omniture

Dow Lancar Platform Formulasi Salutan Digital Baharu: Paint Vision

Dow
2023-03-30 11:30 81
  • Mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI) dan keupayaan prediktif untuk mentransformasikan pembangunan produk, mempercepatkan inovasi dan memudahkan kolaborasi bersama pelanggan.

SHANGHAI, 30 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Dow (NYSE: Dow) baru-baru ini melancarkan platform formulasi cat digital baharu yang kini boleh digunakan di Asia Pasifik. DOW™ Paint Vision menawarkan keupayaan dipacu-data (data-driven) yang direkabentuk untuk mempermudah proses formulasi dan mempercepatkan inovasi dalam industri cat dan salutan.

Dow Lancar Platform Formulasi Salutan Digital Baharu: Paint Vision
Dow Lancar Platform Formulasi Salutan Digital Baharu: Paint Vision

Dow Paint Vision menggunakan teknologi terkini untuk mencipta formulasi baharu dalam masa beberapa minit sahaja. Platform ini menggabungkan kepakaran penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang terbina sejak berdekad-dekad lamanya dengan ribuan data yang dikumpul dari makmal-makmal Dow, dan menghubungkannya dengan trend terkini dalam kelestarian (sustainability) dan keperluan pengguna.

Paint Vision ialah platform perkhidmatan digital yang dibangunkan dan diterajui oleh para saintis Dow yang mampu membantu pengguna di setiap langkah sepanjang proses membangunkan solusi inovatif, dengan akses pantas kepada kajian terkini, sampel produk, sumber latihan dan banyak lagi termasuk:

  • Product Selector – pemilih produk termaju yang membolehkan perbandingan ramuan (ingredients comparison), menawarkan pusat-sehenti (one-stop centre) untuk data teknikal dan membolehkan pelanggan memesan sampel dengan hanya beberapa klik sahaja.
  • Paint Quality Studio, sebuah perpustakaan dalam talian yang mempunyai video latihan berkadar-sendiri (self-paced) yang membolehkan saintis baharu mempelajari sains di sebalik produk kami terus daripada pakar-pakar Dow.
  • Formulation Xpert, sebuah pengalaman imersif yang membolehkan pengguna merumuskan produk yang holistik untuk pasaran seni bina, memenuhi keperluan produk dan prestasi melalui proses formulasi yang berpandu.
  • Produk mampan yang memudahkan proses mencipta formulasi yang selamat, tahan lama dan berprestasi tinggi serta mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

"Formulasi yang baik bermula dengan semangat untuk meneroka" kata Dave Speece, pengarah komersial dari Dow Coating Materials, Asia Pasifik, "Kami mengintegrasikan platform digital untuk membina keupayaan baru yang meningkatkan inovasi dan mencipta nilai jangka panjang bagi pelanggan dan pasaran. Dengan Paint Vision, pembuat cat dapat menjimatkan masa penyelidikan dan latihan, dan meluangkan lebih banyak masa berinovasi. "

Ketahui lebih lanjut tentang platform baharu ini dan bagaimana ia mempercepatkan masa depan inovasi salutan di paintvision.dow.com.

Latar Belakang Dow

Dow (NYSE: DOW) menggabungkan keluasan global; integrasi aset dan skala; kepakaran sains Inovasi dan material yang berfokus; kedudukan perniagaan terkemuka; dan kepimpinan dalam aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus untuk mencapai pertumbuhan yang menguntungkan dan membantu merealisasikan masa depan yang mampan. Cita -cita Dow adalah untuk menjadi syarikat sains material yang paling inovatif, bertumpu-pelanggan, inklusif dan lestari di dunia. Portfolio plastik, perantaraan perindustrian (industrial intermediates), salutan dan silikon Dow menyediakan pelbagai produk dan penyelesaian berasaskan sains untuk pelanggan dalam segmen pasaran pertumbuhan tinggi seperti pembungkusan, infrastruktur, mobiliti dan aplikasi pengguna. Dow mengendalikan tapak pembuatan di 31 buah negara dan mempunya sekitar 37,800 orang kakitangan. Dow mencapai jualan kira -kira $57 bilion pada tahun 2022. Rujukan kepada Dow atau Syarikat merujuk kepada Dow Inc. dan anak -anak syarikatnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dow.com atau ikuti @Downewsroom di Twitter. 

Source: Dow
Related Stocks:
NYSE:DOW
Keywords: Chemical Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services