Topik-topik hangat ESG, rantaian bekalan dan teknologi hijau mendorong peningkatan
HONG KONG, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- PR Newswire, sebuah syarikat Cision dan penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar, mengumumkan pada hari ini perniagaan di rantau Asia Pasifik kekal aktif dalam kempen komunikasi mereka, biarpun dengan persekitaran global yang mencabar. Menurut data terkini daripada PR Newswire, terdapat lebih daripada 75,000 siaran akhbar diedarkan pada tahun lalu, satu peningkatan sebanyak 7% berbanding tahun 2021. Jumlah siaran akhbar berkaitan ESG melonjak lebih dua kali ganda, manakala siaran akhbar daripada sektor teknologi kewangan melonjak lebih daripada 250%. Di samping itu, siaran akhbar tentang teknologi Hijau, satu lagi topik yang popular, meningkat sebanyak 40% sepanjang tahun lalu. Siaran akhbar melibatkan tema-tema penting seperti Rantaian Bekalan, Teknologi Hijau, Kemampanan, Web3 serta pemulihan perjalanan serta pelancongan global dalam suku keempat muncul sebagai topik-topik hangat.
Sorotan Trend PR Newswire:
"Tatkala dunia cuba untuk bangkit daripada pandemik Covid-19 dan menghapuskan pelbagai sekatan perjalanan, dijangkakan bahawa aktiviti perniagaan dan komunikasi perniagaan antarabangsa akan terus pulih bagi membawa peluang pertumbuhan baharu untuk pelbagai sektor," kata Lynn Liu, Ketua Bahagian Pembangunan Audiens dan Perkhidmatan Pengedaran di PR Newswire APAC. "Kami berharap dapat membantu lebih banyak perniagaan dan organisasi menceritakan kisah mereka kepada dunia pada tahun 2023."
Latar Belakang PR Newswire
PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd., ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik. Kunjungi www.cision.asia untuk maklumat lanjut.
Latar Belakang Cision
Cision ialah platform kecerdasan dan komunikasi pengguna serta media komprehensif yang membolehkan golongan profesional perhubungan awam, pemasaran dan komunikasi di serata dunia memahami, mempengaruhi dan memperkuat kisah-kisah mereka. Sebagai peneraju pasaran, Cision membolehkan generasi pemimpin yang seterusnya beroperasi secara strategik dalam landskap media moden yang mana kejayaan syarikat ini dipengaruhi secara langsung oleh pendapat awam. Cision mempunyai pejabat di 24 negara merentas wilayah Amerika, EMEA dan APAC serta menawarkan suit penyelesaian yang terbaik dalam kelas, termasuk PR Newswire, Brandwatch, Cision Communications Cloud® dan Cision Insights. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.cision.com dan ikuti @Cision di Twitter.