HOUSTON, 28 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Wanhua Chemical ("Wanhua Chemical", 600309.SS), En. Guangwu Kou, menyampaikan ucaptama beliau —Coping With Challenges Through A Sustainable Path (Menghadapi Cabaran Melalui Laluan Mampan)— di Persidangan Petrokimia Dunia Tahunan ke-38 (WPC) yang berlangsung mulai 20-24 Mac di Houston, Texas. Kou membincangkan kaedah yang melaluinya perusahaan industri kimia dapat memacu pembangunan mampan melalui pelaksanaan amalan terbaik dan penyelesaian inovatif dalam bidang tenaga, bahan, pengurusan dan aplikasi.
En. Guangwu Kou mengulas: "bagi mencapai transformasi karbon-rendah hijau, kami menerima pakai sebaiknya untuk pengurusan rantaian nilai penuh, bermula daripada pengeluaran taman industri milik kami sendiri, inovasi kolaboratif dalam seluruh rantaian industri dan aplikasi pengguna akhir. Memperdalam hubungan rantaian industri huluan dan hiliran, membangunkan integrasi peringkat tinggi dan inovasi silang sektor, merupakan apa yang akhirnya akan membantu kami mencapai matlamat keneutralan karbon kami menjelang tahun 2050."
Memperkasa transformasi kimia karbon-rendah melalui penggunaan tenaga bersih
Wanhua Chemical memacu inovasi saintifik dan teknologi bagi memperkasa transformasi kimia karbon-rendah melalui tenaga bersih, pengoptimuman proses loji, kitar semula tenaga terma serta pengangkapan, penggunaan dan pensekuesteran karbon (CCUS) dalam pengeluaran dan operasi taman industri. Wanhua Chemical telah membentangkan rancangannya dalam bidang tenaga bersih termasuk kuasa angin, tenaga solar, kuasa nuklear dan sebagainya serta merealisasikan peningkatan tenaga bersih melalui usaha sama dan juga kerjasama. Dianggarkan bahawa menjelang tahun 2030, kesemua projek tenaga bersih bersama akan membolehkan Wanhua memperoleh 14.9 bilion kilowatt-jam tenaga elektrik bersih setiap tahun dan mengurangkan emisi karbon sebanyak 8.65 juta tan.
Penyelesaian sehenti Wanhua Chemical untuk membentuk ekosistem hijau yang mengintegrasikan rantaian bekalan
Sebagai contoh, Wanhua ialah pembekal bahan mentah yang jarang ditemui dalam industri ini yang dapat menyediakan penyelesaian lengkap untuk pembuatan CWP bebas-formaldehid. Siri bahan binaan inovatif, seperti profil poliuretana diperkuat gentian Kaca telah dikomersialkan dengan jayanya bagi menggalakkan bangunan hijau dan jimat tenaga.
Dalam usahanya untuk menjadikan perolehan, pembuatan, pempakejan, logistik dan kitar semula lebih mesra alam, Wanhua Chemical dan pembekal-pembekalnya melancarkan secara bersama projek-projek seperti palet kongsi, palet acuan dan beg pembungkusan kitar semula demi melaksanakan peredaran bahan serta mengurangkan penebangan pokok dan penghasilan bahan buangan.
Bangga membawakan inovasi hijau
Teknologi baharu untuk kitar semula bahan pasca-pengguna termasuk kitar semula busa poliuretana (PU) yang mana bahan PU sisa digunakan untuk menghasilkan repoliol yang amat serasi melalui proses kimia, yang dapat digunakan terus untuk pembusaan, dengan formulasi yang hampir sama berbanding poliol asal. Proses ini mengurangkan dengan ketara emisi karbon, tanpa menjejaskan sifat dan prestasi produk.
Dengan amalan inovatif ke atas penerimaan tenaga hijau bersepadunya, Wanhua memenangi Pingat Emas EcoVadis untuk tahun kedua berturut-turut dalam tahun 2022, tersenarai antara 5% teratas antara 75,000 syarikat, atas usaha pembangunannya yang mampan. Wanhua Chemical juga merupakan syarikat Cina pertama yang menyertai Together for Sustainability (TfS), yang menyokong dan menyelaraskan prestasi kemampanan antara syarikat-syarikat kimia dan pembekal-pembekalnya.
Melalui inovasi, Wanhua Chemical telah mewujudkan portfolio produk kompetitif yang memfokuskan secara strategik kepada poliuretana, petrokimia, bahan kimia halus serta bahan termaju dengan komitmen khusus ke atas transformasi mampan, di bawah misinya untuk memajukan kimia dan mengubah kehidupan.
Untuk maklumat lanjut tentang amalan mampan, produk dan penyelesaiannya, sila kunjungi Wanhua Chemical.
Latar Belakang Wanhua Chemical
Wanhua Chemical (600309.SS) merupakan antara pembekal global yang terkemuka bagi produk kimia inovatif. Bergantung pada inovasi berterusan, kemudahan dikomersialkan dan operasi yang cekap, syarikat ini menyediakan produk dan penyelesaian yang kompeitif kepada pelanggan.
Sumber: Wanhua Chemical
Hubungan Media: Carmen Yu,
Alamat Emel: mhyu@whchem.com