omniture

Huawei dan bKash Perkukuh Perkongsian untuk Memperdalam Rangkuman Kewangan di Bangladesh bagi Menyokong SDG

Huawei
2023-03-31 15:53 44

DHAKA, Bangladesh, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Huawei dan bKash bersetuju untuk memperdalam perkongsian di Bangladesh, bagi memacu selanjutnya rangkuman kewangan dan membolehkan lebih ramai orang mengambil bahagian dan mendapat faedah daripada ekonomi digital di negara ini. bKash, operator pembayaran mudah alih terbesar Bangladesh, menyediakan perkhidmatan kewangan mudah alih kepada 68 juta orang, menampung keperluan setiap keluarga di Bangladesh. Huawei memperkasa perkhidmatan bKash menerusi penyelesaian kewangan digitalnya yang canggih.

Wakil-wakil daripada Huawei Bangladesh dan bKash menandatangani MOU.
Wakil-wakil daripada Huawei Bangladesh dan bKash menandatangani MOU.

Bagi membawa perjalanan ini ke hadapan, Pan Junfeng, Presiden Huawei Wilayah Asia Selatan & Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Bangladesh serta Kamal Quadir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bKash telahpun menandatangani MoU di Huawei Bangladesh Academy pada hari Rabu, 29 Mac 2023 di Dhaka.

Berucap di majlis menandatangani MoU yang bertajuk "Teknologi Kewangan Pintar: Bangladesh Inklusif. Inovatif. Menginspirasikan", Kamal Quadir, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bKash menekankan kepentingan perkongsian ini.

"Rangkuman kewangan dan perkhidmatan inklusif telahpun menjadi sebahagian daripada DNA bKash sejak penubuhannya pada tahun 2011. Selepas kemunculan revolusi perindustrian keempat, kami berusaha tanpa mengenal penat lelah menuju ekosistem kewangan digital dan menjadi Negara Pintar (Smart Nation). Usaha bersama antara bKash dan Huawei bertujuan untuk memacu rangkuman kewangan dan membasmi kemiskinan untuk SDG dengan penyelesaian yang inovatif," kata Kamal.

Sejak pembangunan produk Teknologi Kewangan semasa, Huawei memasang atur platformnya merentas lebih 30 pasaran di Asia dan Afrika. Secara keseluruhan, penyelesaian Teknologi Kewangan Huawei digunakan oleh lebih 400 juta orang di seluruh dunia.

Pan Junfeng, Presiden, Huawei Wilayah Asia Selatan & Ketua Pegawai Eksekutif, Huawei Bangladesh berkata bahawa perkongsian yang diperkukuh antara Huawei dan bKash di Bangladesh bertujuan untuk memacu rangkuman digital di negara ini.

"Sejak tahun 2017, Huawei telah bekerjasama erat dengan bKash dalam mendigitalkan MFSnya menerusi platform Mobile Money yang utama. Platform ini menawarkan perkhidmatan seperti e-dompet dan pinjaman-Nano, membawakan rangkuman kewangan dan inovasi kepada masyarakat setempat. Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperdalam perkongsian kami untuk memperkasa dan mengupayakan lebih ramai orang di Bangladesh merebut faedah ekonomi digital demi pembangunan. Saya percaya perkongsian kami akan memacu pertumbuhan ekonomi digital di Bangladesh, memberikan contoh yang hebat kepada negara-negara EM lain di rantau ini apabila melibatkan rangkuman kewangan," kata Pan.

Berucap di acara tersebut, Sarder M Asaduzzaman, Penolong Perwakilan Residen Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengetengahkan sumbangan MFS dalam pembangunan dan dalam mencapai sasaran SDG, "Inisiatif ini: teknologi kewangan pintar membawakan Bangladesh yang inklusif, inovatif dan memberi inspirasi, membawa beban dan pandangan yang berat. Saya percaya kedua-dua Huawei dan bKash bersetuju dan sedang mengusahakannya. Perkongsian lanjut mereka akan mengukuhkan seluruh inisiatif."

"SDG ialah matlamat akhir, ia merupakan titik di mana kami ingin berada pada tahun 2030-an. Kami berada di atas landasan itu dan perkongsian Teknologi Kewangan Pintar ini merupakan wahana yang akan memandu kami ke sana," kata Cik Susan Vize, Pegawai Penjaga Pejabat Dhaka Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Contracts Financial Technology