omniture

NetEase mengumumkan Pertandingan Fiksyen Peminat Permainan "Lord of the Rings"

NetEase Games
2023-03-30 08:54 20

GUANGZHOU, China, 30 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Permainan SLG yang dilancarkan oleh NetEase menganjurkan pertandingan fiksyen peminat untuk karakternya, Mathom Peddler, yang mana para pemenang akan menerima tiket pergi dan balik untuk untuk melawat set filem Hobbit di New Zealand.

The Lord of the Rings: Rise to War ialah permainan strategi waktu sebenar berlesen-Warner Bros yang bertempat di Bumi-tengah. Ia menawarkan peluang kepada pemain untuk memimpin wira Bumi-tengah bagi merampas tanah, bersaing untuk mendapatkan Cincin dan kemudian memerintah seluruh Bumi-tengah.

Para pemain boleh memilih untuk bermain sebagai Orang Halus dan Orang Kerdil, atau menyertai kuasa jahat Mordor dan meluaskan wilayah mereka bersama pemain daripada pihak yang sama. Tambahan pula, sebagai permainan berasaskan musim, pemain boleh memilih musim yang ingin dirasai pengalamannya dan bermain permainan tersebut di bawah pelbagai peraturan dan tetapan. Tidak lapuk dek zaman!

Untuk kualitinya yang luar biasa, permainan ini memenangi anugerah "Best of 2022" Google Play.


Pertandingan fiksyen peminat ini bertumpu sekitar Mathom House, latar dalam fiksyen asal. Ia merupakan sebuah bangunan yang serupa dengan muzium dan menempatkan objek serta keanehan yang jarang ditemui yang digelar oleh Hobbits sebagai "Mathom". Cerita-cerita tentang pemiliknya, Mathom Peddler telah lama diceritakan di Shire. Ada yang mendakwa bahawa Mathom House telah dibuka selama beberapa generasi, yang lain menggelar Mathom Peddler sebagai pengembara yang telah merentas seluruh Bumi-tengah dan ada juga yang mengatakan bahawa beliaulah dalang yang mengawal di sebalik semua kuasa utama di Bumi-tengah…

Gunakan imaginasi anda dengan latar dunia Bumi-tengah dan tuliskan sebuah cerita untuk Mathom Peddler! Lima pengirim terbaik akan diberikan tiket pergi dan balik ke New Zealand dan melawat Set Filem Hobbiton di Matamata, lokasi penggambaran filem-filem The Lord of the Rings (atau pilihan untuk menerima hadiah $2,000 dolar AS).

Latar Belakang NetEase Games

NetEase Games, bahagian permainan dalam talian NetEase, Inc. (NASDAQ: NTES dan HKEX: 9999), ialah pembangun global yang terkemuka dan penerbit IP permainan video merentas pelbagai genre dan platform. Pembangunan dan rangkaian penerbitan NetEase Games termasuk judul-judul seperti Knives Out, Harry Potter: Magic Awakened dan Naraka: Bladepoint, serta perkongsian dengan jenama-jenama hiburan utama seperti Warner Bros. dan Mojang AB (subsidiari Microsoft). NetEase Games turut menyokong pertumbuhan dan pembangunan studio-studio global yang inovatif di Kanada, Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.

 

Source: NetEase Games
Related Stocks:
HongKong:9999 NASDAQ:NTES
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Mobile Entertainment