LONDON, 3 April 2023 /PRNewswire/ -- ClassIn, peneraju industri Teknologi Pendidikan (EdTech), mengagumkan para pendidik global dengan Penyelesaian Pembelajaran Hibridnya yang revolusioner di Pameran Latihan dan Teknologi Pendidikan (British Educational Training and Technology Show, BETT), London. Di pameran teknologi pendidikan yang terbesar di dunia itu yang berlangsung mulai 29 Mac hingga 31 Mac, para pengunjung memuji penyelesaian kedai-sehenti unikorn EdTech untuk pembelajaran maya dan hibrid, menggelarnya "pendekatan yang hebat terhadap persekitaran pembelajaran interaktif."
Ditubuhkan pada tahun 2014, ClassIn merupakan peneraju dunia bagi penyelesaian pembelajaran hibrid. Komited untuk memajukan kesamarataan pendidikan dan menerapkan keindahan ke dalam pengajaran harian melalui kuasa teknologi, ClassIn membangunkan rangkaian produk canggih termasuk ClassIn, bilik darjah maya yang paling berkuasa, TeacherIn, platform kolaborasi dan penerbitan perisian kursus dan ClassIn X, suit Internet Pelbagai Benda buatan khas untuk mentransformasikan bilik darjah tradisional, fizikal menjadi bilik darjah pintar, didigitalkan untuk semua modaliti pembelajaran hibrid dan campuran.
Semasa pandemik COVID, para guru dan pelajar terpaksa menggunakan aplikasi persidangan, dicipta terutamanya untuk persekitaran korporat, bagi menyampaikan pelajaran, hanya mendapati ia tidak mencukupi. Guru-guru berhadapan dengan tahap penglibatan pelajar yang rendah, perlindungan privasi bilik darjah yang terhad dan pengalaman kolaboratif yang sukar ekoran penggunaan perkongsian skrin yang kerap dan alatan papan putih bukan natif. Pemimpin dan pentadbir sekolah terganggu oleh ketidakfleksibelan penjadualan, manakala pelajar mendapati mengulang kaji pelajaran adalah hampir mustahil kerana pelajaran dalam talian yang diajar pada aplikasi persidangan hanya boleh direkod sebagai fail video setempat yang besar dan menggunakan terlalu banyak data untuk melihatnya.
Tatkala sekolah-sekolah beradaptasi terhadap era pasca-COVID, yang mana kelas memerlukan kolaborasi dalam-talian-ke-luar-talian, di-dalam dan luar-kampus yang ekstensif, ClassIn merupakan penyelesaian luar biasa untuk dipertimbangkan. ClassIn 5.0, dilancarkan pada Februari 2023, dibina untuk mengendalikan modaliti maya, hibrid dan bercampur serta boleh menandingi sebarang alatan persidangan berhubung keupayaan audio-visual strim langsung. Ia dapat menampung sehingga 2,000 pelajar dalam sebuah bilik darjah maya, membolehkan mereka berinteraksi dengan satu sama lain dalam bilik sampingan atau melalui kit makmal maya dan membolehkan berjuta-juta lagi pelajar melihat strim langsung sesi bersama-sama.
Dengan lebih 20 alatan mengajar interaktif, ClassIn dapat meningkatkan penglibatan dengan signifikan. Dengan nod pelayan teragih di lebih 200 lokasi seluruh dunia, kependaman tinggi tidak lagi menjadi kebimbangan. Papan pemuka pentadbiran menyelaraskan pengurusan sekolah, mengupayakan perancangan pelajaran kelompok dan menghasilkan laporan kaya data yang menunjukkan penyertaan pelajar semasa dan selepas kelas. Rakaman kursus automatik dan main balik atas-awan memungkinkan untuk pelajar memperibadikan laluan pembelajaran mereka. Dengan khidmat pelanggan 24/7 pada aplikasi pemesejan arus perdana, pembelajaran pengguna ClassIn tidak pernah berhenti. Tidak seperti penyelesaian persidangan yang menawarkan perkhidmatan terutamanya untuk pelanggan korporat, produk ClassIn direka bentuk secara eksklusif untuk memenuhi keperluan berkaitan pembelajaran.
Pameran BETT 2023 ClassIn mengagumkan para pendidik global dengan penyelesaian bilik darah hibridnya yang memudahkan pengalaman pembelajaran berasaskan kecekapan dan bertumpukan pelajar. Pengunjung pameran itu gembira apabila mengetahui bahawa walau apapun peranan mereka di institusi mereka, ClassIn bersedia membantu dan membawa perubahan.
Setakat ini, ClassIn telah menjadi persekitaran pembelajaran pilihan untuk lebih 60,000 sekolah dan syarikat latihan, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 50 juta guru dan pelajar dari lebih 160 negara. Ia tekal menunjukkan pertumbuhan pesat di China dan Asia Tenggara sepanjang dekad yang lalu dan kini sedang aktif memupuk rakan pemula EdTech di seluruh dunia. Penyedia LMS, penerbit kurikulum, penyedia penilaian, universiti elit dan sekolah K12 kesemuanya menganggap ClassIn sebagai rakan peringkat infrastruktur yang andal. Dengan kemunculan sulung BETT 2023nya, ClassIn mengumumkan cita-citanya yang lebih besar dan lebih global bagi memperkasa pendidikan dalam talian.