omniture

PR Newswire Menyaksikan Pertumbuhan 7% dalam Edaran Siaran Akhbar Asia-Pasifik

PR Newswire
2023-03-31 09:54 80

Topik-topik hangat ESG, rantaian bekalan dan teknologi hijau mendorong peningkatan 

HONG KONG, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- PR Newswire, sebuah syarikat Cision dan penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar, mengumumkan pada hari ini perniagaan di rantau Asia Pasifik kekal aktif dalam kempen komunikasi mereka, biarpun dengan persekitaran global yang mencabar. Menurut data terkini daripada PR Newswire, terdapat lebih daripada 75,000 siaran akhbar diedarkan pada tahun lalu, satu peningkatan sebanyak 7% berbanding tahun 2021. Jumlah siaran akhbar berkaitan ESG melonjak lebih dua kali ganda, manakala siaran akhbar daripada sektor teknologi kewangan melonjak lebih daripada 250%. Di samping itu, siaran akhbar tentang teknologi Hijau, satu lagi topik yang popular, meningkat sebanyak 40% sepanjang tahun lalu. Siaran akhbar melibatkan tema-tema penting seperti Rantaian Bekalan, Teknologi Hijau, Kemampanan, Web3 serta pemulihan perjalanan serta pelancongan global dalam suku keempat muncul sebagai topik-topik hangat.

Gambaran Keseluruhan Edaran Siaran Akhbar 2022
Gambaran Keseluruhan Edaran Siaran Akhbar 2022

Sorotan Trend PR Newswire:

  • Pameran Perdagangan dan Pameran: Acara-acara utama seperti Pameran Elektronik Pengguna (CES), Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) dan Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan merancakkan semula siaran akhbar yang dikaitkan dengan acara-acara di rantau Asia-Pasifik, tidak termasuk tanah besar China yang meningkat sebanyak 34%. Pengedaran turut mencapai kemuncak dengan lebih daripada 200 siaran akhbar setiap hari, peningkatan hampir 100% berbanding tahun sebelumnya.
  • Farmaseutikal dan Penjagaan Kesihatan: Aktiviti perniagaan sebahagian besarnya diabaikan memandangkan pandemik menjurus syarikat-syarikat ke arah menyiarkan tentang ubat-ubatan yang baru dibangunkan serta percubaan klinikal dengan output meningkat sebanyak 21% pada November semasa Ekspo Import Antarabangsa China.
  • Klik di sini untuk memasukkan teks. Rantaian Bekalan dan Krisis Tenaga: "Rantaian bekalan" ternyata menjadi salah satu topik siaran akhbar yang paling popular pada tahun 2022, dimasukkan ke dalam lebih daripada 3,200 siaran akhbar. Perbincangan tentang penggunaan minyak dan krisis tenaga menghasilkan peningkatan 13% dalam siaran akhbar yang berkaitan, manakala tenaga alternatif dan kenderaan hijau meningkat 16%.
  • Penggabungan dan Pemerolehan: Ketidaktentuan ekonomi menyebabkan pengumuman menurun sebanyak 20% berbanding tahun sebelumnya. Namun begitu, terdapat pertumbuhan sebanyak 30% dalam siaran akhbar yang memfokuskan kepada "pengembangan perniagaan".
  • Perniagaan berkaitan-Pelancongan: Semakin banyak syarikat melancarkan produk dan perkhidmatan baharu untuk meningkatkan penggunaan, menghasilkan 28% siaran akhbar yang lebih relevan berbanding tahun sebelumnya. Meskipun terdapat 6% penurunan dalam siaran akhbar berkaitan pelancongan dan perhotelan, aktiviti luar dan perkhemahan melonjak sebanyak 80% memandangkan aktiviti-aktiviti ini meningkat semasa pandemik di tanah besar China.

Gambaran Keseluruhan Siaran Akhbar mengikut Industri 2022
Gambaran Keseluruhan Siaran Akhbar mengikut Industri 2022

"Tatkala dunia cuba untuk bangkit daripada pandemik Covid-19 dan menghapuskan pelbagai sekatan perjalanan, dijangkakan bahawa aktiviti perniagaan dan komunikasi perniagaan antarabangsa akan terus pulih bagi membawa peluang pertumbuhan baharu untuk pelbagai sektor," kata Lynn Liu, Ketua Bahagian Pembangunan Audiens dan Perkhidmatan Pengedaran di PR Newswire APAC. "Kami berharap dapat membantu lebih banyak perniagaan dan organisasi menceritakan kisah mereka kepada dunia pada tahun 2023."

Latar Belakang PR Newswire 

PR Newswire, sebuah syarikat Cision Ltd., ialah penyedia global yang terkemuka bagi pengedaran berita serta perisian dan perkhidmatan media reputasi wajar. Dengan penggunaan suit produk komunikasi berasaskan awan Cision, perkhidmatan PR Newswire membolehkan pemasar, komunikator korporat dan pegawai perhubungan pelabur mengenal pasti golongan berpengaruh utama, melibatkan audiens sasaran, mencipta dan mengedarkan kandungan strategik serta mengukur impak yang bermakna. Menggabungkan rangkaian penyebaran kandungan berbilang saluran, berbilang budaya yang terbesar di dunia dengan alatan dan platform aliran kerja yang komprehensif, PR Newswire memperkasa kisah-kisah organisasi-organisasi di seluruh dunia. PR Newswire menawarkan perkhidmatan kepada puluhan ribu pelanggan dari pejabat-pejabat di wilayah Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia-Pasifik. Kunjungi www.cision.asia untuk maklumat lanjut.

Latar Belakang Cision 

Cision ialah platform kecerdasan dan komunikasi pengguna serta media komprehensif yang membolehkan golongan profesional perhubungan awam, pemasaran dan komunikasi di serata dunia memahami, mempengaruhi dan memperkuat kisah-kisah mereka. Sebagai peneraju pasaran, Cision membolehkan generasi pemimpin yang seterusnya beroperasi secara strategik dalam landskap media moden yang mana kejayaan syarikat ini dipengaruhi secara langsung oleh pendapat awam. Cision mempunyai pejabat di 24 negara merentas wilayah Amerika, EMEA dan APAC serta menawarkan suit penyelesaian yang terbaik dalam kelas, termasuk PR Newswire, Brandwatch, Cision Communications Cloud® dan Cision Insights. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi www.cision.com dan ikuti @Cision di Twitter.


Source: PR Newswire
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Sales reports