omniture

Galderma umum rancangan pengembangan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada profesional dan institusi penjagaan kesihatan di Malaysia

CETAPHIL
2023-03-30 20:39 29

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Galderma, syarikat dermatologi tulen, mengumumkan perubahan dalam operasi pemasarannya untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada komuniti pakar penjagaan kesihatan di Malaysia. Menerusi perkembangan ini, syarikat itu telah menubuhkan satu kumpulan kakitangan pemasaran, pakar produk dan wakil jenamanya sendiri untuk berinteraksi secara langsung dengan profesional dan institusi penjagaan kesihatan. Pemindahan aktiviti komersial (jualan dan pemasaran) syarikat itu daripada Zuellig Pharma Sdn Bhd berkuat kuasa sejak 1 Januari 2023.   

Galderma
Galderma

"Matlamat kami adalah untuk terus menyokong trajektori pertumbuhan kami yang kukuh dengan penambahbaikan tumpuan yang akan meningkatkan keupayaan kami untuk berinteraksi dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pakar penjagaan kesihatan kami. Tahun ini, Galderma akan memberi tumpuan kepada usaha meluaskan lagi sesi libat urus dengan profesional penjagaan kesihatan yang memiliki kepakaran dalam bidang sains dermatologi."

"Rancangan pengembangan ini selaras dengan strategi perniagaan syarikat untuk terus mengembangkan portfolio sinergi jenama-jenama perdananya,, yang berasaskan sains agar sepadan dengan keperluan pengguna dan pesakit dengan hasil yang mengagumkan. Di Galderma, kami memahami bahawa kulit kita mencorak kehidupan kita. Kami memajukan dermatologi untuk semua jenis kulit." Cindy tiu, Pengurus negara, GALDERMA MALAYSIA

Galderma Malaysia menyediakan portfolio produk yang menyeluruh termasuk Cetaphil® (jenama penjagaan kulit dermatologi #1 di Malaysia), Epiduo®, Differin®, Restylane®, Sculptra®, Tri-Luma®, Benzac®, Retacnyl®, Rozex®, Loceryl®, Clobex®.

Pengumuman pengembangan ini adalah sebahagian daripada fasa pertumbuhan Galderma yang seterusnya untuk Malaysia.

Pada tahun 2022, Galderma menyampaikan prestasi kukuh di peringkat global dengan pertumbuhan jualan bersih 13.9% tahun ke tahun pada asas mata wang yang berterusan, didorong oleh inovasi dan prestasi komersial. Momentum pertumbuhan yang mampan itu didorong oleh prestasi kukuh bertusuan dalam dua unit perniagaannya iaitu Suntikan Estetik dan Penjagaan Kulit Dermatologi[1].

Galderma menyampaikan portfolio inovatif berasaskan sains bagi jenama dan perkhidmatan premium yang merangkumi spektrum penuh pasaran dermatologi yang kini berkembang pesat. Portfolio rangkaian produk anti jerawat adalah pilihan nombor satu rasmi di seluruh dunia[2]. Selain daripada itu, Galderma juga terkenal kerana kepelbagaian portfolio teknologi suntikannya dengan inovasi estetik selama lebih dua dekad dan pengalaman daripada lebih 85 juta rawatan di seluruh dunia. Penyelidikan saintifik turut menjadi asas kepada unit dermo-kosmetik jenama itu, dengan data klinikal yang terbukti menunjukkan bahawa formula Cetaphil berupaya melindungi kulit daripada lima tanda kulit sensitif (kekeringan, kekasaran, kerengsaan, ketegangan dan pelindung kulit yang lemah) dan membantu memulihkan dan membina semula pelindung kelembapan kulit.

[1] Galderma. Galderma delivers strong FY 2022 growth driven by innovation and commercial performance. 13 Mac 2023.

[2] Based on internal analysis by Galderma using data from the following source: IQVIA: MIDAS® Global Quarterly, Q2 2022, ATC: D10 ANTI-ACNE PREPARATIONS, 75 countries, for the time period MAT Q2 2022 reflecting estimates of real-world activity. Copyright IQVIA. All rights reserved.

Source: CETAPHIL
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Corporate Expansion