omniture

In2IT EBS Lantik Rajat Kapoor Sebagai Presiden Asia Tenggara Untuk Pimpin Usaha Pengembangan Asia Tenggara

In2IT EBS
2023-03-31 11:22 21

SINGAPURA, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Penyedia khidmat runding dan perkhidmatan IT India yang terkemuka, In2IT EBS, mengumumkan pelantikan Rajat Kapoor sebagai Presiden Asia Tenggara syarikat ini. Dengan pengalaman selama 20 tahun dalam industri-industri teknologi India mahupun Singapura, Rajat akan memimpin operasi dan pengurusan In2IT EBS di Singapura serta memacu pertumbuhan syarikat ini di rantau Asia Tenggara.

"Tempoh Rajat bersama syarikat-syarikat teknologi tahap tertinggi seperti Gloat, Oracle, IBM dan PeopleSoft memberi pemahaman yang mendalam dan berharga kepada beliau tentang pasaran teknologi SEA. Di samping itu, tempoh perkhidmatan beliau sebagai Pengarah Rantau Asia Tenggara SAP SuccessFactors bagi Khidmat Nasihat Penyelesaian HXM memberi pengalaman kepimpinan yang luas kepada beliau dalam industri teknologi, seraya menjadikan beliau penting dalam menerajui usaha pertumbuhan SEA kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan In2IT EBS, Parichay Joshi.

Sebagai salah satu penyedia khidmat runding dan perkhidmatan IT yang terkemuka di Asia, pengembangan In2IT EBS ke Singapura cuba untuk memanfaatkan permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian perisian perusahaan, terutamanya tatkala perniagaan di rantau SEA menggiatkan usaha pendigitalisan mereka. Di samping itu, In2IT EBS juga berusaha untuk memanfaatkan himpunan sumber perundingan rantau ini yang semakin meluas bagi membangunkan penyelesaian digital yang lebih bersifat setempat.

Bekerjasama dengan SAP merentas pelbagai negara, In2IT EBS mengukuhkan kedudukannya untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dan menyediakan penyelesaian transformasi digital perusahaan yang memacu pertumbuhan dan kejayaan perniagaan. In2IT EBS meliputi seluruh portfolio SAP dan mempunyai pelanggan dalam industri-industri seperti Automotif, Perkhidmatan Profesional, Peruncitan, Pembuatan, Pembangunan Hartanah dan EPC (Kejuruteraan, perolehan dan pembinaan), telahpun menggunakan penyelesaian SAP seperti S4HANA RISE, SuccessFactors, Concur dan Ariba.

"Saya berasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada keluarga In2IT EBS yang terus berkembang. Saya berharap dapat membantu pelanggan kami dalam perjalanan transformasi digital mereka serta membantu mereka mencapai realisasi nilai daripada pelaburan SAP mereka," kata Rajat Kapoor, Presiden Asia Tenggara, In2IT EBS.

Ketika ini, pasukan In2IT EBS telahpun menubuhkan pejabat Singapura mereka, dengan rancangan untuk menubuhkan pejabat tempatan tambahan di Malaysia dan juga Filipina.

 

 

Source: In2IT EBS
Keywords: Internet Technology Telecommunications Personnel announcements