omniture

CGTN: Analisis: Kebingkasan ekonomi China tingkatkan prospek pemulihan global

CGTN
2023-03-28 15:51 43

BEIJING, 28 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Sejak tiga tahun yang lalu, China telah menempuh beberapa gelombang COVID-19 dengan kempen vaksinasi besar-besaran. Ini membolehkan negara ini mengekalkan kadar penyakit teruk dan kematian yang terendah di dunia.

Sebagai respons kepada situasi yang sentiasa berkembang, China mengoptimumkan strategi tindak balas COVID-19 dengan menyelaraskan pencegahan dan kawalan wabak menerusi pembangunan ekonomi dan juga sosial.

Pada awal tahun 2023, ekonomi China menunjukkan tanda-tanda positif, dengan beberapa pembangunan mencadangkan kapasitinya untuk memacu pertumbuhan global.

Data daripada Biro Statistik Kebangsaan (NBS) menunjukkan bahawa output industri bernilai tambah China, penunjuk penting dari segi bekalan, meningkat sebanyak 2.4 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam dua bulan pertama tahun 2023.

Dari segi permintaan pula, metrik penting untuk penggunaan, pelaburan dan perdagangan asing meningkat dalam tempoh yang sama. Jualan runcit barangan pengguna dan pelaburan aset tetap masing-masing meningkat sebanyak 3.5 dan 5.5 peratus.

Pertumbuhan ekonomi yang mantap

Memandangkan keyakinan pengguna pulih secara beransur-ansur dan dasar propenggunaan berkuat kuasa, NBS menjangkakan pemulihan penggunaan akan diteruskan.

Bagi merangsang penggunaan domestik, kerajaan melancarkan dasar sokongan di seluruh negara, termasuk mengeluarkan baucar belian kepada orang ramai dan melancarkan festival promosi penggunaan.

Chna terus memberi penekanan ke atas pembangunan berkualiti tinggi, termasuk mendorong ekonomi sebenar, memajukan pembuatan canggih dan mempercepatkan pembinaan sistem industri moden, menurut Majlis Negeri.

Negara ini menyasarkan pertumbuhan ekonomi yang mantap dan telah menetapkan sasaran keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada kira-kira 5 peratus.

Biarpun dengan pemulihan ekonomi dalam dua bulan pertama pada tahun ini, China masih perlu menggalakkan perbelanjaan pelanggan dan mengukuhkan asas untuk pemulihan ekonomi mampan, kata jurucakap NBS, Fu Linghui during semasa sidang akhbar pada Rabu lalu.

Bermula dari 27 Mac, People's Bank of China akan mengurangkan nisbah keperluan rizab (RRR) untuk institusi-instusi kewangan (tidak termasuk yang telahpun melaksanakan nisbah 5-peratus) sebanyak 0.25 mata peratusan. Selepas pengurangan, purata wajaran RRR untuk peminjam akan turun kepada sekitar 7.6 peratus.

Langkah berkenaan diwujudkan untuk mengekalkan amaun kecairan yang cukup munasabah untuk mencapai ekonomi sebenar dan memberi sokongan pembiayaan bagi merangsang permintaan domestik.

Pertumbuhan yang stabil di tengah-tengah kesukaran

Ekonomi China telah mengekalkan pertumbuhan yang stabil di tengah-tengah kemunculan semula COVID-19 pada tahun lalu.

Menurut NBS, KDNK negara ini mencapai paras tinggi sepanjang zaman iaitu 121 trilion yuan (kira-kira $17.95 trilion) pada tahun 2022, selepas melangkaui ambang 100 trilion yuan pada tahun 2020 dan 110 trilion yuan pada tahun 2021.

Sementara itu, output industri bernilai tambah meningkat sebanyak 3.6 peratus berbanding tahun sebelumnya. Khususnya, sektor-sektor pembuatan berteknologi tinggi dan pembuatan peralatan menunjukkan momentum pertumbuhan yang signifikan dengan nilai output masing-masing meningkat sebanak 7.4 peratus dan 5.6 peratus.

Biarpun dengan pelbagai cabaran sepanjang tiga tahun yang lalu, China telah mengekalkan kestabilan ekonominya. Ia merupakan salah satu daripada negara pertama di dunia yang menyambung semula kerja dan membuka semula perniagaan pada tahun 2020 dan merupakan satu-satunya ekonomi utama yang mengekalkan pertumbuhan positif pada tahun berkenaan.

"China telah berusaha untuk meminimumkan impak pandemik ke atas rantaian bekalannya dan operasi perniagaan," kata Profesor Liu Bin di China Institute for WTO Studies di bawah University of International Business and Economics di Beijing.

Bagi menstabilkan pertumbuhan ekonomi, China melaksanakan beberapa dasar termasuk menggerakkan dana untuk pelaburan infrastruktur, mengurangkan kos utiliti untuk entiti pasaran dan memberi bantuan kepada syarikat-syarikat yang terjejas teruk oleh pandemik bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Menurut Liu, pemulihan pertumbuhan ekonomi China dijangka menjadi lebih pantas berbanding dalam pasaran antarabangsa, yang penting untuk meningkatkan keyakinan dalam pemulihan ekonomi global.

Lantaran peranan besar China dalam perdagangan global, pemulihan ekonominya dapat menyuntik kevitalan ke dalam ekonomi global, kata Liu.

Data daripada Pentadbiran Am Kastam menunjukkan bahawa jumlah dagangan barangan China mencecah 42.07 trilion yuan (kira-kira $6.21 trilion) pada tahun 2022, menduduki tempat pertama di peringkat global untuk tahun keenam berturut-turut.

Di samping itu, data rasmi menunjukkan bahawa China telah mendahului dunia bagi eksport selama 14 tahun berturut-turut, menguasai 14.7 peratus pasaran eksport global.

"Selain daripada peranan penting yang dimainkan oleh China dalam perdagangan global, eksportnya juga banyak menyumbang kepada pertumbuhan KDNKnya," kata Bai Rangrang, profesor madya Jabatan Ekonomi Gunaan di Sekolah Pengurusan di bawah Fudan University.

"Sedikit sebanyak, ia mewujudkan jurang dalam kejatuhan penggunaan isi rumah dan pelaburan perniagaan pada tahun lalu," kata beliau, menyatakan bahawa faktor penting di sebalik hal ini ialah China telah membuka pintunya dengan lebih luas kepada dunia.

Analisis: Kebingkasan ekonomi China meningkatkan prospek pemulihan global ekonomi China menunjukkan tanda-tanda positif pada awal tahun 2023, dengan beberapa perkembangan mencadangkan keupayaannya untuk memacu pertumbuhan global. CGTN,China Global Television Network

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis