omniture

Xinhua Silk Road: FTP Hainan menyediakan pentas luas untuk perniagaan asing terlibat secara mendalam menerusi keterbukaan China

Xinhua Silk Road
2023-04-05 17:16 72

BEIJING, 5 April 2023 /PRNewswire/ -- Dengan pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan (FTP) yang sedang berjalan rancak, semakin ramai rakan kongsi antarabangsa menyaksikan dan mengambil bahagian secara mendalam menerusi pembangunan dan transformasi FTP Hainan.

The Boao Forum for Asia (BFA) International Conference Center in Boao, south China's Hainan Province
The Boao Forum for Asia (BFA) International Conference Center in Boao, south China's Hainan Province

Di Persidangan Tahunan Forum Boao untuk Asia 2023 yang baru sahaja melabuhkan tirai, diadakan di Hainan, peluang kerjasama yang dibawa oleh pembinaan FTP Hainan sekali lagi menjadi topik yang hangat dibincangkan di forum tersebut.

Pada tahun 2020, China mengeluarkan satu pelan induk untuk membangunkan seluruh Pulau Hainan menjadi pelabuhan perdagangan bebas yang berpengaruh dan bertaraf tinggi di peringkat global menjelang pertengahan abad ini. Sejak itu, beberapa dasar yang menggalakkan telahpun dikeluarkan untuk menyokong pembangunan FTP Hainan, termasuk tarif sifar serta pelonggaran akses pasaran dan pelaburan asing.

Hainan sedang berusaha untuk membimbing ibu pejabat serantau syarikat-syarikat multinasional untuk bertapak di sini, sambil melaksanakan strategi "keluar" untuk perusahaan tempatan serta mempercepatkan pengembangan global mereka.

Difahamkan bahawa ketika ini, Hainan sedang membina beberapa logistik rantaian sejuk dan pusat perdagangan untuk memproses dan menyimpan hasil pertanian tropika untuk Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi mengukuhkan hubungan antara dua pasaran produk tropika.

ASEAN telah menjadi rakan dagangan asing terbesar Hainan. Pada tahun 2022, perdagangan antara Hainan dan ASEAN berjumlah 39.54 bilion yuan, meningkat 58 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Hainan turut menggalakkan integrasi dan inovasi insititusi secara bersungguh-sungguh. Sehingga kini, lebih daripada 180 dokumen dasar FTP telahpun berkuat kuasa dan sejumlah 134 kes inovasi institusi telahpun didedahkan.

Selain itu, satu inisiatif yang menyeru perkongsan antara zon perdagangan bebas seluruh dunia dilancarkan di di Forum Pembangunan Pelabuhan Bebas Global semasa berlangsungnya forum tersebut.

FTP Hainan menyertai 19 FTZ perintis di tanah besar Cina dan enam FTZ luar negara.

Hainan sedang mara ke hadapan dengan pembinaan pelabuhan perdagangan bebas, mengalu-alukan pelabur dari seluruh dunia dengan tangan terbuka serta berkongsi manfaat pembaharuan dan keterbukaan yang mendalam.

Sejak lima tahun yang lalu, perdagangan barangan dan perkhidmatan Hainan berkembang pada kadar purata tahunan masing-masing mencecah 23.4 peratus dan 17.7 peratus.

Pada tahun 2022, wilayah ini menarik minat kira-kira 196 perusahaan daripada anggota-anggota RCEP untuk menubuhkan perniagaan dan sementara itu, beberapa perusahaan dan projek pemprosesan dan pembuatan telahpun bertapak di sini secara berturut-turut.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/333506.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service