omniture

Tianlong Umum Pelancaran Global Pengekstrak Asid Nukleik GeneFlex dan Sistem PCR Masa sebenar Gentier mini+

Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
2023-04-03 11:32 17

Menampilkan kefleksibelan dan kemudahalihan, kedua-dua produk ini sesuai untuk makmal kecil atau keperluan ujian di lapangan

XI'AN, China, 3 April 2023 /PRNewswire/ -- Tianlong, sebuah syarikat teknologi tinggi inovatif yang mengkhusus dalam produk diagnostik molekular, mengumumkan pelancaran global dua produk baharu, Pengekstrak Asid Nukleik GeneFlex dan Sistem PCR Masa sebenar Gentier mini+. Menampilkan reka bentuk kompak dan ciri kemudahalihan, ia dapat menyediakan kepada penyelidik dan doktor dengan alatan yang andal dan cekap untuk pengekstrakan asid nukleik dan aplikasi PCR masa sebenar.

"Kami tahu bahawa sisa pemprosesan dan kekurangan ruang merupakan dua kebimbangan biasa untuk banyak makmal dan operator klinikal maka Tianlong mengukuhkan kedudukan kami dengan baik untuk peningkatan permintaan yang akan berlaku bagi daya pemprosesan fleksibel. Sehubungan itu, kami membangunkan GeneFlex16, yang dapat membentuk 16 x n pemprosesan berbeza secara fleksibel yang memenuhi keperluan pengekstrakan serentak pelbagai projek tanpa campur tangan bersama, seterusnya meningkatkan dengan ketara kecekapan pengekstrakan," kata Li Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Tianlong.

Berdasarkan kepada teknologi berpaten proprietari Tianlong, Pengekstrak Asid Nukleik GeneFlex yang memenangi German Red Dot Design Award 2021 direka bentuk untuk menyediakan daya pemprosesan fleksibel untuk penyelidik dan doktor.

Pengekstrak Asid Nukleik Automatik GeneFlex Tianlong
Pengekstrak Asid Nukleik Automatik GeneFlex Tianlong

Pengekstrak Asid Nukleik GeneFlex turut menampilkan:

  • isipadu pemprosesan maksimum ialah 1700μL; isipadu pemprosesan sampel ialah 200μL -500μL; isipadu sampel lebih besar yang mengupayakan hasil asid nukleik yang lebih tinggi;
  • kawalan suhu yang tepat dengan julat 30°C-120°C, kelajuan pemanasan 4°±0.2°C/s, ketepatan suhu ±1°C dan keseragaman suhu ≤1.0°C. Ini membolehkan penyelidik mencapai keputusan yang boleh dihasilkan semula dengan ketepatan tinggi.

Sistem PCR Masa Sebenar Gentier mini+ ialah instrumen yang kompak dan mudah dibawa direka bentuk untuk pengesanan dan pencegahan penyakit haiwan, penyakit berjangkit, keselamatan makanan dan aplikasi penyelidikan saintifik. Peranti yang ringan ini sesuai digunakan dalam makmal bergerak, makmal kecil atau keperluan ujian di lapangan kerana ia tidak mengambil ruang yang banyak. Instrumen ini dilengkapi dengan pelbagai saluran pendarfluor dan kadar pemanasan dan penyejukan pantas, yang mengurangkan dengan ketara tempoh eksperimen. Dengan ciri-ciri termaju dan kemudahalihan, Sistem PCR Masa sebenar Gentier mini+ Tianlong merevolusikan dan menyelesaikan masalah ruang terhad dan sampel terpecah-pecah di dalam makmal, memastikan kemudahan penggunaan dengan ketepatan dan kecekapan yang lebih tinggi.

Sistem PCR Masa Sebenar Gentier mini+ Tianlong
Sistem PCR Masa Sebenar Gentier mini+ Tianlong

Sorotan Sistem PCR Masa Sebenar Gentier mini+

  • reka bentuknya yang ringan hanya seberat 3.2kg, menjadikannya mudah dibawa dan sesuai digunakan dalam makmal bergerak, makmal kecil atau keperluan ujian di lapangan;
  • skrin sentuh LCD warna penuh 7 inci mesra pengguna;
  • mampu mengimbas pendarfluor lengkap semua 16 telaga dalam 1 saat, meningkatkan kecekapan untuk golongan profesional makmal;
  • menawarkan pelbagai kaedah kesalinghubungan, termasuk port rangkaian, USB dan Wi-Fi, menyediakan kepada penyelidik dengan kefleksibelan dan kemudahan apabila memindahkan data atau mengawal instrumen dari jauh.

Li Zheng, Pengarah R&D Instrumen Tianlong berkata: "Gentier mini+ mempunyai pelbagai saluran pendarfluor yang serasi dengan lebih banyak reagen, terutamanya reagen berbilang sasaran dan mempunyai kadar pemanasan dan penyejukan pantas, yang memendekkan masa eksperimen. Satu sorotan ialah penerimaan sumber cahaya LED tanpa penyelenggaraan untuk pengimbasan pendarfluor."

Menerusi pelancaran Pengekstrak Asid Nukleik GeneFlex dan Sistem PCR Masa Sebenar Gentier mini+, Tianlong menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu untuk lebih ramai penyelidik dan ahli profesional klinikal di serata dunia. Kedua-dua instrumen ini kecil, mudah dibawa dan direka bentuk khas untuk makmal bergerak, makmal kecil atau keperluan ujian di lapangan. Dipadankan dengan pelbagai reagen pengekstrakan dan reagen PCR daripada Tianlong, instrumen pengekstrakan GeneFlex, digandingkan dengan instrumen PCR Gentier mini+, boleh diaplikasikan kepada pelbagai item pengesanan termasuk pengesanan genetik, pernafasan dan penyakit darah.

Latar Belakang Tianlong

Tianlong ialah sebuah syarikat teknologi-tinggi inovatif yang mengkhusus dalam produk diagnostik molekular di China. Sejak penubuhannya pada tahun 1997, Tianlong menumpukan perhatiannya untuk menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu kepada golongan profesional seluruh dunia. Kami mempunyai rangkaian produk yang luas bermula daripada peranti hingga reagen, termasuk pengekstrak asid nukleik, Sistem PCR masa sebenar, Sistem diagnosis molekular semua-dalam-satu, sistem pemprosesan sampel, sistem pengendalian cecair dan 300 jenis reagen yang serasi.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Tianlong dan halamannya di LinkedInFacebook dan Twitter.

Untuk pertanyaan maklumat produk dan korporat, sila hubungi inquiry@medtl.com.

 

Source: Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
Keywords: Biotechnology Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment New products/services