omniture

Keputusan Didedahkan: Pertandingan Pic Global PHBS-CJBS 2022 Diadakan di Shenzhen

Peking University HSBC Business School
2023-03-31 16:25 86

SHENZHEN, China, 31 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Peringkat Akhir Utama bagi Pertandingan Pic Global PHBS-CJBS 2022 telahpun diadakan baru-baru ini di China-Britain Institute of Qianhai, Shenzhen. Acara ini menarik minat ribuan pelabur, usahawan syarikat pemula dan audiens, baik di lapangan mahupun secara dalam talian. Pertandingan ini melibatkan hampir 200 syarikat pemula berkualiti tinggi di seluruh dunia dalam pelbagai bidang seperti perubatan dan penjagaan kesihatan, industri cip dan semikonduktor, teknologi terkemuka, tenaga dan perlindungan alam sekitar, SaaS dan perkhidmatan perusahaan serta produk budaya dan kreatif.

Pertandingan Peringkat Akhir
Pertandingan Peringkat Akhir

Sejumlah 8 syarikat pemula domestik dan 2 syarikat pemula antarabangsa berjaya mara ke pusingan akhir melalui satu siri sesi pic yang kompetitif dan 13 jerayawara sepanjang tahun lalu. Dalam pusingan akhir pada sebelah petang, seorang wakil daripada setiap pasukan mempunyai masa selam 10 minit untuk membentangkan rancangan perniagaan kumpulan kepada panel hakim yang dihormati, terdiri daripada ilmuwan, pelabur dan usahawan yang kemudiannya disusuli dengan sesi Soal Jawab selama 5 minit.

Selepas persaingan yang sengit, hadiah pertama dimenangi oleh LaSense Technology (Shenzhen) Limited. RuoxinTech Co., Ltd dan ZRD New Energy Co., Ltd memenangi hadiah kedua. Shutang Information Technology (Shenzhen) Co., LTD, LIANFENG ACOUSTIC TECHNOLOGIES CO., LTD., Shenzhen HoloEpoch Media Technology Co., Ltd, CCCulture, dan Ciyunge Medical Technology Co., Ltd, memenangi hadiah ketiga. Dua syarikat pemula antarabangsa NEURONSPIKE dan Design with FRANK memenangi Anugerah Syarikat Pemula Cemerlang. Susulan pertandingan ini, Forum Keusahawanan dan Modal Usaha Niaga Kawasan Teluk Lebih Besar membawakan ucaptama yang disampaikan oleh usahawan dan pelabur tersohor dan melibatkan topik-topik seperti trend inovasi, keusahawanan dan modal usaha niaga serta pembinaan pemimpin yang inovatif.

Dimulakan pada tahun 2020, Pertandingan Pic Global PHBS-CJBS mendapat sokongan tinggi daripada Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Perbandaran Shenzhen, Jawatankuasa Inovasi Sains dan Teknologi serta banyak institusi modal usaha niaga yang terkenal, inkubator, institut penyelidikan saintifik dan pemimpin industri. Hai Wen, naib pengerusi Peking University Council dan dekan pengasas PHBS, menyatakan bahawa kejayaan pertandingan ini mencerminkan usaha sekolah ini dalam mempromosikan inovasi Kawasan Teluk Lebih Besar dan memudahkan pembinaan ekosistem yang bersifat keusahawanan dan inovatif.

Majlis pelancaran Pertandingan Pic Global PHBS-CJBS 2023 telahpun diadakan pada penghujung acara. Dengan tema "Perniagaan Memperkasa Inovasi Teknologi," ia akan memfokuskan kepada kecerdasan buatan, kesihatan perubatan, pembuatan pintar, cip dan semikonduktor, bahan baharu dan teknologi pengeksportan. Bagi penyertaan dalam pertandingan tahun ini, hubungi kami: competition@phbs.pku.edu.cn atau daftar program anda: https://jinshuju.net/f/bYTXNsl

Source: Peking University HSBC Business School
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Awards