pembuatan pintar kami, seiring dengan kemajuan teknologi serta berusaha ke arah membina kilang sifar karbon," kata Johnson.

Er. Lim Say Leong, Pengarah Teknikal CHINT Global and Sunlight Electrical serta merupakan bekas Duta IEC yang berpengalaman selama 40 tahun dalam industri kejuruteraan elektrik, turut menambah bahawa "untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga dan meningkatkan keandalan, hanya terdapat sedikit sahaja penyelesaian tenaga pintar serbaguna. Penyesuaian adalah sangat penting dan ia menjadi permintaan normal bagi setiap syarikat. Hari ini, penyelesaian tenaga pintar harus disesuaikan mengikut keperluan perniagaan dan disepadukan secara lancar dengan sistem sedia ada. Ia harus direka dengan mengutamakan skalabiliti, terutamanya di era serba digital ini, bagi membenarkan pembangunan masa hadapan dapat diteruskan tatkala permintaan terhadap keperluan tenaga akan semakin meningkat. Dengan langkah sedemikian, kita dapat memacu jalan ke arah keandalan serta meminimumkan masa henti, dan dapat merancang untuk menjana kecekapan disamping menjimatkan lebih banyak kos dalam jangka masa panjang."

Makmal Inovasi Asia Pasifik CHINT yang berkeluasan 400m2 kini merupakan platform pilihan pelanggan untuk aktiviti perniagaan, kerajaan, akademik dan komuniti di rantau APAC untuk mereka mengalami sendiri demonstrasi dan simulasi bukti konsep (prototype) secara langsung. Melalui makmal ini juga, pelanggan boleh meneroka dan merasai ciri teknologi tenaga pintar, iaitu penyelesaian termaju CHINT yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai fungsi termasuklah alam bina, pusat data, sektor perindustrian dan bandar pintar. Makmal ini merupakan ruangan untuk pelanggan memahami bagaimana penyelesaian tenaga pintar boleh disesuaikan mengikut keperluan mereka, disepadukan ke dalam sistem mereka yang sedia ada dan direka bentuk untuk memenuhi keperluan spesifikasi teknikal mereka – sambil menangani cabaran industri seperti Ujian Penerimaan Kilang Jarak Jauh.

Jika pihak berkepentingan berminat terhadap aktiviti Kerjasama pada masa depan boleh menetapkan jadual lawatan ke Makmal Inovasi CHINT melalui sales.apac@chint.com.

Latar Belakang CHINT Global

Ditubuhkan pada tahun 1984, perniagaan CHINT dalam elektrik pintar, tenaga hijau, kawalan dan automasi industri, bangunan pintar dan banyak lagi, membentuk kelebihan rantaian industri penuh yang merangkumkan "keelektrikan". CHINT mempunyai operasi di lebih 140 negara dan wilayah, dengan hasilnya mencecah hampir USD16.1 bilion pada tahun 2021.

Source: CHINT
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Utilities Environmental Issues Trade show news